Thursday, May 12, 2011

naluri seorang ibu

tengok gambar bayi-bayi comel dan bijak, teringin nak dapat anak macam tu jugak.. nak tunggu kakak atau kawan-kawan mengandung dan beranak, entah bila.. kalau tak, boleh jugak nak merasa jadi godmother~ hahahahahaha~ berangan la kau.. perangai macam haram, ada hati nak didik anak orang.. hey, at least aku boleh ajar dorang Cepat Baca! aku hebat hokeh? c(= tapi camane2 pun, anak sendiri takkan sama dengan anak angkat, anak buah mahu pun anak tiri.. takkan sama!

cuba bayangkan kalau kita dapat tahu yang kita tak dapat melahirkan zuriat a.k.a mandul ataupun faktor-faktor lain yang mendorong ke arah tidak dapat menghasilkan zuriat.. bagi lelaki, mungkin tiada masalah sebab dorang boleh kahwin lain.. tapi bagi seorang perempuan, terasa macam dunia ni gelap gelita kan? unless kalau kau memang tade niat nak mengandung la.. hish.. kalau aku la kena camtu, boleh gila woooo.. belum pape lagi dah tau takkan dapat zuriat.. memang aku takkan kawen ah! bukan apa.. kalau kawen gak, kau akan rasa lebih sengsara bila laki kau mula ungkit pasal benda ni.. bukan kau mintak pun kan? isk.. entah la.. nak describe lebih2 pun dah naik seram ni.. bukan apa.. kang aku yang touching lebih.. (^__^)v

p/s: perempuan yang tak dapat mengandung ibarat lelaki yang mandul la.. boleh main tapi lembik, tak tahan lama dan cair.. terasa diri anda loser bukan? eh, tak boleh nak samakan jugak.. sebab lelaki mandul boleh diubati.. ermmmm.. apa ek? oh, perempuan yang tidak boleh menghasilkan zuriat kerana dibuang rahim ibarat cik pon yang dah menjalani transexual tetapi insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.. haaaaa.. baru betul! dua2 tak boleh nak patah balik..

p/p/s: panjang pulak post script aku ni.. (+__+)

Wednesday, May 11, 2011

fill in the blank with a suitable title.



Ya Allah, berikan aku kekuatan..

sedih. kecewa. merana.

i can't stop crying since i got the news..
hancur luluh hati, punah harapan, gelap masa depan..
hilang sudah semua kekuatan..
hahahahahaha LAME!




p/s: smash me with a tennis racket, pls..

Tuesday, May 10, 2011

pokpekpokpek

aku peduli apa kalau kau jemu dengar aku pokpekpokpek pun.. nasib baik suara tak keluar kat sini.. belum aku buat vlog lagi.. glemer tak memasal aku kang.. haaaa.. kang jenuh nak kena tempah untuk keluar dengan aku.. susah wooo bila kawan dah jadi artis.. ehem! c(= kenapa aku rajin nak bebel-bebel kat blog ni dalam masa satu hari? hmmmm.. apa faktor dia ek? *garu-garu kapla*

A. sebab aku takleh tidur akibat tidur banyak semalam sehari suntuk
B. banyak sangat modal nak bercakap, dah berapa hari tak cakap borak dengan manusia
C. balas dendam conquer pc plus online sampai lebam
D. sengaja tulis banyak-banyak bajet ada orang nak baca dan komen
E. being narcissist

ikut korang la nak pilih yang mana pun.. tapi kalau aku, aku pilih semua.. sebab aku tamak.. tu jugakla sebab kenapa aku tak berjaya dengan cemerlang masa sekolah dulu.. orang bagi option suruh pilih, aku hitamkan je semua.. aku kan tamak.. kalau di kehidupan aku yang sekarang ni, orang offer aku lelaki-lelaki yang bersih, wangi dan kacak untuk dipilih, aku taknak pilih.. aku amek semua.. aku kan tamak.. tu pun kalau dorang nak kat aku la.. tapi, mesti nak punyalah.. aku kan best, wangi dan kacak.. ok, narcissist detected! jap.. a'uzubillahiminashaitonirrojim.. fuhh fuhhh.. aku halau shaiton2 yang mendorong aku ke arah narcissism ni kejap..

cerita pasal syaitan, teringat komik/majalah yang aku selalu baca time kat sekolah kafa kecik2 dulu.. aku pun tak ingat apa nama dia.. Ana Muslim ke? macam bukan je.. sebab Ana Muslim kecik.. besar komik Anak-anak Sidek tu je.. ni besar macam majalah Kuntum.. jap aku Google.. ehem! layak jadi librarian tak? hahahahahahahaha~~ ;P ok done! haaa.. nama majalah tu Asuh.. nanti la aku letak gamba2 kat bawah ni k? bagi aku cerita dulu.. dalam majalah tu ada satu bahagian ni pasal setan gemuk, setan kurus.. tajuk dia Godaan Syaitan.. setan gemuk ni nasib dia baik sebab tu dia selalu goda orang yang tak kuat iman, sebab tu la dia gemuk.. setan kurus ni nasib dia malang sebab selalu goda orang yang memang khusyuk dan tawaddu' la bila beribadah, sebab tu dia kurus.. siap kadang-kadang tu siap tebakar dan kudis2 lagi badan dia bahana orang yang digoda baca doa.. perghhh.. hebat tak hebat penangan doa..



syaitan gemuk & syaitan kurus


moral of the story? cariklah laki yang bersih, wangi dan kacak serta selalu amalkan doa dalam kehidupan seharian dia untuk dijadikan suami.. bukan apa.. boleh jadi ketua keluarga dan contoh serta idola kepada anak-anak.. ehem! adakah anda orang yang saya cari? jika ya, sila hubungi parents saya dengan segera dan masuk meminang.. <-- gatai sangat nak berlaki pa?

bebai!

ok. aku ngaku kadang-kadang aku baran tak bertempat.. tapi kali ni, aku tak tau nak kata aku baran atau sedih atau kecewa.. tapi aku telah melakukan satu tindakan yang sangat drastik dan perlu disesali di kemudian hari.. tengah sedap, enak dan seronok layan lagu dalam mp3 dengan harapan bakal diulit mimpi indah, tiba-tiba aku campak mp3 ke lantai.. kenapa? sebab lagu ni cam bab*!! celaka siapa letak lagu ni dalam mp3 time-time cenggini.. memang aku sumpah jadi Mitsubishi ASX yang full tank sentiasa.. sob sobb waaaaaa!!~~ T____T



*tukar i jadi you* T___T

lupa.

i forgot how to smile and laugh my heart out when you're not around.. T__T


jarak jauh itu tahi.

yerp.. i do believe that the long distance relationship is bullshit! oh, bukan.. bukan pengaruh cerita how i met your mother.. hehehe.. aku tak suka berjauhan.. nanti terasa macam abandoned.. echewahh.. bajet nak gedik-gedik romantik-romantik la? tapi seriously memang aku tak suka. malah sangat benci! dekat2 pun boleh gaduh, apatah lagi bila jauh.. ok, cukup. cukup sekadar kau tau apa aku rasa. lebih2 kita sambung kat fon k? ;)

ok, next! sekarang baru aku tau apa makna kubur tak bernisan.. bukan.. bukan keluarga dia tak mampu nak beli.. tapi, sebenarnya orang tu tak mati pun lagi.. cuma hilang ghaib entah ke mana tanpa berita.. perghhh.. cuba bayangkan kalau orang yang kau sayang hilang macam tu.. boleh gila meroyan wooo..

next! cubaan mensibukkan diri dengan mencari hobi baru nescaya hati tidak terlalu meronta kebosanan.. (tanak guna perkataan menyebokkan diri sebab nanti orang ingat aku nak busy body) selepas beads, aku teringin nak cuba Cubeecraft.. amenda tu? ia adalah sejenis seni download-print-lipat kotak.. hahahahaha~ tapi gambar-gambar dia sangat cool dan chantek hokeh! cuma masa belum mengizinkan.. you guys should try it too.. <- bagi mereka-mereka yang tade kerja plus buhsan macam aku je la.. *sigh* (=__=!)

Thursday, May 5, 2011

aku benci kau.

kau buang semua kenangan aku. kau takde hak. diulang. kau takde hak. tu aku punya. aku benci kau!

Tuesday, May 3, 2011

tiada kata mampu menggambarkan perasaan ini.



aku rindu kau. T__T
aku berdoa pada Tuhan setiap hari untuk kuatkan hati menempuh hari-hari tanpamu..

Monday, May 2, 2011

11 signs he's just not into you (ouch!)

kau cinta gila mati dengan seorang lelaki ni tapi dalam hati ada perasaan was-was dan tidak percaya? mungkin kerana jauh di dalam hati kau sedar diri yang lelaki itu ibarat bidadara dari syurga yang menjadi pujaan setiap wanita dan kau hanyalah ibarat one of Cinderella's step sisters? ok.. aku mengaku.. perumpamaan ini sangat hiperbola tapi what the heck.. senang korang nak guna imaginasi korang yang agak-agak dah berkarat tu.. berbalik kepada cerita tadi.. nak tanya dekat lelaki tu, korang takut disalah ertikan.. tapi perasaan ingin tahu menebal dalam diri.. so check this thing out.. 11 signs he's just not into you.. asalnya 13.. tapi aku amek 11 je.. oh, dinasihatkan membaca dalam bilik sorang2.. bukan apa.. takut nanti tsunami pulak.. (>__<) source: www.ivillage.com


He's super affectionate in private but in public he won't even hold your hand
ada banyak kemungkinan dia berkelakuan demikian.. mungkin dia malu dengan masyarakat setempat dan tidak tahan dengan cemuhan mereka.. yela.. mana taknya.. berjalan dengan sasquatch kot.. atau mungkin it's not love, it's just lust..


He doesn't make space for you at his house, even though you're there a lot
you're there all the time, makan tidur pakai berak semua kat sana.. tapi everytime kau balik kerja/kelas, mesti barang kau dah dilonggokkan/diletak kat satu sudut dalam rumah tu.. macam ala-ala bersikap asabiyah la antara barang dia dan barang kau.. kira memang macam nak halau kau keluar dari rumah tu pun ada.. need no further explanation aite?


He closes email or g-chat the second you walk into the room
haaaa.. kinda suspicious aite? it's either there are lots of porn stuff in his mail or he's flirting with other girls behind you.. it is normal for a guy to flirt.. hey, tak jantan la tak flirt.. tapi kalau dah sampai dirty talk? demm! tolong halau dia keluar dari hidup kau dengan pantas! atau mungkin juga ada penipuan yang dia tak mahu anda tahu? hmmm.. (*__*)???


He went to his friend's birthday party and didn't invite you
mungkin kau terlalu buruk sampai dia malu nak bawak jumpa kawan-kawan dia sebab takut malu.. atau kau terlalu cantik dan harus di simpan di rumah sebab takut kawan kebas.. hehe.. atau mungkin belum bersedia nak perkenalkan kau sebagai gofren dia.. it depends on how long you guys have been together..


He doesn't like committing to plans
kau plan benda tu dah berbulan tapi dia boleh lupa.. lebih-lebih lagi bila kau dah berbuih mulut macam orang kena sawan babi ingatkan dia setiap hari pasal benda tu.. da la cakap kau tak pernah bagitau, lepas tu bila konon-konon baru dah tau, he refuse to participate.. perghhh.. sentap sial! tapi kalau benda pasal kawan dia, plan last minit pun tadehal.. sangat shilake hokeh?


In the middle of conversations, he checks out other women
normal la laki suka cuci mata tengok keindahan ciptaan Tuhan.. tapi kalau dah sampai tenung macam boleh nampak segala tak pun tak habis2 menjeling-menjeling-ku-bertentang dengan perempuan2 itu, melampau la tu.. lebih2 lagi time korang tengah dating??!!!


He takes forever to respond to texts or calls
ini pun bergantung kepada jenis lelaki yang kau berpacaran itu juga.. kalau dia memang jenis tak suka nak cakap on the phone atau tak suka nak sms, mungkin kau tidak patut amek point ni sebagai salah satu tanda yang dia tak suka kau.. tapi kalau bila dating dengan kau, laju je dia reply sms atau jap2 excuse himself to answer/make phone calls .... hmmm.. korang fikirlah sendiri.. ke nak aku cakap jugak? hmmm.. how to say this... kau bukan insan terpenting malah mungkin juga tak penting langsung dalam hidup dia? there.. i said it..


He acts sketchy about leaving his phone around you
hahahahaha~ mungkin kau jenis stalker dan tidak boleh dipercayai? c(= mungkin ada benda yang dia cuba sorokkan dari kau dalam fon tu.. seperti sms jiwang2 dari awek2 dia yang lain? atau gambar2 serta mms2 perempuan bogel yang berganda2 lagi cantik dari kau? kalau sampai pegi toilet kat rumah pun dia nak bawak fon, tu tandanya dia memang tak percaya kat kau la tu.. love without trust? renung2kan dan selamat beramal~~


You always end up at his place, but he never comes to yours
tilam dia lagi selesa, bantal dia lagi empuk, tempat dia banyak kedai makan yang best2 bukan alasan untuk kau selalu kena pegi kat dia.. dia selalu suruh kau datang sebab lagi senang untuk dia.. tayah susah2 nak drive especially bila tempat kau agak jauh dan ceruk.. yang lagi peliknya kalau dia selalu lepak dengan kawan2 dia kat area rumah kau tu atau kawasan berhampiran la.. if he's too lazy to come over, it shows where you are on his priority scale..


His parents were in town, and he never told you
ini pun bergantung pada berapa lama korang dah bersama.. sebab lelaki takkan bawak kau jumpa family dia especially parents kalau dia belum betul2 serius.. cuba kau bayangkan kalau dia ada 3-4 gofren selain kau.. semua dia bawak hadap parents dia.. sekali mak/bapak dia tesalah panggil nama ke, tak pun bandingkan kau dengan awek2 anak dia yang lain, tak ke sakit hati? eh, ada kena mengena ke? anggaplah ada.. yang penting kat sini, dia tak rasa kau begitu penting sampai patut bawak hadap parents and family dia.. sekian.


He tells the same stories on all your dates

salah satu bukti lelaki itu playboy.. menggunakan modal cerita yang sama, tak kesah la sama ada cerita itu betul pun atau direkanya, untuk diceritakan pada setiap perempuan yang dia keluar.. kira playsafe la.. takut tesalah cerita atau tesalah bohong.. nanti kantoi.. dan nampak sangatla he's been telling the same stories to every girl he's been dating sampai lupa yang korang da dengar cerita tu..


okay, moral of the story? first rule to be a good liar/playboy is to have a good memory.. hahaha~