Tuesday, March 13, 2012

my chunky monkey

Di mana dia, anak monyet saya?
Anak monyet saya tengah tidur dalam kelambu~~


Sang Monyet tido dalam 'kandang'




Sang Monyet bermulut segi tiga


Bhahahahaha~ Yup! Aku mengaku aku sangat keji.. Tapi aku sangat sayang anak monyet aku ni.. Tapi yang menjadi tanda tanya, kenapa setiap kali aku pulang ke rumah, mesti Sang Monyet tengah tido nyenyak.. Tak sempat nak bermanja dan beramah mesra.. Bila aku kacau dia, kena marah dengan masyarakat setempat.. *sigh* =____="



___________________________





Sedang aku meluaskan minda dan meluaskan skop pencarian kerja, aku terjumpa satu iklan pasal jawatan kosong untuk Pustakawan S41 dekat MBPJ.. Tapi tarikh tutup dia adalah esok.. Makanya, aku mengambil keputusan untuk tidak melakukan pekerjaan sia-sia dengan tergopoh-gapah mengisi borang dan melengkapkan segala yang dipinta.. Sebab kerja gomen ni payah sikit.. Kalau nak apply ni, walaupun kita terlupa nak isi maklumat peperiksaan UPSR yang entah berapa kurun yang lampau tu pun, akan direject tanpa belas kasihan.. Makanya, sekian terima kasih sahajalah.. Mungkin tiada rezeki di sana.. *another job hunting* *ngangesh* TT_____TT



Ps: Potong rambut 2 inci tapi demam sampai 2 minggu. Apakah?

Saturday, March 3, 2012

is it true?



Your ex asking to be friends after a break up is like -
Kidnappers asking to "keep in touch" after letting you go..


Thursday, March 1, 2012

sing along

Oleh kerana aku dah terkena jangkitan otak yang menyebabkan lagu tema yang sama terngiang-ngiang kat kepotak aku, aku nak heret korang sama! Bhahahaha! Oh by the way, kalau dulu sebelum tidur aku akan layan siri The Simpsons, tapi sekarang tambah satu lagi siri iaitu Adventure Time.. Maka, semaken rosak dan punahlah daya pemikiran secara logik aku dan maken mantaplah daya imaginasi aku.. Em, yang ni aku tak tau aku patut gembira atau sedih.. Hmmmm.. *garu-garu dagu*







"Adventure Time
C'mon grab your friends
We'll go to very distant lands
With Jake the dog
And Finn the human
The fun'll never end
Adventure Time!"




___________________________________




Ehem! Nak stalk pun agak-agak la ye.. Takde benda yang awak boleh jumpa kalau korek sampai ke dasar arkib blog ni pun.. Harap-harap awak berpuas hati dengan penemuan awak.. Hahahaha dah macam orang tu jumpa fosil ke apa dah..

Oh, oh! Cerita pasal fosil.. Aku nak sangat sangat sangat sangat pergi Johor Premium Outlet tu.. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, harga kat sana memang sangat murah kalau nak dibandingkan dengan butik.. Dah nama pun outlet kan.. Tapi aku sangat teruja nak pergi sebab nak pergi Fossil punya kedai.. Kawan aku tu beli wallet Fossil RM90 je! Yang mana kat sini memang berganda-ganda mahalnya walaupun stok lama.. Jikalau korang ni peminat Fossil tegar, korang akan tau yang Fossil memang terlampau kedekut untuk buat sale malah hampir tak pernah ada pun.. Paling bangsat dia akan bagi adalah free shipping.. Kecewa kan? Aku lagilah terlampau kecewa.. Punya lah tunggu harga turun.. Memang sampai aku dah dapat cucu pun belum tentu..

Dah alang-alang sampai JB tu, nak gak aku panjangkan langkah ke sempadan sana.. Tapi apakan daya.. Bulan ni gaji cuma separuh sahaja.. Takpe, takpe.. Kau tunggulah bulan depan.. Aku bakal kaya! Ye ke? Macam sama je.. *kecewa*


Kali ni aku nak modify lagu Adventure Time.. Tolong nyanyi ikot nada yang betul ok? Dan tolong jangan lari tune.. Pitching lari sket-sket boleh dimaafkan..


"Fossil Time
C'mon grab your friends
We'll go to very distant lands
With P the man
And me the woman
The fun'll never end
Fossil Time!"


Hahahahahahahahaha~~~ Damn lame!! Ok, bye.


Tuesday, February 28, 2012

gaji | stoberi | lari dari realiti

Esok dah gaji.. Weeehooooo!~~ Mintak-mintak masuk cepat-cepat.. Dorang ni bukan boleh kira.. Kerja nak kerah keringat, tiba time gaji semua buat-buat tak ingat.. First thing first.. Gaji bulan lepas lesap illek tah ke mana pergi tak pasti.. Satu kelemahan diri yang patut diperbaiki.. Bila orang mintak, jangan senang-senang nak bagi.. Kena beringat nanti bila kita susah siapa yang nak ambil peduli?

Nak buat apa dengan gaji kali ni? ¾ kena simpan siap-siap untuk bekalan hari tua.. Tolong jangan sesiapa cuba menggoda! Selainnya nak buat bayar saman PTPTipu, nak beli kelengkapan diri yang sudah tidak berbaki.. Dan jugak nak buat pasport untuk kegunaan kemudian hari..



Dengarkan sebagai lagu tema kali ini.. v(^_____^)





Sambil dengar lagu, mari kita makan stoberi!! Weeeeee~~ :D


Ps: Last thing I heard, you were at your friend's house.. Hope everything's ok.. Sumpah risau macam hilang anak

Monday, February 27, 2012

(u______u)



Aku lagi suka lagi Be My Baby versi yang ni.. Sangat cohomelhel!
Layan lagu sebelum baca entri yang panjang seinci. =)



Oh, malam ku suram, siang ku kelam~ Banyaklah kau! Ok, semenjak dua menjak ni mimpi baik dan buruk datang bertalu-talu silih berganti.. Semuanya berkenaan insan yang serupa sama dan tiada beza.. =___=! Hadoi.. Penatlah.. Tapi orang kata, mimpi dan alam nyata selalunya berbeza.. Moga-moga.. Yang buruk aku mintak simpang, yang baik jemputlah datang.. Bhahahaha~



Ps: Incek Mimpi, tolong jangan main perasaan dan hati. (u______u) <--- mata bengkak tak cukup tido~~~~

Friday, February 24, 2012

ketam goreng bercili enak sekali

Yeaayyyyy!! *lompat lompat guling guling* Ooopss.. Alhamdulillah.. Akhirnya aku berjaya menghabeskan pengajian aku yang tiada kesudahan tu.. =___=" Dah boleh konvo!! Tapi tak pergi pun kot.. Malas nak beratur dan berpanas.. Lagipun nanti takde orang nak tolong teman, tolong pegangkan jubah, tolong pegangkan barang-barang dan takde orang nak bagi candy-apple-buatan-sendiri-yang-dibuat-di-tengah-malam-dengan-gigih jugak.. Uhukk! *clearing throat* Ps: Nasib setiap orang berbeza..

Tambahan pulak, semenjak dua menjak ni Incek P sibuk manjang.. Asek berulang Singapore je.. Paling kurang, sebulan sekali.. Nak ikut, PT tak bayar lagi.. Tunggu gaji.. Saman RM300 aku dahului.. Ececey, dia nak berima jugak.. c(=




Sebelum tu saya nak mengaku yang saya ni memang penghendap tegar.. Kira kalau dalam banyak-banyak posisi dalam perang, aku akan pilih sniper la.. Tapi hasil daripada penghendapan saya inilah, saya tau banyak pasal awak.. Mungkin kekasih awak tak pernah bising.. Tapi saya risau.. Awak bergiat cergas bawak motor ke sana sini.. Sumpah saya risau. Sebab saya tau awak bawak motor macam mana.. Laju satu hal.. Tertidur time bawak hal kedua.. Cilok mencilok hal ketiga.. Walaupun awak ada lesen, still saya risau sangat-sangat.. Kenapa? Saya pun tak pasti.. Walaupun awak tak peduli dan tak nak dengar, tapi please bawak motor elok-elok.. Lebih afdhal kalau awak beli kereta je.. Kompeni bagi bonus hujung tahun berbulan-bulan kan.. Selain motor, bukan awak ada tanggungan lain pun kan.. Duduk pun dengan mak.. Untuk keselamatan awak jugak.. Thanks sebab mempertimbangkan cadangan saya.. Ps: Saya jugak tak nak awak jadi pengunjung Hospital Ampang Puteri yang setia..



Oleh kerana aku dah punya sekeping ijazah, aku ingat nak apply kerja yang memang bidang aku la.. Tapi bila aku pikir-pikir balik, baik aku hold dulu.. Bagi stabil emosi, kewangan apa semua kendian baru jayakan pelan tu.. Perancangan awalnya dalam hujung tahun ni, atau awal tahun depan la.. Cehhh! Dah macam planning nak kawen pulak.. =___=!




Ps: It's so hard to say goodbye to yesterday. TT___TT But just swipe your hair back, chin up and say hello to tomorrow instead. (^^,)

Pps: Mesti kau tertanya-tanya apa kena mengena title dan post aku kali ni kan? Jawapannya, tiada. Cuma nak bagitau yang aku baru lepas makan ketam kat Asia Cafe tadi.. Bhahahahaha~

Monday, February 20, 2012

tintang



Awak simpan lagi tak bintang yang saya buatkan untuk awak?





Ps: Aku tau dan sedar blog ini semaken hodoh. Tapi aku belum ada masa untuk decorate. Tolong rabunkan mata buat sementara waktu ya wahai stalker pembaca tegar! Tengs..

stress | in a mess

More time for work, less time for myself. Ok ke tak? Superb! Meskipun dibenci masyarakat sekeliling sebab kena kerja pada hari minggu dan cuti umum.. Tapi, takpelah.. Bukan korang nak sara aku pun kan? Penat? Kalau dipikir balik, apa je yang tak penat dalam dunia ni? Tidur pun boleh penat tau tak?


"When you are doing what you love, you are getting the money for free."


Lebih kurang macam tu la.. Tipulah kalau aku kata, inilah pekerjaan idaman aku.. Tapi selagi aku tak stress sangat dan enjoy bekerja, itu sudah memadai.. Lagipun, bila penat bekerja, otak aku kurang menerawang sikit.. Sedikit sebanyak, boleh kurangkan terkenang-kenangkan benda-benda yang tak patut sekali.. Semoga Tuhan kuatkan hati aku.. Aku tak sanggup nak hancurkan hati orang dah.. Aku makin yakin dia bukan jodoh aku.. Oh, Tuhan! Tolong palingkan hati.. Aku pun tak nak jadi punca kekecewaan orang lagi dah.. Penat. Sumpah aku dah penat..


Ps: If you can't have what you love, love what you have. Ok, makan dalam. TT____TT

Pps: Karma is definitely not a bitch. Kalau pengamal kamasutra tu mungkinlah jugak.

Wednesday, February 8, 2012

anak buah hati saya

Alhamdulillah, tepat 10.56am 4 Februari 2012, kakak aku selamat memberanakkan seorang bayi perempuan yang sangat sangat sangat sangat sangat comel macam Cik Ana dia.. Mengikut perancangan awal, nak namakan Naeyla Amna.. Lebih kurang tu la.. Ejaan je belum pasti..

Tapi masa majlis aqiqah dia, 7hb Februari 2012, aku tak dapat pergi.. Kerja wooo.. Shift full pulak tu.. Ngangesh~~ TT___TT



Inilah dia anak buah dan buah hati saya. :D



Ps: Tak sabar nak kawen dan ada anak sendiri. Baby, jom kawen! c(=

Wednesday, February 1, 2012

love story - the prequel










Ps: Thank you for loving me. Heart you, my bitch! =)