Saturday, April 9, 2011

lalalalalalalalala.. tak dengar, tak dengar..

ignorance is bliss.. i should have been practicing this loooooooong ago.. awat la hg ketegaq sangat? kalau buat taktau je, elak semua menda kan elok.. ni tak.. mengundang bala sungguh.. lepas ni, jangan tanya aku apa2 pasal siapa2.. dan tolong berambus dari hidup aku dengan segera wahai penyusah hidup! sanggup kaitkan pasal orang lain demi menutup kesalahan sendiri.. aku tak mintak kau kaver/bekap aku pun.. cukup sekadar nyatakan kebenaran. tak perlu nak petik2 atau libatkan orang lain padahal itu cuma hal yang kecil dan tidak seberapa.. masalah kau lagi besar, selesaikan masalah kau sendiri dahulu.. Tuhan tu maha adil, kalau kau tidak cerita keburukan orang secara terang terangan, Tuhan akan tunjukkan sendiri semuanya.. tidak perlulah kau nak ambil alih kerja Tuhan..





Monday, March 28, 2011

j.i.w.a.n.g sehhh..

hey, suka hati aku lah nak jiwang tak kena masa pun..
(padahal kaver malu) *blushing* tihihi.. ;P



Sunday, March 27, 2011

one in a million = 6900?




what a cool movement aite? tapi vc ini sangat menunjukkan bahawasanya, no matter what u do, how hard u try, there'll always be flaws and misunderstood situations.. otak setiap orang berbeza.. apa yang aku fikir dan kau fikir sangat berbeza.. even for soul-mates.. that's why it is called soul-mate, and not brain-mate.. jadi tolonglah jangan biarkan diri dibelenggu sangsi dan curiga.. pls set things straight and clear things out immediately if any of these situations occur..

p/s: if i am one in a million, there would be like 6900 'clones' of me around the world?
p/p/s: thanx for the song.. luv it! *diawang-awangan* ;P


kosong.zero.rei.sifar

porke? jiwa kosong? silalah isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai dan tepat.. (wadda?!) hmmm.. sebenarnya tiada tajuk yang spesifik untuk entri kali ni.. terasa malas nak bercerita dan bercakap dengan manusia.. mahu membebel seorang diri (serta membayangkan wujudnya imaginary friend), nanti ada orang terdengar/ternampak, cakap aku gila pulak.. jadi tidak perlulah menimbulkan fitnah serta spekulasi2 yang berbaur negatif.. menaip di blog sendiri lebih baik dari bercakap pada yang tidak peduli dan tidak punya hati.. echewaaahhh.. ;D

mata sangat pedih, badan terasa panas, hidung dah macam niagara falls.. *sambil menyumbat leaking* (kena rasukkah aku?) hahahahahahahahaha~

oh, ada cerita best yang boleh dikongsi (instead of luahan perasaan yang buhsang!) masa aku kecik2 dulu, aku ada seorang kawan yang sangat rapat.. selalu jugak ke rumah dia untuk bermain tanpa mengira waktu.. (esp time lunch sebab bibik dia masak sedap!) hehehe.. ;P nenek dia duduk sekali kat dalam rumah tu.. tapi nenek dia sangat percaya pada perkara yang pada aku sangat tahyul, tidak masuk akal serta berunsur2 khurafat. (eleh, kecik2 dulu mana tau perkataan tu.. pentipu!) nenek dia percaya yang kita kena sampuk dek hantu bila kita kena *shy fever dan kena santau bila menghidap tibi (batuk kering).. mungkin dia kena tengok cerita House dan CSI kot baru tau dunia ni ada science and tech.. kesian.. tapi melampau sangat bila terlalu taksub dengan benda ghaib.. hish..


*shy fever = ala2 demam kura.. tapi tade lah tahap malaria.. cuma temperature turun naik secara mendadak.. datang dan pergi sesuka hati.. c(=

Tuesday, March 22, 2011

tuesday blues (?!)

semua benda serba tak kena. ada je yang boleh mendatangkan marah. rasa nak mengamuk, mencarut, memaki hamun, segala me yang -ve la pastinya. demm! aku ta suka!! since aku tade masalah dengan isnin, adakah ini yang dinamakan tuesday blues? or is it everyday blues? demm sekali lagi kerna aku cukup tak suka malah benci!! syuhh kaw! nyah dari sini. (menghalau perasaan yang bercampur baur ini)

blog belog block goblok?

orang ajukan soalan kat aku, "aku ada blog tapi tataw nak tulis ape.. kalau kau, kau tulis ape kat blog?" haisshhh.. nak jawab pon tak reti.. baca sendiri boleh? <-- tade niat nak promote blog pon.. ;P tapi seriously tataw nak jawab apa.. kalau kau tak tau nak tulis apa, what's the point you created the blog at the first place? saje gatal nak ada blog jugak sbb orang lain ada blog? choi! baik tapayah..

bila usha2 balik entri2 aku, banyak kepada luahan perasaan, share cerita2, list things down.. lebih kurang macam digital diary la kot.. dan yang pasti kebanyakannya (atau semuanya?) mengandungi unsur2 merepek, membebel ta memasal, bebai ta bertempat dan lain2 emosi yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2.. (wth?!) tapi yang pastinya, blog aku sama je macam blog2 orang lain.. i'm doing exactly the same thing like everyone else did.. tade yang pelik, tade yang unik dan tade yang istimewa.. cuma jalan penceritaan dan kisah yang berbeza.. (^_^)

Monday, March 21, 2011

persoalan demi persoalan

ehem.. *clearing throat* suasana agak tegang sebenarnya.. ;D sebenarnya di entri ini ada beberapa persoalan yang korang patut jawab.. tak jawab kat sini pun, dalam hati jadilah..

kes pertama: pernah tak korang memang tersangatlah innocent, jawab pun dah habes jujur tanpa sekelumit pun diselit unsur penipuan tapi masih dituduh berdusta dan tidak boleh dipercayai langsung?
(terasa macam nak tikam2 interrogator tu pastu cincang sampai lumat! buat masak spaghetti bolognese pon cara gak..)

kes kedua: pernah tak tiba2 korang terasa rindu kat seseorang tu dan rasa nak dengar suara dia.. dengan pantas capai fon, terus kol.. lepas mengajukan beberapa soalan lazim, orang tu boleh bantai tanya, "nape kol?"
(pergghhhh.. wa cakap lu.. pedih tikam menusuk kalbu siot.. sentap mak, nok..)

kes ketiga: pernah ke berniat baik cuba meminta izin sebelum berbuat sesuatu kemudian orang tu cakap tabole sambil diasak dengan pelbagai soalan sampai anda lemas yang mana pada mulanya anda menjawab dengan petah sehinggalah anda kehabisan idea? setelah kehabisan idea bercampur baur dengan niat malas nak bertekak, anda ikotkan sahaja apa yang telah diputuskan oleh pihak sebelah sana akan tetapi tetap dibangkang olehnya?
(in a simpler words, kau cakap A, aku cakap B.. malas nak gado, aku ikot cakap kau tapi kau pulak nak aku ikot B.. APAKAH? tolong cakap melayu boleh? saya tapaham bahasa asing..)


*sigh* dalam kes pertama macam agak tidak boleh diselamatkan lagi je.. when there's no more trust, tunggu apa lagi? blah je la weih.. kes kedua pulak, serba salah jugak nak jawab.. kata rindu kang, tak percaya pulak (sila rujuk kembali kes pertama).. akhirnya terpaksa juga menipu dengan memberi jawapan, "oh, takde pape.. bye.." agak celaka juga bila difikir2 balik.. tapi apakan daya.. meletak harapan agar dia paham.. tapi kalau dah tunggul kayu tu, tunggul kayu la jugak.. takkan bertukar menjadi bunga.. =__=! kes ketiga pula memang terlalu sukar untuk difahami.. "kau nak ape sebenarnya?" but the fact is girls always acting like dat.. so undecided.. tapi kalau lelaki yang berkelakuan cenggitu, apekehe? adakah kerana terlebih hormon estrogen dan progesterone? pergghhh.. penat nak faham ok? kalau orang selalu kata, perempuan ni leceh, susah nak paham, kuat merajuk, manja+mengada2, siap berejam, cerewet, dan lain2 sifat mazmumah perempuan.. it's soooo cannot be applied in this modern world! cz there are metrosexual guys, lelaki yang mahu dibelai dan dimanja (kalah pompuan!), malah lelaki2 yang sangat tidak gentle juga (nak perempuan tu buat semua benda untuk dia which is sangat melampau hokey?!)..

p/s: gentleman = lelaki lembut?? ;P

Saturday, March 19, 2011

food craving month

selepas mengikat perut selama sebulan di atas budget yg telah dipotong, maka tibalah masa untuk melantak kembali.. sekarang ni, semua menda teringin nak makan.. kalau kepala kapal terbang tu ada orang makan, lama dah aku bantai.. (pakcik juni, 2011) ;P

hmmm.. tingin nak makan apa ek? *thinking* bahaya btol pikir pasal makanan ni.. kalau time bulan puasa ni, boleh sampai tahap batal puasa! bahaya, bahaya.. hehehe.. ;D hokey, lemme list them down hokey?

1. kepsi
2. sate
3. frozen yoghurt (tutti frutti n jco's)
4. ikea's meatballs
5. daim cake (ikea)
6. caramel pudding
7. pulut dakap

tu je yang mampu untuk difikirkan setakat ini.. kalau melantak menda2 ni semua dalam masa sehari, perut boleh kembung sebesar hot air balloon tu!~~ whoooaaaaa~ :O oh, btw, teringin sangat nak pergi hot air balloon festival tu.. tapi apakan daya.. kalau sempat, esoklah kot baru dapat pergi.. tapi biasanya last day mesti ramai orang bersesak2.. *sigh* next year la nampaknya.. :(


Saturday, March 5, 2011

milo oh milo!

tempat kejadian: PappaRich Cyberjaya.
waktu: senja nan permai..
watak: seorang ibu (awal 30-an), seorang anak lelaki (6-8thn), seorang waitress (muka macam baru lps abes spm)


sang anak: mama, nak milo!
sang ibu: yang mana?
sang anak: milo dinosaur..

*sang ibu menulis order dgn tekun.. bagi kertas order kat waitress.. order pun sampai..

waitress: satu hot coffee, satu milo dinosaur, bla bla bla..
sang anak: kate milo dinosaur.. ni milo ais.. adik nak milo dinosaur! *membentak2*
waitress: ni la milo dinosaur, dik..
sang anak: tade dinosaur pon? (dengan muka penuh innocent)
*sang ibu&waitress: terdiam..

hadoi.. penat siot layan kalau dapat anak macam ni.. kang makan cucur badak, carik badak.. lalu kat susur gajah, nak tengok gajah.. payah2.. tapi takpelah.. budak2.. kalau mak budak yang tanya, tak memasal kena lempar ngan gelas milo tu.. ;D

p/s: milo dinosaur a.k.a milo tabur.. aku tak berapa nak pasti dari mana asalnya nama milo dinosaur tu tapi masyarakat setempat di Singapura panggil cenggitu..

Wednesday, March 2, 2011

mish u~


p/s: mish u, MZZZZ~~ T.T