Mesti korang tertunggu-tunggu hapdet dari aku kan? *bajet* *perasan* Tapi seriuslah weih.. Ramai yang dah tanya-tanya, "Mana entri pasal tunang?" Aku ada berita sedih untuk korang semua.. Aku tau, dalam kepotak korang mesti dah start pikir yang bukan-bukan kan? Takpe, takpe. Tak perlu nak buat terlalu banyak spekulasi.. Aku takde entri pasal tunang sebab aku takde komputer untuk menaip bukan sebab aku tak jadi tunang.. Kalau pakai Sang Minion, payah.. Sebab nak haplod gambar susah, nak menaip pun susah.. *aku orang lama-lama tak biasa touchscreen* Dikesempatan menumpang ehsan laptop orang ni, aku penuhilah permintaan mereka-mereka yang meminta..
Kontrol macho sat..
Memang sangat dan terlalu simple.. Aku tau.. Tapi nak buat macam mana.. Macam-macam kena pikir.. Pikir bajet, pikir masa, pikir orang kata, pikir keluarga.. Lagipun malas nak dengar orang bercakap-cakap kat belakang.. Makanya, aku lantakkan mereka dan buat apa yang aku mampu.. Eleh, cakap memang senang.. Buat sendiri tengok.. *emosi*
Pulut kuning rendang daging..
Blueberry cheese tartlets..
All the berries..
Cream cheese red velvet cake..
Chocs in treasure chest..
Al-Quran..
Perfume and deodorant..
Ada cerita di sebalik hantaran ni semua.. Oleh kerana semua orang sibuk dengan hal masing-masing, aku pun ingat nak letak je la semua benda dalam bekas yang ada.. Pasal hiasan semua aku dah tak nak pikir langsung.. Sebab memang sangat-sangat tak cukup masa.. Sehinggalah hari-hari terakhir nak bertunang.. Satu pagi tu aku hantar mak pergi sekolah.. On the way balik rumah, Kak Mazni wassap tanya pasal persiapan semua.. Terus aku tanya dia soalan yang layak diterima makian berbakul oleh seorang yang sangat kreatif dan kritis..
Aku: Akak tau kat mana ada florist yang siap gubah buah? Sebab saya cari takde.. Susah-susah sangat, saya pergi je Hospital Putrajaya beli bunga untuk orang sakit tu
Kak Mazni: Awak ni nak kena kan? Akak ni perempuan yang awak paling kerap jumpa, tapi haram nak tanya akak..
Aku: Ni orang tengah tanya la ni..
Kak Mazni: Tu pun sebab akak yang tanya dulu kan?
Aku: Hehehe.. *speechless*
Kak Mazni: Hantaran semua siapa buatkan?
Aku: Buat sendiri.. Semua orang busy la kak.. Cadangan asal, DIY.. Tapi, kakak saya kena out station pulak last minute..
Kak Mazni: Awak bagi je akak semua yang awak ada, biar akak buatkan..
Dah la hantaran cantik voguey-da-vass.. Rajin gila letak burung, lady bugs and all.. Sumpah aku teruja gila! Lepas tu dia amek duit untuk kos beli barang-barang je.. Upah dia tak nak.. Plus, dia dan suami dia sponsor hantaran buah tu.. *terharu* Untuk menambahkan keteharuan aku, dia siap bagi spare key rumah dia lagi in case aku datang nak hantar barang tapi dia tak sampai rumah lagi.. *ngangesh* Srott srooootttt..
Semua tengah pening nak tengok kamera yang mana satu..
Lagi gambar ramai-ramai..
Ayah terkeluar dari gambar..
Sang AHM memang suka bergambar sambil tidur..
Sang AHM dah maken kopau.. Seluar sendat payah nak duduk!
Dengan Sya..
Dengan kawan-kawan sekolah menengah..
Ramai yang kata aku nampak gemuk pakai baju ni.. Aku tak nafikan tu.. Sebab kebanyakan gambar aku dalam posisi duduk.. Baju ni sesuai untuk pose berdiri je sebab masa berdirilah pemberat dia memainkan fungsinya dengan cemerlang dan terbilang.. Tapi takpe.. Aku tak kesah semua tu.. Biar nampak gemuk, jangan nampak buruk.. *denial*
Malam yang sama, Sang AHM pergi main badminton macam biasa.. Aku tak sempat nak join sebab nak mengemas bagai.. Serius penat gila weih! Lepas tu dia tepon pun aku tak sedar hape.. Pagi lepas tunang tu bajet nak romantik-romantik sweet comel bagai la.. Aku text dia..
"Selamat pagi Incen Tunang.."
Hahahahamek! INCEN! Hilang terus romantik.. Terus aku jadi spastik! Mana taknya, terus dijadikannya modal untuk bahan aku sepanjang tahun.. Atau mungkin seumur hidup? *sigh* Bukan apa.. Gua mamai pagi tu bai.. Tapi gua ingat jugak kat lu.. Nampak tak yang gua sayang lu?
_________________________________________
Gerakan tangan sepantas cahaya *sampai terpadam lilin*
Ini jugak peyumbang kepada ketidak hapdetan blog aku.. Niat asal nak buat sendiri je.. *masih dalam mood DIY* Tapi apakan daya.. Penat lelah belum lepas dari dada.. Terus aku berlari-lari singgah MPH Alamanda dan jugak King's Confectionery Kompleks Mutiara untuk bagi kat Sang AHM.. Tapi tu la.. Hari-hari makan kek pun muak jugak.. Kek tunang belum berdaya nak dihabeskan (Sang AHM la.. Aku punya kek awal-awal lagi dah langsai..), ditambah pulak dengan kek birthday, muntah berak kencing kek pulak karang..
DIY la sangat..
Ps: Tajuk entri adalah merujuk kepada ketidak sudian aku untuk hapdet blog. Bhahahahahaha~
Pps: Jurugambar tidak profesional penyumbang kepada gambar kabur..
Ppps: Oleh kerana aku resize gambar, sila tekan Ctrl+Left Click untuk lihat dengan lebih jelas.
Pps: Jurugambar tidak profesional penyumbang kepada gambar kabur..
Ppps: Oleh kerana aku resize gambar, sila tekan Ctrl+Left Click untuk lihat dengan lebih jelas.


















2 comments:
blueberry cheese tart putrajaya, mesti sedap...yum, yum.
sapekah yang memakannya?
pihak lelaki la yang makan.. takkan la nak buruk siku pulak.. hehehe~
Post a Comment