Tuesday, May 10, 2011

pokpekpokpek

aku peduli apa kalau kau jemu dengar aku pokpekpokpek pun.. nasib baik suara tak keluar kat sini.. belum aku buat vlog lagi.. glemer tak memasal aku kang.. haaaa.. kang jenuh nak kena tempah untuk keluar dengan aku.. susah wooo bila kawan dah jadi artis.. ehem! c(= kenapa aku rajin nak bebel-bebel kat blog ni dalam masa satu hari? hmmmm.. apa faktor dia ek? *garu-garu kapla*

A. sebab aku takleh tidur akibat tidur banyak semalam sehari suntuk
B. banyak sangat modal nak bercakap, dah berapa hari tak cakap borak dengan manusia
C. balas dendam conquer pc plus online sampai lebam
D. sengaja tulis banyak-banyak bajet ada orang nak baca dan komen
E. being narcissist

ikut korang la nak pilih yang mana pun.. tapi kalau aku, aku pilih semua.. sebab aku tamak.. tu jugakla sebab kenapa aku tak berjaya dengan cemerlang masa sekolah dulu.. orang bagi option suruh pilih, aku hitamkan je semua.. aku kan tamak.. kalau di kehidupan aku yang sekarang ni, orang offer aku lelaki-lelaki yang bersih, wangi dan kacak untuk dipilih, aku taknak pilih.. aku amek semua.. aku kan tamak.. tu pun kalau dorang nak kat aku la.. tapi, mesti nak punyalah.. aku kan best, wangi dan kacak.. ok, narcissist detected! jap.. a'uzubillahiminashaitonirrojim.. fuhh fuhhh.. aku halau shaiton2 yang mendorong aku ke arah narcissism ni kejap..

cerita pasal syaitan, teringat komik/majalah yang aku selalu baca time kat sekolah kafa kecik2 dulu.. aku pun tak ingat apa nama dia.. Ana Muslim ke? macam bukan je.. sebab Ana Muslim kecik.. besar komik Anak-anak Sidek tu je.. ni besar macam majalah Kuntum.. jap aku Google.. ehem! layak jadi librarian tak? hahahahahahahaha~~ ;P ok done! haaa.. nama majalah tu Asuh.. nanti la aku letak gamba2 kat bawah ni k? bagi aku cerita dulu.. dalam majalah tu ada satu bahagian ni pasal setan gemuk, setan kurus.. tajuk dia Godaan Syaitan.. setan gemuk ni nasib dia baik sebab tu dia selalu goda orang yang tak kuat iman, sebab tu la dia gemuk.. setan kurus ni nasib dia malang sebab selalu goda orang yang memang khusyuk dan tawaddu' la bila beribadah, sebab tu dia kurus.. siap kadang-kadang tu siap tebakar dan kudis2 lagi badan dia bahana orang yang digoda baca doa.. perghhh.. hebat tak hebat penangan doa..



syaitan gemuk & syaitan kurus


moral of the story? cariklah laki yang bersih, wangi dan kacak serta selalu amalkan doa dalam kehidupan seharian dia untuk dijadikan suami.. bukan apa.. boleh jadi ketua keluarga dan contoh serta idola kepada anak-anak.. ehem! adakah anda orang yang saya cari? jika ya, sila hubungi parents saya dengan segera dan masuk meminang.. <-- gatai sangat nak berlaki pa?

No comments: