Monday, February 25, 2013

malas menaip panjang panjang

Ada dua sebab kenapa aku malas nak menaip panjang-panjang macam biasa. Pertama, jari terkepit ironboard pagi tadi.. Jari takleh nak bengkok.. Kedua, takde mood. So, here it goes:
.

Wishlist untuk menghabeskan duit yang tak seberapa:

1. Beli raket badminton yang super ringan
2. Makan pizza arab dekat Marakesh
3. Dessert hunting!
4. Roadtax dan insurance (bukan dipinta, terpaksa.)




Friday, January 11, 2013

seterrressss!

Ok, harini aku nak cerita pasal tekanan yang aku hadapi sepanjang beberapa minggu ni.. Bagi mereka-mereka yang tak paham dengan tekanan yang aku alami, aku maafkan korang.. Tapi tolong jangan tambah menekan aku.. Tengs!


**Perenggan seterusnya aku nak bahasakan diri GUA.. Baru dramatik sket.. 

Gua punya tertekan, sampai tidur termimpi-mimpi gua berak.. Nasib baik bangun tidur gua tak kincit dalam seluar.. Lu orang bayangkan sampai gua nak berak pun tak sempat.. Oh by the way, gua dah ada hobi baru sekarang.. Gua ketagih main game kat iPad Mini(on) yang gua dapat masa hari terakhir Disember haritu.. Ya, gua dah dapat iPad Mini.. Pasal tu nanti gua cerita kendian.. Sekarang gua nak bagi lu orang turut merasa tekanan yang gua alami.. Ha, sambung pasal main game tadi.. Sebab gua mengalami tekanan yang melampau punya pasal, orang lain main game release stress.. Gua ni bertambah stress..  Pantang kalah/silap langkah sikit, habis gua maki-maki game tu.. Kalau ada orang kat sebelah, gua salahkan orang tu.. Tuduh dia lah punca kekalahan gua.. Gua stress, bai.. Lu kena paham.. Tambahan pulak bila game yang gua suka gila tu dah kena block, suruh purchase.. Itu jam, kalau ikutkan hati gua nak je gua hempuk Sang Minion ni.. Tapi gua masih waras.. Gua tetap salahkan orang yang cipta Jailbreak.. Kenapa takde untuk ios6? Gua panas, bai.. Neskepe o ais ikat tepi satu!

Walaupun gua ni penganggur, gua tetap ada kerja kena buat.. Tapi kerja gua bukan office hour.. Kerja gua, ikut waktu suka-hati-dorang-nak-suruh.. Kalau dorang suruh gua hantar pukul 6.00 pagi, 6.00 pagi la gua kena pergi.. Kalau dorang nak suruh gua jaga anak dorang, alamatnya memang tidur-tidur angsa je la gua.. Kalau tiba-tiba dorang nak pergi kedai borong 24 jam, tahan mata la gua drive mamai-mamai.. Balik rumah tengok sepah-sepah, gua kemas sikit-sikit.. Asal nampak lantai untuk dipijak, sudah memadai.. Satu perkataan untuk gambarkan badan gua sekarang ni, RESTLESS! Gua penat, bai.. Makin cepat tua gua nanti.. 


Hal tunang kena setel sendiri sebab orang lain sibuk.. Kemas rumah sendiri, susun perabot sendiri, hias pelamin sendiri, gubah hantaran mintak tolong orang.. Gua tak seni.. Nasib keluarga gua tolong hulur duit.. Kalau tak, bertambah hutang gua tekanan gua.. Gua kakak katang, bai.. Memang layak dapat title Wonder Woman ah gua lepas ni..


Ini jam, mula la terasa nak pergi urut-urut, spa.. Perghhh best gila walaupun gua cuma bayangkan.. Baru lah segar bugar sikit badan lepas kena terapi.. Badan gua dah mula sengal-sengal sendi.. Hari-hari gua urut sendiri je sikit-sikit.. Nak suruh orang buatkan, takut kena marah.. Lantak la.. Janji lega.. Sikit pun jadi la.. Tapi gua punya sengal macam melampau.. Sampai tahap yang kalau gua drive lama-lama, pinggang gua sakit gila pastu kaki start kebas.. Gua takut itu jam gua tak sempat nak tekan brek je.. Gua dah tua, bai.. 


Dah, gua nak sambung main game kat iPad Mini(on) gua.. Memang gua sibuk.. Tapi malam-malam macam ni mana ada orang alih-alih perabot.. Nanti jiran sebelah ingat rumah gua kena rompak pulak.. Tak pun ada bunian yang mengemas.. Gua tak nak orang baca Yasin kat telinga gua nanti, ingat gua kena rasuk.. Gua belum sampai tahap tu, bai.. 


Ps: Orang memang pandai mengarah.

Saturday, December 22, 2012

FF

Sejuk gigil-gigil duduk dalam bilik ni.. Asek berulang tandas je dari tadi.. Cehhh.. Pura-pura tak biasa pulak.. Padahal bilik sendiri.. Bukan apa.. Lama sangat merempat kat rumah orang.. Mana ada aku on ekon walaupun dorang sememangnya kaya ada ekon satu bilik satu.. Dahla ada kipas, ada ekon lagi.. Kaya gila! Bukan macam aku... Bajet-bajet haptudet la ada ekon.. Sekali nak beli kipas, dah tak cukup duit.. +___+ Ok, aku bohong. Bab tak kaya tu betul la.. Sebab tu la bilik aku kecik sangat sampai tak muat kipas siling.. Kipas diri aku pernah beli.. Tapi oleh sebab aku dah patahkan kipas meja yang aku pinjam dari abang aku masa pindah duduk rumah sewa dulu, makanya aku terpaksalah cagarkan kipas surau diri aku tu.. 


Tengok baju atas katil yang melambak yang tak berlipat, macam semak pulak.. Terus aku tolak jatuh kat lantai.. Nasib aku dah kemas bilik sebelum pergi jadi bibik kat rumah kakak aku haritu.. Siap bukak kedai dobi lagi sebelum pergi.. Tu yang berlambak tu.. Almari pulak dah uzur.. Almari kain ada zip beli kat Econsave masa belajar kat Kedah dulu tu la yang aku pakai sampai sekarang.. Padanlah nak uzur pun.. Dah dekat 5 tahun kot aku pakai.. Aku tengok orang lain, pakai 5 bulan je gerenti dah syahid gugur ke bumi.. Bukan tahan pun almari jenis camtu.. Haritu adalah aku ngendeng-ngendeng bapak aku mintak belikan almari yang best-best kat Ikea.. Dia senyap je.. So, aku tak pasti la proposal aku diluluskan ke tak.. Tunggu je la nanti.. *wishing hard*



Lelong-lelong! Selai singgit..



Haritu aku balik rumah, tengok-tengok bapak aku dah belikan mak aku laptop baru.. Sebelum tu Sakinah yang dapat.. Kakak aku pulak baru beli Note II.. Masyarakat setempat makin menambah gadget masing-masing.. Bilalah nak sampai masa aku.. Dari iPod Nano, ke iPhone, beralih ke Note II, sekarang nak iPad Mini pulak.. Mana taknya.. Asek tukar-tukar je.. Sampai orang pun pening nak belikan aku mana satu.. Echewahhh~ *perasan*


Macam-macam benda aku ngaruk Sang AHM supaya belikan.. Sampai pening dia nak melayan aku.. Bukan apa.. Cuba nasib.. Kalau dapat, rezeki.. Kalau tak dapat, kurang-kurang aku mencuba.. Tapi last-last dia beli raket badminton harga RM600 untuk diri sendiri.. Luruh jiwa raga aku.. Melepas nak dapat iPod Nano.. *nganges* Bertambah la takde masa untuk berjimba nanti.. Mana taknya.. Asal malam je, pergi main badminton.. Melepas nak pergi makan sedap-sedap.. Ciss! Terasa menyesal kejap sebab aku izinkan dia beli.. *sigh*


__________________________



Semalam janji dengan Sang AHM nak pergi dating.. Bukan apa.. Dah lama sangat tak berjimba berdua.. Selalu-selalu keluar kalau tak pergi main badminton, mesti kitorang jalankan tanggungjawab sebagai anak-adik-kakak-supir-bibik.. So, kitorang pun dah set la nak pergi mana buat apa semua.. Oleh sebab Sang AHM terpaksa bekerja sebab ada event penting dan kebetulan pulak aku nak pergi Sunway untuk amek cek, kitorang pun set lah nak pergi Sunway Pyramid untuk tengok wayang dan beli belah apa yang patut.. Lepas Jumaat aku shoot Sunway pergi amek dia..

Lepas puas bertumbuk bercakaran, kitorang pun amek keputusan nak tengok cerita The Hobbit: An Unexpected Journey dekat IMAX.. Sambil tengah beratur menunggu giliran dengan hidung meleleh darah, sempat jugak aku mengomel-ngomel manja tanda protes.. Mana taknya.. Aku nak tengok cerita yang sama dekat BeaniePlex.. Dia pulak sibuk nak tengok 3D.. Dah la suruh aku belanja.. Hanjeng sangat tau.. Mana hilangnya hak pembeli? Yang menambahkan lagi kebengangan serta rajuk di hati, halfway cerita tu tayang dia boleh pulak bantai tidur.. Hoi, berapi hati akak ni dik oi.. Dia cakap apa lepas tu memang aku bolayan je la.. Kalau tau cenggini akhirannya, dah alang-alang awak tidur baik amek BeaniePlex je.. Nak tidur sepanjang cerita tayang pun takde hal..

Kenapa aku emosi sangat? Ni lah dia penangan badminton tiap-tiap malam.. Tu yang sampai restless memanjang tu.. Dahlah ni first time kitorang tengok wayang sama-sama.. Bazir je bayar RM30 untuk bagi orang tidur dan dapat pening! Bukan apa.. Aku memang tak berapa gemor 3D ni sebenarnya.. Aku tak tau la orang lain.. Tapi tiap kali lepas aku tengok wayang 3D je, mesti mata kepala aku pening-pening.. Tak kiralah berapa harga tiket yang aku bayar.. Efek dia tetap sama..

Tapi rajuk aku tak panjang.. Dia pujuk aku sikit-sikit, aku dah start sejuk dah.. Cuma saja muncung lama-lama sikit.. Untung-untung boleh buat sidai kain balik nanti.. Sang AHM pun boleh tahan jugak perangai dia.. Ada ke dia rasuah aku dengan goodies Famous Amos? Tak patut betul.. Dia tak tau ke rasuah tu perbuatan durjana? Tapi aku terima jugak dengan beg plastik yang terbuka.. 



Famous Amos mini hamper.. I got two! =D





Thanks baby for the shopping treatment.. *biu*


Ps: Keganasan yang digembar gemburkan tak pernah berlaku. Say no to violence.



_____________________________




Perkataan yang menjadi trend mulut aku sekarang ini adalah OKENG.. Semua benda aku nak sebut okeng.. Sampai Amna pun aku panggil okeng.. Tapi yang herannya, menyahut pulak budak tu.. Kakak aku tanya..

"Okeng tu apa?"

"Cuba teka.."

"Entah.."

"Orang Terengganu sebut 'okay'.."


Haritu aku balas-balas Whatsapp dengan Sang AHM.. Tiba-tiba semua perkataan dia tambah G kat belakang.. Bila aku tanya, "Cakap Terengganu kan tambah G je semua kat belakang.." Kepotak dia! Tapi aku layankan je lawak bodoh dia tu.. Last-last dengan aku-aku sekali terpengaruh.. Tapi bila aku bagi dia teka teki okeng tu apa, first guess dia "Oren?".. Hahahaha~ Hebat jugak aku ni.. Boleh ah main teka-teki dengan Gollum lepas ni.. 



Ps: Even though you are such a nuisance, my love for you keeps growing everyday. *biu*





Tak bayar PTPTipu pun boleh pergi Mesir, okeng?




*entry title: 'FF' stands for 'Full-of-shit Friday'.

babysit the baby for my sister

Dah seminggu aku merempat kat rumah kakak aku yang jauhnya sekangkang itik serati arwah nenek aku je dari rumah mak bapak aku.. Amna kena demam campak, kena kuarantin dua minggu.. Mak aku pulak asek nak pergi sekolah time cuti-cuti ni.. Aku pun tak paham kenapa.. Tadika je pun.. Takyah beriya sangat.. Macamlah kalau awak tu tak pergi sekolah sehari, murid-murid semua besar nanti tak dapat pekerjaan idaman.. Terpaksalah aku selaku mak cik dia yang penyayang dan boleh diharap penganggur terhormat ni yang jaga.. 

Pengalaman jaga budak yang menyusu badan ni memang susah.. Kena pulak dia memang tau aku ni mak cik dia.. Dah tu pulak dah set otak tu kata, "Kalau pompuan ni ada, takyah la aku minum susu dalam botol.. Boleh dapat yang segar dari badan.." Nampak muka aku je, seboleh-boleh nak ngamuk raung kuat-kuat tanda protes masa aku suap susu botol.. Karang aku hulur aku punya kang, makin kuat raungannya.. Silap-silap haribulan kena gigit sebagai balasan.. Mana taknya, sedut-sedut tak keluar susu.. 

Mula-mula nak mandikan tu, terencat la jugak.. Nasib Sang AHM cuti.. Bolehlah aku buli mintak tolong apa patut.. Ada sekali tu, aku tengah tidur.. Baik punya.. Dia main-main kat kaki aku.. Hidung aku ni adalah terbau busuk.. Aku ingatkan bau mulut aku sebab belum gosok gigi.. Tapi lama-lama aku makin tak puas hati.. Sebab bau dia makin menyengat.. Terlintas jugak dalam kepotak aku, takkan la busuk sangat mulut aku sampai bau macam taik.. Aku cek seluar Amna, ada basah-basah.. Terus aku selak.. Gila kau! Selambak taik dia do.. Siap bocor-bocor kat tepi lagi.. Kakak aku kata penangan makan antibiotik.. Tak kesahla apa punca berak banyak.. Yang menjadi permasalahannya, yang kena ceboknya, aku.. Terjerit-jerit jugaklah aku jam tu..  Nasib ada Sang AHM.. Sementara aku nak cebok montot budak tu, adalah orang yang tolong pegangkan.. Siap tolong buangkan sampah taik tu lagi.. Tengs, Abang! Lebiu more ah cenggini.. 

Hish, hilang selera jugaklah aku.. Kakak aku boleh terkekek-kekek gelakkan aku masa aku call dia petang tu.. Fobia siot.. Lagi satu yang jadi payahnya anak buah aku ni, dikala umur dia nak masuk 11 bulan ni, dia mengalami satu sindrom yang dinamakan 'Separation Anxiety'.. Sampai nak tidur pun, tak nak tidur atas tilam.. Nak jugak kita dukung sampai dia lelap.. Dah tu kalau lelap boleh terus letak atas tilam aku boleh terima la lagi.. Ni tidak.. Letak je atas tilam, terus terjaga pastu sambung ngaruk-ngaruk.. Tekanan woo.. Last-last, aku dukung dia, dia dah lelap, dengan aku-aku sekali kena baring.. Kalau ringan takpe, ni 10kg.. Dah macam eksesais angkat guni beras hari-hari.. Takyah susah-susah aku nak gi gym angkat dumbbell dah pasni..  



Cengginilah gaya aku tidurkan dia hari-hari.. Gaya jela.. Rupa jauh sekali.. *penyek* =___="


Ps: Lepas ni sila panggil aku kakak katang.

Monday, December 3, 2012

tengok cerita perut penuh kenyang ketawa

Bila dah takde kerja, dah takde menda yang kau nak fokus lebih, mulalah otak merewang-rewang melelong tah ke mana-mana.. Kendian, mulalah pikir yang bukan-bukan dan tak patut-patut.. Pastu mulalah carik gadoh dengan masyarakat setempat.. Akhirnya, memberontak tak tentu pasal.. Kalau Malaysia ni takde undang-undang, lama dah habes dibakar dipecah semua benda/orang gamaknya.. Tah hape-hape.. Macam manusia tak bertamadun lagaknya.. Menyusahkan orang-orang tersayang!


Apa yang aku buat untuk mengisi waktu senggang? Buli Incek AHM suruh donlod cerita banyak-banyak kat ofis, pastu bawak balik rumah, tengok kat TV HD 32".. Orang tengok wayang kat panggung boleh makan snacks je.. Kitorang lagi canggih.. Makan nasik putih lauk pauk, neskepe o, kopok ikan.. Bukan tu je.. Siap bantai durian lagi sambil tengok cerita.. Boleh pulak main pause-pause untuk toilet break kan.. Haaaa.. Memang heaven! Kena pulak skarang ni musim tengkujuh.. Tak payah susah-susah nak bazir duit bayar bil api lebih semata-mata sebab ekon.. Lagipun nak ke mana je hujan-hujan ni? Kekadang nak gi main bebinten pun tak lalu, walaupun bebinten main kat indoor court.. 

Bila dah start duduk je depan TV tengok cerita-cerita yang didonlod, mulalah kemaruk nak kudap-kudap yang merepek-repek.. Macam-macam dalam food-craving-wishlist.. Lepas tu pura-pura pelik kenapa pipi dah macam **kopau.. Nasib belum pergi fitting baju hantar tukang jahit lagi.. Kalau dah hantar, naya.. Nanti mulalah butang tertuing-tuing.. Oh, tidak!

Macam-macam aku mengidam.. Haritu ketam, semalam meatball, pastu pavlova pulak.. Mengandungkah aku? Hah, iya! Bunting gajah.. Bertahun-tahun dah.. Tak kecut-kecut pun boyot di perut.. *keciwa* Diharuknya Sang AHM untuk tunaikan nafsu saka makan aku yang semakin membuas dan mengganas ni.. Tapi apakan daya.. Sabtu Ahad pun dia kena pergi kerja.. Kalah warga Nepal dan Bangla.. *bertambah keciwa* Karang merajuk bawak diri pergi Batu Belah baru tau.. Menduda awal awak nanti.. Kadang-kadang boleh tahan sakit hati jugak dengan dia ni.. Diiya-iyakan tapi lepas tu haprak.. Setakat nak amek hati aku lettew.. Harapan palsu! Benci tau..


**kopau = kuih pau

Tuesday, November 20, 2012

Sembilan Belas Januari Dua Ribu Tiga Belas

Puas di Google carik design yang cantik-cantik tapi simple untuk bulan Januari nanti.. Tapi tula dia bila dah banyak sangat buat survey.. Hasilnya? Rambang mata dan pening kepala! *sigh* Tapi aku pelik jugak taste-taste manusia sejagat ni.. Mungkin dorang tak paham apa maksud simple kot.. Tak caya cuba korang Google benda-benda ni dan tambah perkataan simple kat belakang.. Tengokla apa yang keluar.. Aku dengan Kak Ariza siap tekekek-kekek gelak kat kaunter bila tengok orang-orang bajet hiasan/gubahan dorang adalah simple.. Ok, cukup mengutuk.


Warna tema yang aku dan Sang AHM dah pilih untuk Januari adalah turquoise.. Aku pulak gatal-gatal pergi carik hijau turquoise.. Terus berpinar mata tengok warna kat gedung kain.. Menyesal mak.. Nak carik jenis kain satu hal.. Nak carik jenis kain yang ada warna tema hal yang kedua.. Sumpah pening gila.. Sampai aku ingat nak beli je mana-mana baju siap pastu sarung je..  Untuk tunang ni aku ingat nak buat baju kurung moden je.. Senang.. Boleh recycle untuk raya pulak nanti.. Takdela istilah pakai sekali seumur hidup je..

Bila Along Nihayah tanya nak design cenggane, aku kata la nak macam Scha Alyahya.. Terus kena bantai kutuk, "Jangan nak ngikut retis sangat la.. Dorang tu mampu.." Kepotak dia! Belum tengok lagi, dah memandai nak ngutuk orang.. Cepuk kepala satgi.. Bagi gegar sikit otak tu, biar pecah ais yang bekukan otak tu..



Design cani la.. Simple sebab ada sulam tampal kat lengan je..


Sejak dua menjak jadi suri rumah sepenuh masa ni, otak aku maken sembap dan lembab untuk berpikir.. Makanya, aku listkan jela hasil perancangan dan percaturan yang aku dah pikirkan menggunakan sisa-sisa sel otak yang tinggal..


Hantaran

Pempuan -> Laki
1. Pulut kuning + kari ayam
2. Bunga rampai
3. Coklat
4. Buah-buahan
5. Kek (choc moist)
6. Tartlets (fruits + custard / cheese) or Triffle
7. Cupcakes (red velvet)

Laki -> Pempuan
1. Cincin
2. Tepak sireh
3. Buah-buahan
4. Kek
5. Coklat


Warna tema

1. Pelamin:  Off white / light cream + light peach/lilac
2. Hantaran: Putih+Merah
3. Baju: Green turquoise


Ps: Penat, pening, kalut, kusut.. *perasaan berkecamuk* *super sigh* *nganges*

Monday, November 5, 2012

Hadiah Hari Raya - bahagian 2

Kalau ingatan korang masih kuat dan sel-sel serta neuron otak korang belum banyak yang mati, mesti korang ingat lagi intipati entri hadiah hari raya aku.. Tapi kalau korang ni termasuk dalam golongan nyanyuk dan cepat lupa daratan serta hilang pedoman, silalah klik link entri tu hokeh?

Apa yang aku dapat untuk raya tahun ni? Oh, sebelum tu.. Kali ni aku dapat hadiah untuk Aidiladha.. Tapi tak bermakna aku dapat daging ok? Ceritanya bermula dengan Mama (mak AHM) kirim beli Sunquick masa malam raya haritu.. Tapi sebab kitorang dah on the way balik rumah dan ditambah dengan hujan lebatnya, kitorang tak jadi nak singgah mana-mana kedai.. Terpaksalah bangun pagi keesokan harinya untuk beli barang-barang apa yang patut.. Pagi pun tak pagi mana la.. Dekat pukul 9 gak la baru gerak pelan-pelan turun katil tu pun sebab Mama dah bising-bising..

Bersiap ala kadar, isi perut dengan apa yang patut dulu, gerak keluar rumah carik barang yang Mama pesan..


"Sayang, nak pergi mana?"

"Mana-mana la.. Econsave pun boleh.."

"Nak pergi The Store tak?"

"Boleh je.. Ikut abang la.."


Dan kitorang pun menuju ke arah The Store Sungai Buloh yang ibarat hidup segan mati tak mau tu.. Niat asal nak beli Sunquick dengan cili merah hidup je.. Tapi rupa-rupanya Sang AHM dah pasang niat lain siap-siap sebelum keluar rumah.. Nak beli skrin protector dan jugak casing untuk Ipong dia.. Aku nampak je Watson dari luar, dah start listkan dalam kepotak barang-barang yang aku nak beli kat Watson tu nanti..

Tapi macam biasalah.. Lain yang dirancang, lain yang dibeli.. Semua gara-gara dihasut shaitonnirrojim yang sorang ni lah.. Nyampah I! Kononnya masuk kedai sukan nak tengok raket..


"Awak tak nak Asics Gel Rocket ni?"

"Kelabu purple? Tak nak ah.. Hodoh.."

"Laaa.. Try la dulu.. Ni ada satu lagi warna ni.."

"Tak nak ah.. Kalau abang belanja takpe la jugak.."

"Yela, saya nak bayarkan la ni.. Kalau tak, takde saya tanya.."


Lepas main sorong papan tarik papan, akhirnya aku beli la jugak sepasang.. Tapi akibatnya, barang-barang yang aku dah senaraikan dalam kepotak untuk dibeli kat Watson tadi, terus melayang hilang.. Akhirnya keluar Watson dengan seketul pewangi udara Ambi Pur.. Hampeh!



Ada potensi nak jadi model kaki tak? Tapi lutut ke bawah jela..


Ps: Mungkin sekali sekala aku patut derhaka. 

Friday, October 19, 2012

kalut kalut yang jalan lebihnya mulut

Tak ku pandai berkata-kata apatah lagi bermadah pujangga. Tah hape hape! Baiklah, dalam episod kali ni aku nak cerita serba sikit pasal perancangan-perancangan yang aku dah buat setakat harini.. Sebelum apa-apa, aku nak ingatkan kat sini, memang aku tak reti nak taip comel-comel, teruja-teruja macam pompuan lain.. Cara aku menyusun ayat mungkin nampak agak tak berperasaan dan mendatar.. Makanya, gunakanlah kreativiti masing-masing untuk menggayakan dan melenggokkan intonasi serta cara pembacaan agar jadi lebih menarik.. Sekian.


15/11/2012

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, 
Mencari-cari ke mana pergi harga diri ini,
Bertanyakan berita, merisik khabar.. 



Oi, dah dah! Takyah nak berangan bajet suara sedap nak nyanyi panjang-panjang.. Suara sumbang kalah harimau kumbang.. Apa kaitan lagu Sudirman tu dengan aku? Eh, tak tak.. Bukan aku kena tinggal ke apa.. Cuma aku nak kaitkan dengan ayat last tu je.. Pada tarikh seperti yang tertera di atas, rombongan meminang akan datang merisik.. Risik siapa? Haruslah bukan Najmuddin atau Taqiyyuddin.. Paling-paling koman pun Sakinah.. Ye dak?


Tapi kalau merisik Sakinah, takdenya aku nak beriya buang masa mencarut mengarut dalam ni panjang lebar.. Hape gelak-gelak? Ingat aku ni tak laku ke? Kwaja sangat tanggapan korang dekat aku kan? Biadap tau.. *sentap*

Gaji bulan ni harus dibelanjakan untuk bayar duit kereta, servis kereta, polish kereta, bayar saman kereta, beli kain, tempah baju.. Ok, duit gaji memang takkan cukup.. Tapi takpe.. Apa guna mak bapak serta adik badik kan? Hehehe.. c(=



20/01/2013

The proposed date for our engagement ceremony.. Mungkin akan dipinda atau mungkin tidak.. Semoga segalanya berjalan dengan sempurna tanpa cacat cela.. Tapi masalahnya, warna tema pun aku tak terpikir lagi.. Sang AHM mungkinlah boleh masuk dengan semua warna.. Bagi aku yang tak berapa nak cerah ni, karang tak memasal tenggelam di sebalik kaler yang ada.. Susah-susah sangat aku pilih kaler pelangi jugak karang.. Pastu jangan tanya kenapa majlis aku takde lagu orang kawen mahupun paluan kompang.. Sebab digantikan dengan lagu aiskrim Paddlepop..

Hantaran pun nak kena pikir nak letak apa atas pahar tu.. Susah-susah sangat aku beli je Ferrero Roche banyak-banyak pastu letak satu dulang seketul.. Takpun beli je jelly bean sepaket besar, tabur je atas semua dulang yang ada.. Setel! Kalaulah semuanya semudah tu.. *sigh* 


_________________


Nak mengeluh lagi boleh tak? Bukan apa.. Banyak sangat benda dalam kepotak sampai dah tak dapat nak bezakan mana satu yang harus jadi keutamaan.. Semua benda pun penting, semua benda pun nak kena setel dalam masa terdekat.. Time and money constraint should be the main problem, I suppose.. 

Tarikh-tarikh penting dah semakin menghampiri.. Time aku nak buat proposal, orang lain pikir pasal benda lain.. Apa salahnya kalau plan sekali je semua.. Apa-apa perubahan lepas ni, senang.. Kurang-kurang dah ada guideline.. Ini tidak.. Nak setel satu dulu, baru nak rancang yang kemudian.. Payah! Jangan nanti dah sampai tak boleh nak dibawak berbincang, aku bawak bertendang.. Enough said.



Ps: Maybe I shouldn't be this nervous, freaked out and excited at the same time? Maybe I just shouldn't think about it tooooo much? Everything is so stressful! Good stress? I guess not.



Thursday, October 4, 2012

persis orang gila lagaknya

Hari pertama
Tak sempat nak buat apa.. Aku tengok kau, kau tengok aku.. Hampir tak pasti apa yang dirasa.. Masa berlalu tak terasa..


Hari kedua
Berbual mesra.. Berkongsi pengalaman dan cerita.. Berpura-pura seolah-olah tiada apa yang melanda.. Ditahan disimpan kejap walau jiwa meronta tiap kali bertentang mata..


Hari ketiga
Berbual mesra.. Tidak mampu menahan gelora jiwa, mengaku akhirnya.. Hilang segala kata-kata, kelu lidah tak berbahasa.. Hanya perlakuan dapat menggambarkan segalanya..


Semalam
Meskipun hati masih berbelah bahagi, aku cuba memberi peluang pada hati sambil berharap kejadian yang sama tidak akan berulang lagi.. Tidak ku harapkan simpati dan janji.. Cuma secebis kasih sayang dan kesetiaan hinggalah ke syurga nanti.. 


Harini
Menyulam kasih membuai rasa.. Perasaan tak lagi dapat digambar dengan perbuatan dan kata-kata.. Bahagia hanya kita yang rasa.. Kisah yang lalu, kita lepaskan begitu saja.. Tak perlu kenang segala duka dan lara.. Malah, semuanya menjadi pengajaran serta bahan tawa.. Tatkala diri mula lalai dan alpa.. 


Esok
Adakah mungkin ada esok untuk kita? Tidak pernah diuji diduga.. Segalanya nampak elok belaka.. Adakah semua ini akan kekal hingga ke akhirnya? Tidak kau punya jawapan? Ku juga sama.. Sentiasa doakan yang terbaik untuk kita sekeluarga.. 



AHM

Saturday, September 22, 2012

bercinta dengan unta

Soal hati memang tak mungkin dimengerti.. Malah juga sering tidak dipeduli? Kenapa jadi begini? Tiada jawapan yang dapat aku bagi.. Berdoa semoga dapat temui cinta sejati.


1. Satu
Manusia dan sifat tamak memang tak dapat dipisahkan.. Sifat tamak ni subjektif sebenarnya.. Terpulang pada korang nak tafsirkan macam mana.. Kalau negatif yang kau pikir, negatiflah ia.. Dan begitulah sebaliknya.. 

Tamak ni negatif bila, kau tamak haloba.. Tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada..Semua benda nak dikautnya.. Apalah yang dikejar sangat harta dunia? 

Tamak positif pabila kau menjadi tamak untuk melakukan sesuatu kebaikan.. Tak paham? Takpe.. Biar aku terangkan.. Kau selalu terasa kebaikan yang kau buat kat dunia ni tak pernah cukup.. Kau rasa kau belum cukup balas jasa mak bapak kau.. Makanya, kau terlalu tamak untuk berbuat bakti pada mereka sampaikan takde peluang untuk orang lain untuk buat dah..

Tapi apa yang aku tak paham adalah bila manusia dah diberi pilihan dan dia telah memilih.. Tapi dia tetap seolah-olah nak semua.. Bapak kau bagi kau pilih antara Bentley atau Beemer.. Kau pilih Bentley.. Tapi dalam masa yang sama, kau still curik-curik guna Beemer dia yang mana kalau dia dapat tau memang dia ngamok ah.. Nak merasa, katanya.. Dengan alasan, itu ada kat Beemer, ini takde kat Bentley.. *susah nak imagine* Bapak kau belanja makan aiskrim.. Ada satu vanila dan satu lagi coklat.. Kau kena pilih salah satu  sebab satu kau punya, satu lagi kau kena bagi adik kau.. Dua-dua kau suka tapi kau lagi prefer coklat.. Kau amek perisa coklat tu, tapi sambil-sambil tu kau curik-curik jilat dua tiga kali aiskrim vanila adik kau tu tanpa pengetahuan dia.. Cara kau tu boleh diibaratkan macam masa sekolah dulu, Cikgu bagi pilihan jawapan:

Binatang apa berkaki dua?
A. Itik
B. Kambing
C. Lembu
D. Kerbau

Kau tambah sendiri kat bawah tu, E. Semua di atas.. Dengan alasan, binatang lain tu kena dera pastu cacat.. 


Ps: Time mati karang, kau ada dua pilihan je, bhai.. Syurga atau neraka.. Still nak pilih dua-dua? *smirk*




2. Dua
Memang susah nak terima kenyataan bila orang yang kita puja-puja, yang kita sayang, yang kita cinta dah tak nak dan tak perlukan kita.. Atas alasan apa, setiap individu akan bagi alasan yang berbeza.. Terpulang pada situasi dan keadaannya.. 

Tapi apa yang aku tak paham, kononnya nak setel cara baiklah.. Nak bawak berbincang, brain storming bagai.. Tapi end up, nak ngamok-ngamok, ugut-ugut.. Pergghhhh wa cakap lu.. Mana kematangan yang digembar gemburkan? Mana pergi kewarasan fikiran? Tipu siot.. Karang tinggal camtu je, tau pun nak sedih-sedih nak kecewa hati lara.. Bila bawak bincang, dibawaknya bertendang.. Tak paham, sumpah aku tak paham..


Ps: Orang macam ni elok ditanam hidup-hidup. Menyusahkan hidup orang lain.



3. Tiga
Aku dah cukup perfect, orang lain yang selalu buat silap.. Dalam bercinta tak pernahlah dia buat silap.. Apa-apa yang jadi, mesti salah pihak satu lagi.. Bila orang bentangkan silap dia satu per satu, tak boleh terima hakikat..

Dalam tempoh bercinta, harapkan orang buat semuanya untuk dia sebab dia rasa dia dah buat yang terbaik.. Takde usaha untuk berbuat apa-apa.. Yelah, Ms/Mr Perfect lah katakan.. Budi dan jasa sekecik kuman, diungkitnya berdekad-dekad lamanya.. Tapi bila orang berbudi dengan dia, takde pulak dia nak berkira dan mengira.. Ayat stendet, "Biasalah.. Dah sayang.. Semua orang akan buat macam tu untuk orang yang dia sayang.." Eh, yang kau ungkit tadi tu apa? Hahahahaha~ Ooooppss.. Sorry, tergelak pulak.

Hoi, bukan ke asas dalam hubungan kena ada give and take dan balance..Takyah cakap pasal hubungan la.. Dalam mana-mana komitmen la.. Komitmen kerja pun macam tu.. Kau dah buat habis baik, dah macam kuli pencacai bos tapi time appraisal bukan main rendah markah kau.. Lepas tu hujung tahun bonus tarak.. Kau bengang tak? Haruslah kan? Sama jugak.. Kau buat taik dengan majikan, kau tak setel kerja on time, asek buat masalah lepas tu kau nak harapkan bonus hujung tahun? Harapaaaannn..


Ps: Nobody's perfect, bro. Sila berpijak di bumi yang nyata.




Note: This post is according to my point of view. Tak setuju? Ruang komen ada kat bawah tu. Saya terima komen dan pendapat yang membina dengan hati yang terbuka serta jari jemari yang pantas membidas serta membalas