Wednesday, July 3, 2013

Esc

La Senza tengah sale.. Beli bra 3pcs dapat diskaun 50%.. Panties 8pcs RM119.. Campur 10% sebab ahli.. Tak ke murah nak mampos? Kena pulak bulan ni birthday aku.. Dia kasi up sikit jadi 50% + 20%.. Apa lagi.. Kasi borong ah itu kedai.. *rambang mata* Siap pilih-pilih nak kasi matching lagi.. Lepas ni memang kena tambah bra bag dengan bra laundry bag lah nampak gayanya.. Daiso je aci tak? =__="

 _____________________________


Setelah puas ditolak ke sana ke mari, dinoda dan diperkosa, akhirnya Sang Bayi telah sihat.. Sampai aku terpikir, nak kena hantar sejauh tu baru elok ke? Padahal kat sini, macam-macam tempat dah aku cuba.. Tapi semuanya menghampakan.. Diorang ingat kita ni beli barang pakai timbang kati bulu ke apa? Buat kerja tak ikhlas.. Tah tang mana yang dorang repair pun tak pasti, sebab lepas-lepas tu mesti masalah timbul balik.. Jenuh wooooo.. Sampai tahap dah tepon ejen nak tukar yang lain.. *geram* Orang lain pulak reti komplen je.. Tak pikir ke bebanan semua kat atas aku? Aku yang menanggung semua.. Memanglah time sakit demam tu ada jugak aku mengemis kat bapak aku untuk duit perubatan.. Tapi yang masa-masa lain, aku jugak yang kena bertanggungjawab ke atas segala benda.. Dah tu bagi orang pinjam, takde pulak nak jaga elok-elok.. Bila tengah marah, dah tak pikir dah harta benda aku.. Main hentam je sesuka hati.. Sumpah aku terasa macam dah malas nak bagi orang pinjam mahupun sentuh.. *sebal hati*

 _____________________________


Tired of the routines, with the same old thing.. Kepotak serabut gila, jiwa kacau bilau, akal tak berada di atas paksi.. Need to escape from all this.. Is it the time for Escapade 5.0 already? *sigh*  Aku memang cepat bosan dengan benda yang sama.. Jenis tak penyabar kot.. Atau tak tetap pendirian mungkin? Or am I trying to escape from the reality? Ok, tak payah pikir mendalam sangat. Nanti tah kemana-mana tah kepotak tu merewang.. Kali ni terasa macam nak pergi jauh sikit.. Tapi kalau tempat tak familiar susah sikit.. 'Cause I'm going solo, solo, solo.. (ikut nada Riding solo by Jason Derulo)

_____________________________


"Men are jerk"
Mel: When you keep telling this to people and to yourself, you will become one.. 'Cause deep down inside, I know you are not a jerk and definitely not heartless.




Ps: Idea belambak dalam kepotak cuma takde masa nak pokpekpokpek kat sini.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kalau buat sang pembaca pening.. Malas nak censored-censored jugak.. Lantak korang nak pikir apa..

Monday, June 17, 2013

Inconsiderable June

Dah masuk setengah tahun.. Maka bermulalah episod busy-tak-hengat.. Mana dengan kena jadi urusetia itulah, attend meeting inilah, design flow aktiviti lagi.. Tak menang tangan kaki kepala otak.. Selamat tinggal benda-benda lagha.. Selamat tinggal tidur malam yang panjang.. Dan selamat tinggal rambut yang tak berapa nak lebat.. T__T Tiap-tiap bulan, ada je benda yang nak didesign.. Aku ni dah la tak seni.. Setakat nak tolong buatkan tapi orang yang bagi idea bolehla.. Orang selalu kata yang orang kidal ni berseni.. Tapi tidak aku.. Seni lukis dan seni reka memang fail.. Tapi seni repek repek sambil makan kerepek memang aku mahir.. *terutama tang makan tu* Please.. Do call me Grand Master..

Jumaat lepas kurang sikit sibuknya.. Maka, bolehla aku menaga sekejap.. Isi borang mintak izin nak pergi Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukak akaun ASNB.. Ok, dah tua baru nak menabung. Better late than never.. *defensive* Tak sampai sejam dah sampai ofis balik.. Lepas puas pikir dengan Kak Aida nak pergi makan mana, jalan-jalan Alamanda membeli sambil berjalan.. End up beli thermos Kepsi percuma snack plate.. Bungkus bawak balik ofis, melantak sampai habes lunch hour.. *burn waktu tido* Balik rumah, mandi siap-siap, tunggu Sang AHM, pegi tengok wayang Man of Steel yang haprak-haram-tak-best!

Harini tak pergi kerja sebab kena food poisoning dari semalam.. Bangun awal cuma perut pening kepala pusing.. Berulang toilet tak payah cerita.. Tapi still bukak emel, siapkan kerja dan emel kat bos.. Nampak tak dedikasi tak dedikasinya aku? *puke blood*


____________________________



Kak Ariza dah bersalin anak lelaki.. Entah bila nak melawat belum pasti lagi.. Mungkin hari minggu ni kalau ada rezeki.. Tengah pikir nak beli hadiah apa sebab belum gaji lagi.. Thanks babang tolong beli! Bhahaha~ *batting eyelashes* 





A very meaningful song, indeed.



Ps: Still considering either Oslo or Amsterdam.. *timbang kati bulu boleh?*

Monday, May 13, 2013

hidup segan mati belum ajal

Isnin yang buhsang.. Makan gaji buta wooo.. Datang ofis kelip-kelip depan PC, belek-belek Minion, korek laci carik makanan.. Lelah lenguh badan penangan memandu jarak jauh semalam belum pun habis.. Kepala dah mula pusing akibat kurang darah.. Balik Kolumpo, Sang AHM demam rindu la pulak.. Sian budak gemok.. Baru tinggal 3 hari tu.. Dah demam.. Kalau pergi haji tinggal sebulan apa jadi kat dia agaknya? Silap haribulan, balik Malaysia, jadi cekeding tinggal tulang je agaknya.. *macam perkara mustahil je* Hahahahahaha~

Tengah bosan-bosan tak tau nak buat apa dah, tepon Sang AHM tanya kabar.. Dah penat pokpekpokpek macam mak nenek, tanya pulak menu apa dia tingin nak makan.. Manusia normal kalau demam, tekak tengah tak sedap memang takde selera nak makan.. Aku sorang je yang lagi sakit, lagi banyak melantak.. Last-last aku decide nak masakkan dia moi sup.. Selak-selak pulak katalog Aeon Big berkira-kira nak beli barang dapur.. Tapi semua bahan dah ada kat rumah.. *blank kejap*

Malam karang Sang AHM ajak main badminton kat Puchong dengan schoolmates dia.. *tak padan dengan demam panas kepala pusing tak boleh nak pergi kerja* Aku turutkan je.. Bagi dia keluar peluh sikit.. Nanti cepat sikit kebah.. 



___________________________________



Tengok keadaan tepon yang dah nyawa-nyawa ikan ni, teringin nak beli Q10.. Tapi apakan daya, belum masuk Malaysia lagi.. Cakap la apa pun, memang aku jenis orang tua yang tak reti nak pakai touch screen.. Tak berapa nak gemar.. Lagi suka ada butang-butang.. Masa menaip tu, terasa dekat hujung jari jemari ni.. Baru confident! *Looooooser*


Friday, April 26, 2013

Busuk perut jantung limpa.

Macam-macam jenis manusia dalam dunia ni.. Dah tak larat nak sedapkan hati sendiri.. =__=" Apakan daya.. Bila kawan-kawan best, bos pulak tak best.. Tapi bila dapat bos best, masyarakat sekeliling pulak sampah.. Mungkin ramai yang gila glemer, tapi tidak aku.. I don't like to be at the center of attention especially if it is on the negative side.. Kadang tu aku buat tak tau je.. Tapi makin lama, makin nipis telinga aku ni.. Tahap kesabaran, takyah cerita la.. Kalau dah sampai terhakis tu, harap maklum la.. Tak kira kau siapa, mau bertumbuk nanti.. (Tapi kena pastikan pakai buku lima dulu la..) c(=  *keji*
Tapi lagi bagus kalau kau dapat bos yang ok.. Apa-apa jadi dia boleh back up kau.. Dan lagi best bila dia tengok prestasi kerja semata tanpa mengambil pusing masalah peribadi kau.. Siap bagi naik pangkat lagi tu.. Memang superb ah! Itu macam kalu, memang bertambah lebiu lah kat bos.. Baru lah kau gembira dan senang hati je nak pergi kerja.. Ini tidak, hari-hari nak pergi kerja pun malas je sebab kenangkan gaji yang tak seberapa.. Dapat pulak colleague macam zirafah, panjang-panjang leher jenguk orang buat apa.. Haritu sebab dah tak tahan asyik dengar orang mengumpat, baru berkira-kira nak mintak tukar tempat.. Tiba-tiba harini bos panggil suruh tukar tempat.. Terima kasih, Tuhan.. Doa orang teraniaya memang termakbul..


Aku tak tau apa yang dorang ni busuk hati sangat dekat aku.. Nak kata gaji lebih, gaji aku ni tak sampai seribu pun.. Lepas la nak bayar duit kereta dan buat makan sikit-sikit.. Lainla macam dorang, siap boleh tukar hp canggih manggih lagi.. Hp aku ni dah terkopak-kopak dah getah dia.. Nak-nak pulak Sang Amna tu rajin kutis getah tepi-tepi tu.. Memang rompong la jawabnya.. Mungkin sebab aku ni terlalu comel kot.. Hohohoho~


Ps: Great people talk about ideas. Average people talk about things. Small people talk about other people.
Pps: Happy 27th belated birthday. 

Thursday, April 4, 2013

amalkan cara hidup yang sihat?

Pagi-pagi tengah siap-siap nak pergi kerja, mood lari kejap bila pergi mintak tolong orang bilik sebelah tolong zipkan baju setelah cubaan menggapai zip di belakang berkali-kali gagal..


Aku: Abangah, tolong zip jap..

Angah: Apsal? Dah gemok? *smirk*

Aku: Haah.. *hampa*



Siooooottt! Kalau memang tak sampai tangan nak zip kat belakang tu makna dah gemuk ke? Mungkinla.. Mungkin.. *in denial* Ahhhh penat ah nak pikir.. Selagi termampu, bantai je makan semua benda.. Karang dah tua, nak makan pun takde selera.. Lagi payah..*sedapkan hati sendiri*



___________________________________




Harini tekanan darah agak rendah.. Makanya, pergi Alamanda carik vitamin dan berries (bukan cerry berry).. Sekali tengok, sebekas +-RM30.. *gulp* Terus terkedu lidah membisu.. Gaji dah la tak masuk lagi.. Hadoiii.. Tekanan jiwa betul! Last-last, belila sejuring tembikai besar 3 jari berharga RM3++.. Mahal hokeh? Tapi nak buat gena.. Terpaksa.. 

Sepanjang hayat aku, aku perhatikan yang makanan sehat dan berkhasiat ni, memang lebih mahal dari makanan rapu.. Kalau camtu, orang yang kaya dan berduit jela yang sehat.. Masyarakat marhein dan golongan kurang mampu macam aku ni, sakit jela manjang? Tsskkk.. Sungguh tidak adil.. Kalau hasil tempatan pun letak harga mahal, apatah lagi yang import.. Meleleh air liur tengok jela.. I think I should stop talking about this right now 'cause I sounded like mothers..


Saturday, March 23, 2013

kuih pau tersangat sedap!

Urghhhh stress! Bukan pasal kerja ke apa.. Tapi pasal dah maken kopau.. Paha dah macam paha burung unta ke ayam belanda tah.. *bukan ayam daging lagi dah* Nak cover perut pun dah tak boleh.. Dengan susah payah hokeh? T___T Ada je manusia-manusia sumbang yang menyumbangkan komen tak berapa nak bernas sangat..


A: Ada je orang yang lagi perut besar dari kau tapi selamba je tak kaver-kaver.. Pakai ketat siap..

B: Takde nampak gemuk pun.. Biasa je.. Sang AHM yang nampak maken gemok ada la..


Banyaklah korang.. Tu orang lain.. Dorang tak nak kaver, dorang punya pasal la.. Tapi perut tu maruah aku tu.. Bhahahahaha~ Adeh! =___=! Nak menyelimkan perut dan paha! Pipi sekali.. Sumpah kopau gila.. Asek tergigit pipi je.. Sakit woooo ulser.. Tapi nak buat cenggane.. Duduk saja-saja buat kerja kat ofis tu, ada je yang menghulur makanan... Kena pulak hari-hari ada mesyuarat, maknanya hari-hari lah ada makanan tanpa henti.. Betul lah bila ada yang kata, "Orang Malaysia ni bukan mati tak makan, tapi mati sebab terlampau banyak makan.." Urgghhhhhhh.. Nak kurus, nak kurus, nak kurus..

Pulak tu, lepas makan banyak-banyak mula la mata maken kuyu.. Ni yang aku malas nak keja gomen ni.. Dulu praktikal gomen pun badan naik, tapi tak lama lepastu kurus balik bila kerja tempat lain.. Ni kalau kata setahun dua lagi, ada yang tak muat baju ni.. Kena pulak dah kawen.. *double urghhhhh*

Tapi cenggane nak hentikan tabiat suka mengunyah ni? Nanti perut berkeriuk keriuk tak boleh nak buat kerja pulak.. Waaaaaa.. T____T *nanges air mata darah*


Ps: Komplen macam-macam tapi mulut tak henti kunyah dari tadi.. Omnomnomnom.. *sedapnya ais krim Magnum Almond ni*  =___="

Tuesday, March 12, 2013

Jumaat Keliwon

Amaran: Dilarang baca bagi mereka-mereka yang mempunyai penyakit semput atau jantung.



Kau ni memang sangat malang bila kau pergi kedai cermin untuk tampal cermin yang retak di tengahari remang tapi kedai tu takde-tampal-tampal-kitorang-tukar-seketul-terus.. Lepas tu kau balik dari kedai cermin dengan hati yang kecewa, pergi makan, cek gaji, gaji dah masuk (walaupun lambat dan tak sampai seribu pun), pergi isi minyak full tank, parking kat basement ofis, orang naik cakap dengan kau tangki minyak kau bocor, turun bawah tengok minyak dah limpah-limpah sepah-sepah atas lantai, pergi Proton cek, memang hos bocor tapi diorang tak cover warranty dah kena tukar seketul terus.. Sabtu Ahad dah deal nak pergi kursus kawen tapi pagi tu kena hantar kereta pergi bengkel dulu, bangun pagi-pagi pergi hantar kereta sorang-sorang, balik tengahari terik matahari atas kening, tunang kau masih tidur, kejut bangun ajak pergi kursus, dia bangun mandi, cakap lapar nak makan, kursus kawen pukul 2, 12.30 kau kat Sungai Buloh lagi, dia kata nak kensel pergi hari lain.. Cuaca panas, hati panas, kepala panas, panas baran.. Lagi malang bila sumber kewangan kau berada di luar kawasan.. Ya, memang aku stress bila dugaan jatuh bertimpa-timpa.. *penyek kena himpap* 


Ps: Thank Allah for giving me you, the most annoying person yet the most understanding one. *tolong berhenti sogok saya dengan makanan*

Pps: Selamat membaca dengan enam nafas sahaja. Hahahahaha~



Sunday, March 3, 2013

tak usah dinanti pada yang tidak sudi

Mesti korang tertunggu-tunggu hapdet dari aku kan? *bajet* *perasan* Tapi seriuslah weih.. Ramai yang dah tanya-tanya, "Mana entri pasal tunang?" Aku ada berita sedih untuk korang semua.. Aku tau, dalam kepotak korang mesti dah start pikir yang bukan-bukan kan? Takpe, takpe. Tak perlu nak buat terlalu banyak spekulasi.. Aku takde entri pasal tunang sebab aku takde komputer untuk menaip bukan sebab aku tak jadi tunang.. Kalau pakai Sang Minion, payah.. Sebab nak haplod gambar susah, nak menaip pun susah.. *aku orang lama-lama tak biasa touchscreen* Dikesempatan menumpang ehsan laptop orang ni, aku penuhilah permintaan mereka-mereka yang meminta..



 Kontrol macho sat..

Memang sangat dan terlalu simple.. Aku tau.. Tapi nak buat macam mana.. Macam-macam kena pikir.. Pikir bajet, pikir masa, pikir orang kata, pikir keluarga.. Lagipun malas nak dengar orang bercakap-cakap kat belakang.. Makanya, aku lantakkan mereka dan buat apa yang aku mampu.. Eleh, cakap memang senang.. Buat sendiri tengok.. *emosi*


 
5 balas 7..


 
Hantaran belah perempuan..


 
Pulut kuning rendang daging..


Blueberry cheese tartlets..


 
All the berries..


 
Cream cheese red velvet cake..


 
Chocs in treasure chest..


 
Al-Quran..


 
Perfume and deodorant..


Ada cerita di sebalik hantaran ni semua.. Oleh kerana semua orang sibuk dengan hal masing-masing, aku pun ingat nak letak je la semua benda dalam bekas yang ada.. Pasal hiasan semua aku dah tak nak pikir langsung.. Sebab memang sangat-sangat tak cukup masa.. Sehinggalah hari-hari terakhir nak bertunang.. Satu pagi tu aku hantar mak pergi sekolah.. On the way balik rumah, Kak Mazni wassap tanya pasal persiapan semua.. Terus aku tanya dia soalan yang layak diterima makian berbakul oleh seorang yang sangat kreatif dan kritis..


Aku: Akak tau kat mana ada florist yang siap gubah buah? Sebab saya cari takde.. Susah-susah sangat, saya pergi je Hospital Putrajaya beli bunga untuk orang sakit tu

Kak Mazni:  Awak ni nak kena kan? Akak ni perempuan yang awak paling kerap jumpa, tapi haram nak tanya akak..

Aku: Ni orang tengah tanya la ni..

Kak Mazni: Tu pun sebab akak yang tanya dulu kan?

Aku: Hehehe.. *speechless*

Kak Mazni: Hantaran semua siapa buatkan?

Aku: Buat sendiri.. Semua orang busy la kak.. Cadangan asal, DIY.. Tapi, kakak saya kena out station pulak last minute..

Kak Mazni: Awak bagi je akak semua yang awak ada, biar akak buatkan..


Dah la hantaran cantik voguey-da-vass.. Rajin gila letak burung, lady bugs and all.. Sumpah aku teruja gila! Lepas tu dia amek duit untuk kos beli barang-barang je.. Upah dia tak nak.. Plus, dia dan suami dia sponsor hantaran buah tu.. *terharu* Untuk menambahkan keteharuan aku, dia siap bagi spare key rumah dia lagi in case aku datang nak hantar barang tapi dia tak sampai rumah lagi.. *ngangesh* Srott srooootttt..



 Semua tengah pening nak tengok kamera yang mana satu..


 Lagi gambar ramai-ramai..


 Ayah terkeluar dari gambar..


 Sang AHM memang suka bergambar sambil tidur..


 Sang AHM dah maken kopau.. Seluar sendat payah nak duduk!


 Dengan Sya..


Dengan kawan-kawan sekolah menengah..


Ramai yang kata aku nampak gemuk pakai baju ni.. Aku tak nafikan tu.. Sebab kebanyakan gambar aku dalam posisi duduk.. Baju ni sesuai untuk pose berdiri je sebab masa berdirilah pemberat dia memainkan fungsinya dengan cemerlang dan terbilang.. Tapi takpe.. Aku tak kesah semua tu.. Biar nampak gemuk, jangan nampak buruk.. *denial*


Bestest friends


 Friends and family


Malam yang sama, Sang AHM pergi main badminton macam biasa.. Aku tak sempat nak join sebab nak mengemas bagai.. Serius penat gila weih! Lepas tu dia tepon pun aku tak sedar hape.. Pagi lepas tunang tu bajet nak romantik-romantik sweet comel bagai la.. Aku text dia..

"Selamat pagi Incen Tunang.."

Hahahahamek! INCEN! Hilang terus romantik.. Terus aku jadi spastik! Mana taknya, terus dijadikannya modal untuk bahan aku sepanjang tahun.. Atau mungkin seumur hidup? *sigh* Bukan apa.. Gua mamai pagi tu bai.. Tapi gua ingat jugak kat lu.. Nampak tak yang gua sayang lu? 



_________________________________________




Gerakan tangan sepantas cahaya *sampai terpadam lilin*

Ini jugak peyumbang kepada ketidak hapdetan blog aku.. Niat asal nak buat sendiri je.. *masih dalam mood DIY*  Tapi apakan daya.. Penat lelah belum lepas dari dada.. Terus aku berlari-lari singgah MPH Alamanda dan jugak King's Confectionery Kompleks Mutiara untuk bagi kat Sang AHM.. Tapi tu la.. Hari-hari makan kek pun muak jugak.. Kek tunang belum berdaya nak dihabeskan (Sang AHM la.. Aku punya kek awal-awal lagi dah langsai..), ditambah pulak dengan kek birthday, muntah berak kencing kek pulak karang..


DIY la sangat..



Ps: Tajuk entri adalah merujuk kepada ketidak sudian aku untuk hapdet blog. Bhahahahahaha~
Pps: Jurugambar tidak profesional penyumbang kepada gambar kabur..
Ppps: Oleh kerana aku resize gambar, sila tekan Ctrl+Left Click untuk lihat dengan lebih jelas.

Monday, February 25, 2013

malas menaip panjang panjang

Ada dua sebab kenapa aku malas nak menaip panjang-panjang macam biasa. Pertama, jari terkepit ironboard pagi tadi.. Jari takleh nak bengkok.. Kedua, takde mood. So, here it goes:
.

Wishlist untuk menghabeskan duit yang tak seberapa:

1. Beli raket badminton yang super ringan
2. Makan pizza arab dekat Marakesh
3. Dessert hunting!
4. Roadtax dan insurance (bukan dipinta, terpaksa.)




Friday, January 11, 2013

seterrressss!

Ok, harini aku nak cerita pasal tekanan yang aku hadapi sepanjang beberapa minggu ni.. Bagi mereka-mereka yang tak paham dengan tekanan yang aku alami, aku maafkan korang.. Tapi tolong jangan tambah menekan aku.. Tengs!


**Perenggan seterusnya aku nak bahasakan diri GUA.. Baru dramatik sket.. 

Gua punya tertekan, sampai tidur termimpi-mimpi gua berak.. Nasib baik bangun tidur gua tak kincit dalam seluar.. Lu orang bayangkan sampai gua nak berak pun tak sempat.. Oh by the way, gua dah ada hobi baru sekarang.. Gua ketagih main game kat iPad Mini(on) yang gua dapat masa hari terakhir Disember haritu.. Ya, gua dah dapat iPad Mini.. Pasal tu nanti gua cerita kendian.. Sekarang gua nak bagi lu orang turut merasa tekanan yang gua alami.. Ha, sambung pasal main game tadi.. Sebab gua mengalami tekanan yang melampau punya pasal, orang lain main game release stress.. Gua ni bertambah stress..  Pantang kalah/silap langkah sikit, habis gua maki-maki game tu.. Kalau ada orang kat sebelah, gua salahkan orang tu.. Tuduh dia lah punca kekalahan gua.. Gua stress, bai.. Lu kena paham.. Tambahan pulak bila game yang gua suka gila tu dah kena block, suruh purchase.. Itu jam, kalau ikutkan hati gua nak je gua hempuk Sang Minion ni.. Tapi gua masih waras.. Gua tetap salahkan orang yang cipta Jailbreak.. Kenapa takde untuk ios6? Gua panas, bai.. Neskepe o ais ikat tepi satu!

Walaupun gua ni penganggur, gua tetap ada kerja kena buat.. Tapi kerja gua bukan office hour.. Kerja gua, ikut waktu suka-hati-dorang-nak-suruh.. Kalau dorang suruh gua hantar pukul 6.00 pagi, 6.00 pagi la gua kena pergi.. Kalau dorang nak suruh gua jaga anak dorang, alamatnya memang tidur-tidur angsa je la gua.. Kalau tiba-tiba dorang nak pergi kedai borong 24 jam, tahan mata la gua drive mamai-mamai.. Balik rumah tengok sepah-sepah, gua kemas sikit-sikit.. Asal nampak lantai untuk dipijak, sudah memadai.. Satu perkataan untuk gambarkan badan gua sekarang ni, RESTLESS! Gua penat, bai.. Makin cepat tua gua nanti.. 


Hal tunang kena setel sendiri sebab orang lain sibuk.. Kemas rumah sendiri, susun perabot sendiri, hias pelamin sendiri, gubah hantaran mintak tolong orang.. Gua tak seni.. Nasib keluarga gua tolong hulur duit.. Kalau tak, bertambah hutang gua tekanan gua.. Gua kakak katang, bai.. Memang layak dapat title Wonder Woman ah gua lepas ni..


Ini jam, mula la terasa nak pergi urut-urut, spa.. Perghhh best gila walaupun gua cuma bayangkan.. Baru lah segar bugar sikit badan lepas kena terapi.. Badan gua dah mula sengal-sengal sendi.. Hari-hari gua urut sendiri je sikit-sikit.. Nak suruh orang buatkan, takut kena marah.. Lantak la.. Janji lega.. Sikit pun jadi la.. Tapi gua punya sengal macam melampau.. Sampai tahap yang kalau gua drive lama-lama, pinggang gua sakit gila pastu kaki start kebas.. Gua takut itu jam gua tak sempat nak tekan brek je.. Gua dah tua, bai.. 


Dah, gua nak sambung main game kat iPad Mini(on) gua.. Memang gua sibuk.. Tapi malam-malam macam ni mana ada orang alih-alih perabot.. Nanti jiran sebelah ingat rumah gua kena rompak pulak.. Tak pun ada bunian yang mengemas.. Gua tak nak orang baca Yasin kat telinga gua nanti, ingat gua kena rasuk.. Gua belum sampai tahap tu, bai.. 


Ps: Orang memang pandai mengarah.