ehem.. *clearing throat* suasana agak tegang sebenarnya.. ;D sebenarnya di entri ini ada beberapa persoalan yang korang patut jawab.. tak jawab kat sini pun, dalam hati jadilah..
kes pertama: pernah tak korang memang tersangatlah innocent, jawab pun dah habes jujur tanpa sekelumit pun diselit unsur penipuan tapi masih dituduh berdusta dan tidak boleh dipercayai langsung?
(terasa macam nak tikam2 interrogator tu pastu cincang sampai lumat! buat masak spaghetti bolognese pon cara gak..)
kes kedua: pernah tak tiba2 korang terasa rindu kat seseorang tu dan rasa nak dengar suara dia.. dengan pantas capai fon, terus kol.. lepas mengajukan beberapa soalan lazim, orang tu boleh bantai tanya, "nape kol?"
(pergghhhh.. wa cakap lu.. pedih tikam menusuk kalbu siot.. sentap mak, nok..)
kes ketiga: pernah ke berniat baik cuba meminta izin sebelum berbuat sesuatu kemudian orang tu cakap tabole sambil diasak dengan pelbagai soalan sampai anda lemas yang mana pada mulanya anda menjawab dengan petah sehinggalah anda kehabisan idea? setelah kehabisan idea bercampur baur dengan niat malas nak bertekak, anda ikotkan sahaja apa yang telah diputuskan oleh pihak sebelah sana akan tetapi tetap dibangkang olehnya?
(in a simpler words, kau cakap A, aku cakap B.. malas nak gado, aku ikot cakap kau tapi kau pulak nak aku ikot B.. APAKAH? tolong cakap melayu boleh? saya tapaham bahasa asing..)
*sigh* dalam kes pertama macam agak tidak boleh diselamatkan lagi je.. when there's no more trust, tunggu apa lagi? blah je la weih.. kes kedua pulak, serba salah jugak nak jawab.. kata rindu kang, tak percaya pulak (sila rujuk kembali kes pertama).. akhirnya terpaksa juga menipu dengan memberi jawapan, "oh, takde pape.. bye.." agak celaka juga bila difikir2 balik.. tapi apakan daya.. meletak harapan agar dia paham.. tapi kalau dah tunggul kayu tu, tunggul kayu la jugak.. takkan bertukar menjadi bunga.. =__=! kes ketiga pula memang terlalu sukar untuk difahami.. "kau nak ape sebenarnya?" but the fact is girls always acting like dat.. so undecided.. tapi kalau lelaki yang berkelakuan cenggitu, apekehe? adakah kerana terlebih hormon estrogen dan progesterone? pergghhh.. penat nak faham ok? kalau orang selalu kata, perempuan ni leceh, susah nak paham, kuat merajuk, manja+mengada2, siap berejam, cerewet, dan lain2 sifat mazmumah perempuan.. it's soooo cannot be applied in this modern world! cz there are metrosexual guys, lelaki yang mahu dibelai dan dimanja (kalah pompuan!), malah lelaki2 yang sangat tidak gentle juga (nak perempuan tu buat semua benda untuk dia which is sangat melampau hokey?!)..
p/s: gentleman = lelaki lembut?? ;P
No comments:
Post a Comment