Friday, November 11, 2011

comel itu bukan aku

Kamek kacak? Iboh bulak.. Tipu dosa, mati seksa, masuk api neraka.. (sila baca dengan nada penuh irama macam masa kanak-kanak dulu) Mungkin aku tak cantik macam orang lain.. Tapi aku tak kesah sangat.. Sebab sekarang ni semua boleh buat.. Nak cantik macam-macam cara boleh buat.. Antara kau nak dengan tak nak je.. Nak kurus, silalah bersenam.. Nak cepat, pergi sedut lemak tepu kau tu.. Nak putih, rajin-rajinlah tonyoh tawas.. Nak muka berseri-seri? Makan kuih seri muka banyak-banyak.. Bukan takat muka berseri, malah badan pun berisi.. =) Lagipun, apa guna muka cantik tapi hati tak cantik kan? Mintak simpang pls..

Banyak je orang komen pasal muka aku dalam gambar nampak flawless tapi hakikatnya, tak pun.. Apa guna orang cipta kamera yang ada flash serta software canggih manggih? Dan apa guna aku ditauliahkan sebagai salah seorang Adobe Photoshop's Expert kalau tak aplikasikan? c(= Jujur aku katakan, jarang sangat-sangat aku edit gambar aku.. Tapi kadang-kadang tu la.. Kamera sayang aku mungkin? v(^_^)

Dan tolonglah wahai penduduk bumi sekalian.. Perkataan comel tu memang sangat tak sesuai kalau nak dipadankan dengan aku.. Gunalah perkataan lain seperti gagah perkasa ke, kachak bergaya ke, tak pun tampan dan macho.. Itu aku akan mengaku dengan pantas! Ingat aku ni bayi ke apa nak kata comel-comel? Ewwww~ So not me!




Ini baru orang panggil comel





Kalau yang ni, nak bajet-bajet comel pun tak jadi. +_+



Ps: I don't have the Miss Universe look, I don't have a model figure, I don't talk like ladies do, I don't even act like a lady should. So, why bother knowing me, make me fall in love and dump me after for someone better? Please stop wasting your time, and mine.

Thursday, November 10, 2011

semalam | hari ini | esok

SEMALAM

Kaunter KWSP sangat efisyen dan cekap! Tunggu nombor giliran tak sampai 5 minit. Urusan pun sangat-sangat kejap. Dari jejak kaki kat pintu utama, sampailah setel urusan, tak sampai 10 minit. Tak sempat nak isi borang evaluation tu walaupun hanya perlu tick je. Oh, dan Stesen Putra Sri Rampai dah beroperasi! Bayangkan berapa lama aku tak naik tren ni.. Hahaha~ Ok, tolong jangan gelakkan aku. Semua tempat sekitar KL, Kedah, Penang dan sebahagian dari kawasan Shah Alam penuh kenangan ok? Aku cuba elakkan.. Bukan apa, nanti tak memasal touching sekor-sekor diri.. Semalam pun kira aku kuatla sampai mampu pergi jalan Raja Laut tu sorang-sorang.. Dahla KWSP depan tu je pulak tu.. Aku cuba menahan supaya tak tengok.. Tapi otw balik tu, aku toleh jugak walaupun sekilas ke arah kaunter.. Nampak ada orang pandang balik.. Tapi macam bukan dia.. Tak dapat dipastikan sebab terlalu pantas benda tu jadi.. Biarlah.. Kalau dia sekalipun, bukan dia nak kejar aku macam dalam wayang gambar pun.. So, takde beza pun kan? Hahaha~ Beranganlah kau ada yang nak kejar kan?

Sampai kat Taman Melati, aku pergi kat kereta.. Tengok kat wiper, ada saman DBKL.. Ok, dari situ kisah nasib malang aku pun bermula.. Start enjin, pergi Batu Caves untuk hantar kereta repair.. Sampai-sampai, pakcik tu tanya..

"Kakak nak balik macam mana?"

"Kenapa?" Dengan penuh kehairanan.

"Rasanya water pump ni."

"Lama ke?" Sambil menahan silau dan panas.

"Lama la jugak."

"Hmm takpela.. Nanti mintak tolong siapa-siapa jemput.." Dengan penuh kecewa.


Cek kredit, ada 57 sen.. Cukup kot nak call.. Berbekalkan kredit yang bersisa, aku telefon Abangah, mintak tolong jemput.. Dia kata dalam sejam sampai.. Ok, apa aku nak buat sejam kat bengkel ni dan di tengah panas membahang ni.. Oh, sebelum tu. Anggapla yang aku kena tinggalkan kereta kat bengkel ni sebagai nasib malang yang kedua.. Dan sebelum aku telefon tadi, aku gagau handfon dalam beg.. Sekali Smart Tag terkeluar dari beg dan jatuh atas jalan.. Ok, itu nasib malang yang ketiga. Malang keempatnya, aku nak lintas jalan pergi kedai minum kat seberang, blekberak aku ni pulak jatuh atas jalan tar.. Jatuh terhempas skrin menghadap jalan.. Rupa luar macam, 'konfem crack skrin aku ni!' Tapi nasib baiklah skrin protector aku pakai yang privacy punya tu, so tebal lah sikit berbanding yang biasa punya.. Hasilnya, cuma skrin protector je nampak teruk, aku koyak selak tengok, ok je.. Takde calar.. Fuuuhh.. =_=" Lega sikit..



Dah macam lekuk skrin tu =_=!

Kamera tak clear.. Tepi tu nampak cam crack-crack sikit sebenarnya



Tengah minum, Abangah BBM.. Oh by the way, sebab sengkek gila malas topup, aku subscribe BIS yang RM1 sehari tu.. Lepas BBM jadila.. Berbalik pada cerita Abangah BBM aku.. Dia cakap tak tau jalan nak pergi bengkel tu.. Dan dia hantar dan tunggu Along check up.. Makanya, aku amek keputusan untuk balik sendiri.. Jalan kaki ke arah jalan besar untuk tunggu bas ke Kolumpo.. Ok, itu malang yang keenam dan ketujuh.. Drebar bas pulak bawak macam haram sebab sebok cakap tepon.. Sampai pintu pun tak tutup.. Makanya, mabuk + panas.. Dengan jalan jemnya sebab dah dekat pukul 1, time orang berpusu-pusu keluar untuk lunch kan..

Dalam bas aku cuba tenangkan hati dengan tengok persekitaran bandaraya yang pesat membangun dan banyak berubah.. Berbekalkan handfon yang battery nyawa-nyawa sotong.. Dah siap bangunan MARA yang baru? Cantik pulak tu.. Selama ni kan sebok memandu.. Mana sempat nak cuci-cuci mata tengok keliling.. Sampai Central Market, aku singgah kedai fon beli car charger.. Oh, lupa pulak.. Abangah suruh tunggu kat KL Sentral.. Aku tengok Central Market pun dah lain sangat-sangat luar dia.. Mekdi tempat melepak melantak melepas lelah sebelum balik masa sekolah dulu depan tu pun dah takde.. Ganti dengan restoran Indon.. Siap ada replika wau sepanjang jalan yang tempat orang jual kopok lekor dan air dulu tu..



Mekdi dah jadi 77 Es Teler


Siap ada bumbung, kipas bagai..



Kedai pun dah makin teratur dan cantik
*kedai nama POYO? Hmmm..



Yang tak berubah?


NOW (left) & BACK THEN (right)

*Ok, mungkinla ada berubah sikit.. Macam logo Pos Malaysia tu dan pokok pun dah besar! :D



Sampai KL Sentral, Abangah suruh aku drive, hantar dia pergi meeting dekat depan Zoo.. =_=! Ok, saya ni belum tidur lagi. Penat, mengantuk, lelah, lapar, panas.. Tapi ikutkan jela.. Hantar dia pergi meeting dan terus shoot balik rumah.. Sampai rumah, memang dah tak tunggu apa dah.. Terus tidur terbongkang tak sedar diri..

Pukul 9++, Abangah kejut suruh amek mak kat Alamanda.. Bangkit terkejut, kepala berdenyut.. :( Bila nak baik kepala ni? Tak larat nak telan ubat.. Siap ala kadar, berbekalkan handfon tiada kredit dan battery, terus pergi jemput.. *Tepuk dahi* Macam mana nak tau mak tunggu kat mana.. Dahla berpakaian kurang sopan ni.. Berhenti tepi jalan dekat lorong pokok buluh, aku BBM Abangah.. Tak reply.. Hmmm.. Ni nasib malang lagi ke apa ni? BBM Dewi pulak.. Setelah ping banyak-banyak kali, dia reply.. Aku suruh Abangah call mak tanya kat mana.. Tiba-tiba dengar bunyi fon dari dalam kereta.. Terasa nak tepuk dahi orang lain pulak boleh? Mak tertinggal fon dalam kereta.. Now what should I do?? *sigh* Keluar dari kereta, kunci, mula berjalan ke arah pintu masuk.. Sambil-sambil tu, kaver la apa yang patut di kaver.. Sumpah aku terasa macam insecure gila! Tak expect pun kena turun bagai.. Memang bangang la.. Carik-carik kat dalam Alamanda tu, tak jumpa.. Keluar balik.. Tunggu kejap dalam 5 minit depan pintu masuk, aku masuk balik.. Sampai depan Nose, ada orang panggil.. Ok, dah jumpa mak.. Singgah amek Sakinah balik tuisyen, terus balik rumah..

Ingat boleh la sambung lelap.. Dengar orang gaduh terjerit-jerit, meraung-raung, tengking-tengking.. =_=! Tolonglah bagi aku tenang walaupun sekejap untuk hari ni.. Aku ni dahla tak boleh dengar orang jerit-jerit.. Dengan aku-aku sekali sentap, walaupun bukan aku yang kena tengking.. Pasang cerita kuat-kuat, mata pun lelap.. Terjaga pukul 1 pagi macamtu, hidung leaking.. Kesat-kesat.. Eh, kenapa likat? Hmmm.. Kepala bertambah berdenyut.. Bersihkan darah, basahkan kepala.. Cuba tidur balik.. Tak dapat.. Online kejap.. Tak tahan sangat.. Bersiap ala kadar, pergi Hospital terdekat.. Tunggu punya tunggu.. Nurse tu bagi aku tisu sebab darah tak berhenti menjejeh dari hidung.. Dia ingat aku kena tumbuk ke kena dera ke apa.. Hahaha~ Ok, itu lawak. Bagi beg ais, aku tekap kat atas dahi.. Dorang nak tahan kat wad, tapi aku taknak.. Malas ah.. Banyak cerita pulak nanti.. Dalam pukul 5 macam tu, setel semua, aku pun dah agak normal sikit, balik rumah, makan ubat, sambung tidur..





HARI INI

Aku harap sangat hari ni Tuhan ada sedikit belas untuk aku.. Semalam sangat penat serta mencabar minda dan jiwa.. Bangun pagi hantar Sakinah pergi sekolah, dan sekarang menaip kat blog dengan harapan aku takkan mengantuk.. Bukan apa.. Aku kena adjust masa tidur aku dah.. Nanti susah bila nak masuk kerja nanti.. Penat manjang..

Nak tenangkan diri sikit.. Pergi tengok wayang ke, membeli belah barang makanan ke.. Takpun ganti skrin protector sebelum blekberak jatuh sujud bumi lagi ke.. Sembang macam banyak duit kan? Tengok la macam mana nanti ni..





ESOK

Esok 11/11/2011.. Seratus tahun sekali kan? Aku harap aku dapat buat sesuatu dengan Incek Epal yang boleh dikenang sepanjang hayat.. c(= Dapat lunch Subway/MFM pun jadi dah.. Benda yang kitorang pernah enjoy buat sama-sama.. Kan awak? =)



Ps: Maaf, bukan sengaja tak jawab panggilan, tapi coverage kat hospital tu bengong. Dan tak larat jugak.

Wednesday, November 9, 2011

otak menggila

Ok, inilah antara kesan-kesan tak cukup tidur..

1. Selain dari mata panda (credit to anak-ikan-emas-dibawa-belayar untuk nama pena ini)
2. Badan bertambah gemok (atau lebih dikenali sebagai demok akibat asek makan makan makan makan tanpa henti)
3. Otak menjadi kurang ketengah
4. Menjadi hyper yang amat (akibat pengambilan gula yang berlebihan)


Yang mana aku alami sekarang? Semua di atas! Ya, penyakit aku pun tamak seperti tuan dia.. Datang secara berjemaah tanpa dijemput.. Terima kasih! Najis betul la.. Dikala aku perlu bangkit pagi la mata tak nak pejam.. Puas dah tengok cerita-cerita yang baru didownload.. Cerita lama yang diulang tayang tak perlu sebut la.. Dah lost count berapa kali aku tengok.. =_=!

Oh, tadi aku chat dengan kawan lama aku.. Aku kenal dia masa baru akhil baligh masuk sekolah menengah dulu.. Dia pernah jumpa salah seorang ex boyfriend aku, makanya dia mula mengajukan soalan seperti:

"Bila nak kawen? Aku tak sabar nak sponsor apa yang patut ni.." Statement tak boleh blah.

Kalau nak ikutkan, sekarang jugak aku nak kawen.. Orang nak sponsor tu! Rezeki jangan ditolak kan? Tapi apakan daya.. Jodoh belum sampai.. Makanya, aku menjawab dengan penuh berhemah..

"Takde calon la.. Aku kawen dengan kau jela.. Jom!" Nak kena laknat Tuhan, silalah.

"Eh? Yang haritu mana?" Soalan yang bisa buat aku berfikir, yang mana satu? :P

"Oh, takde dah.. Dia dah ada orang lain pun.." Selepas teringat.

"Oh, ye ke.. Dah tu korang tak jumpa dah la?"

"Jumpa je.. We're still friends.." Balas aku jujur.

"Tak rasa pelik ke masa jumpa?"

"Pelik macam mana?" Aku rasa soalan kau yang pelik.

"Yela, tak rasa pape ke? Sedih ke, sayu ke.. Kan korang dah takde pape.."

"Ooo.. Entah, aku tak rasa pape pun.. Entah-entah aku tak sayang dia pun sebenarnya.. Sebab tak rasa pape langsung.. Tengok muka dia pun tak rasa sayu.. Hahaha~"

"Yela kot.. Sebab kalau sayang lagi, mesti kau tak boleh tengok muka dia pun kan.."


Aku setuju dengan kenyataan terakhir dia tu.. Sebab aku pernah rasakan keadaan yang mana boleh diibaratkan seperti pergi lawatan sambil belajar ke Niagara Falls.. Dan bila kau cuba tahan tangis, mula tersedu-sedu malah hidung pulak yang bocor.. =_="

Sayu jugak bila kau jumpa orang masih kau sayang, tapi kau kena berpura-pura yang kau tiada perasaan.. Takpun, kau jumpa dia sebagai kawan tapi sambil-sambil tu dalam fikiran kau berputar-putar kenyataan yang "aku tak boleh nak buat macam dulu, dia bukan lagi milik aku".. Tu yang sampai boleh keluar soalan, "Takpe ke duduk depan?", kan awak? Bhahaha~




Ps: Setiap orang mungkin mengalami peristiwa/tragedi yang hampir serupa, tapi takkan pernah sama kerana setiap wataknya berbeza. Maka, tiada yang dapat betul-betul mengerti dan menyelami hati. (Kecuali bila penyumbang kepiluan hati tu orang yang sama.) c(=

31/12/2008



*If you had my child
You would make my life complete
Just to have your eyes on a little me
That'd be mine forever

romeo | juliet




Ps: If I'm the Romeo, will you be my Juliet, Incek Epal?

Tuesday, November 8, 2011

brain activated!

Lama sangat otak dan fikiran aku merayau-rayau entah ke mana.. Sekarang sudah tiba masanya untuk dia kembali ke pangkal jalan sebab aku ada misi baru untuk dorang.. Bhahaha~ Eh? Bukan misi = jururawat tu.. Tapi misi = perancangan/tujuan.. Aku tak pasti betul ke tak translation aku tu.. Janji korang paham..


Ok, ok. Kembali ke misi aku tadi.. Macam-macam kena uruskan.. Kena mintak pendapat ramai orang.. Nak kena pikir untuk short and long term.. Nak kena paham dan belajar macam-macam..

"Besar komitmen ni.." kata Along Nihayah.

Aku pun rasa macam tu.. Mampukah aku? Aku akan cuba sedaya mampu aku.. Kurang-kurang ada benda yang boleh buat aku belajar erti tanggungjawab.. (Selain dari bayar balik PTPTN la) =_=!


Ps: Tak sabar nak tunggu WWW 1337! :D

Monday, November 7, 2011

eternal damnation

No. I do not wish to be rot in hell! Tapi aku dapat rasakan nasib malang aku ni akan bertahan buat jangka masa yang agak lama.. I know I'm jinxed. Tak perlu bagitau aku banyak kali.. Terima kasih.


1. Penat tak habes lagi dah kena bangun pergi beraya.
2. Kepala denyut-denyut tak hengat punya.
3. Tapi susah nak tidur.
4. Akhirnya dapat tidur selepas berhempas pulas, dapat mimpi ngeri pulak. (ngigau siap!)
5. Bangkit dengan kepala masih berdenyut dan hidung tersumbat, tengok fon.
6. Dapat message BIS expired.
7. Battery drained.
8. Cucuk charger, charger pulak buat perangai.
9. Terpaksa bangun pergi charge kat PC.
10. Cable dah ada orang ambik.
11. Menggagau carik cable dengan penuh gigih.
12. Lari pergi tandas, muntah segala isi perut.
13. Putus asa, kembali ke tempat pembaringan.
14. Update status kat FB dengan sisa-sisa battery fon yang ada.
15. Kalih kiri kanan, masih tak boleh tidur.
16. Dengar azan, solat Subuh.
17. Turun bawah buat air panas, makan nasik impit kuah kacang.
18. Naik atas, cuba tidur (kepala masih berdenyut).
19. Putus asa.
20. Tulis entri ni dengan harapan dapat tidur dengan pantas.


Ps: Dear My Playlist, please play songs that can put me to sleep. Tamawla lagu gonjeng-gonjeng.. *malas nak bangun tukar-tukar lagu*


Thursday, November 3, 2011

nasihat yang sihat

"An apple a day keep the doctor away"

Alangkah bahagianya kalau hanya dengan makan sebijik epal sehari, dapat sembuh segala penyakit! Tapi aku nak tafsir lain boleh? An APPLE a day..

Today: iPod Touch
Tomorrow: iPad
Day after tomorrow: iPhone
Next in line: macbook

Begini lagi bertambah-tambah gembira dan bahagia.. Tapi part nak cekau duit beli 'epal-epal' ni, boleh buat runsing gak woo.. Mau luruh segala rambut serta bulu-bulu yang ada kat badan.. Renung-renungkan dan selamat beramal~


Ps: Having you everyday for the rest of my life is more precious than having these apples, Incek Epal! :D

Wednesday, November 2, 2011

falling in love again and again *ouch!*






Lagi banyak saya doa pada Tuhan supaya jauhkan saya dari semua benda yang buat saya sakit,
Lagi kerap dan kejap awak serta kenangan kita bermain di minda.
Adakah ini karma?
Ataupun petunjuk dari Yang Esa?
Mungkin saya tak perlukan jawapan segera,
Cuma saya harap penantian saya ini tak sia-sia.










Ps: Aku belum cukup kuat nak ke 'tempat kau' sorang-sorang. Or maybe just not today.

things MUST do with you

There are things that I always wanted to do with you.. Plans by plans were made but since things weren't going so well between us, so I just keep holding it back in my mind.. So here it goes.. :D


1. Taking a long stroll along the beach
- We did went to the beach tapi untuk beli Kepsi :D
- Lagi best kalau berpeluang tengok matahari terbenam/terbit


2. Having a proper 3 course meal under the night sky
- The best part is that I'll be cooking!


3. Going to the places that we always wanted to go
- Oslo, Amsterdam, Scotland..
- Pergi sorang-sorang atau dengan orang lain tak dikira


4. Baking/cooking together
- Having a nice cup of tea after, while watching Binky being binky all by himself


5. Strolling down the 'memory lane'
- Pergi balik tempat-tempat kenangan kita
- Buat balik benda-benda yang pernah buat kita bahagia
- Having fun with our good old friends


6. Bermalasan di rumah
- Sambil tengok rancangan kegemaran kita/cerita baru
- Bertambah bahagia bila sambil tengok cerita, sambil makan makanan yang awak masak c(=


7. Going shopping for groceries, baby stuff, and other household things
- For our home and our own family



People keep asking me the same question: "Why waste your time getting hurt by someone, when there's someone else out there waiting to make you happy?" Well, I don't have the exact answer for that.. All I know is that, I can't be with someone else when the only thing that keep running on my mind is you.. Sampai nak buat kerja pun payah.. =_="

Tipulah kalau saya kata, saya tak keluar dengan orang lain, don't flirt around.. Awak lagi kenal saya kan? Tapi, saya memang tak boleh.. Ramai je yang saya jumpa lepas awak.. Tapi takkan sama dengan awak.. Ada yang sampai dah bawak saya jumpa keluarga dorang.. Tapi bila tiba masa untuk saya bawak dorang jumpa keluarga saya, saya tak boleh.. Banyak alasan dan penipuan demi penipuan yang dah saya reka.. Akhirnya, saya terpaksa berterus terang dengan mereka:

"Hati saya sudah ada yang punya.."

I thought I'd moved on long ago but I guess, I thought wrong.. You moved on before me.. Congrats, baby! =) Why the hell am I still waiting for you? Because you are worth waiting for.. Tapi jangan takut, jangan bimbang.. Saya takkan ganggu hubungan korang.. Buat masa ni, saya cuma perlukan kawan yang kenal saya luar dalam tanpa perlu cerita lagi dan lagi.. Sesi berkenalan dengan yang baru sudah lama berakhir.. Kini tiba masa untuk mengenang jasa dan pengorbanan mereka-mereka yang sudah terlalu lama bertakhta di hati.. c(=


Ps: Entri aku semakin buhsang kerana akhir-akhir ni kerap menaip ketika mamai dan tengah jiwa kacau juga.. Maafkan aku, pembaca-pembaca setia!

Pps: Pagi-pagi karang kena pergi KWSP tapi 6 pagi belum tidur lagi. =_=!