Paham tak perasaan nak marah tu meluap-luap bila kau call Hotline untuk cakap dengan customer service representative dan kau hadapi masalah-masalah yang tah hape hape.
1. 5 kali kau cuba telefon baru dapat tembus. (setiap kali!)
4 kali kau call dapat, "The number you have dialled is not in service, thank you.". Kali ke 5 baru dapat sambung, tu pun kena tunggu lebih 5 minit dengan alasan, "Maaf, eksekutif perunding pelanggan kami sedang sibuk. Sila tunggu. Panggilan anda amat penting bagi kami." *nak bodek ke hape?* Memang la bil aku ni company korang yang bayarkan? Kalau free takpe la jugakkk..
2. Dealing dengan orang yang sangat tak profesional.
Kes pertama (panggilan pertama):
Aku: I'm calling on behalf of my friend, bla bla bla..
CS1: Boleh bagi nombor telefon supaya saya boleh buat pengesahan?
Aku: Ok, nombor telefon 01*-******9
CS1: Ok, saya ulang semula ya, 01*-2*****4 (nombor telefon aku).
Aku: Bukan, bukan. Saya bukan nak buat aduan untuk telefon saya ni. Nombor dia, 01*-******9.
Kau ni mengelamun ke mengigau sambil angkat telefon? Tak peka langsung!
Kes kedua (panggilan kedua):
Aku: Saya ada telefon tadi dan rakan Encik ada bagitau yang saya kena emel payment resit and whatnot, lepas tu saya kena telefon balik untuk verify. So, saya dah pun emel dan saya call ni untuk verify lah.
CS2: Siapa yang suruh buat macam tu ya?
Aku: Entah, dia pun takde bagitau nama, dan saya pun tak tanya. Awak pun takde bagi nama tadi kan?
CS2: Oh, ok. Apa nama emel Cik ya, saya cekkan untuk cik.
Aku: wanrayhanah@gmail.com. w.a.n.r.a.y.h.a.n.a.h. wanrayhanah. (3x aku ulang)
CS2: Macam mana? w.a.n.r.a.i.a.h.a.n.a
Aku: *ulang lagi sampai 5 minit*
CS2: Ok, Cik Wan, nanti kita akan forward kan emel Cik dekat Account, bla bla bla...
Kes ketiga (panggilan ketiga):
Aku: Semalam saya ada call berkenaan dengan unbarring the line for bla bla bla.
CS3: Boleh saya tau nama Cik?
Aku: Wan.
CS3: Ok, Cik Nur, bla bla bla..
Aku: (dalam hati) *Bila aku kata nama aku Nur? Jauh betol Wan dengan Nur..*
Kes ketiga ni, dah macam bergayut dengan awek.. Pun ada masalah nak verify nama aku, sampai 15 minit nak dapatkan ejaan yang tepat dan betul! Email aku tu memang pakai nama aku pun kan, apa yang payah sangat pun aku kurang pasti.. Lainla kalau aku pakai email merepek-repek macam torga_ixora ke, blackheart8_666 ke, appl3shamp0o ke, memanglah jenuh nak menaip dan mengeja.. Ni direct je kot.. Siap aku eja satu-satu. "Winston America Nigeria Russia America Yoyo Hungary America Nigeria America Hungary." Arghhhh, bullshit!
End up, conteng-conteng carut-carut dekat kertas sebab perbualan sedang dirakam.
Memang sangat tahi!

