Tuesday, March 12, 2013

Jumaat Keliwon

Amaran: Dilarang baca bagi mereka-mereka yang mempunyai penyakit semput atau jantung.



Kau ni memang sangat malang bila kau pergi kedai cermin untuk tampal cermin yang retak di tengahari remang tapi kedai tu takde-tampal-tampal-kitorang-tukar-seketul-terus.. Lepas tu kau balik dari kedai cermin dengan hati yang kecewa, pergi makan, cek gaji, gaji dah masuk (walaupun lambat dan tak sampai seribu pun), pergi isi minyak full tank, parking kat basement ofis, orang naik cakap dengan kau tangki minyak kau bocor, turun bawah tengok minyak dah limpah-limpah sepah-sepah atas lantai, pergi Proton cek, memang hos bocor tapi diorang tak cover warranty dah kena tukar seketul terus.. Sabtu Ahad dah deal nak pergi kursus kawen tapi pagi tu kena hantar kereta pergi bengkel dulu, bangun pagi-pagi pergi hantar kereta sorang-sorang, balik tengahari terik matahari atas kening, tunang kau masih tidur, kejut bangun ajak pergi kursus, dia bangun mandi, cakap lapar nak makan, kursus kawen pukul 2, 12.30 kau kat Sungai Buloh lagi, dia kata nak kensel pergi hari lain.. Cuaca panas, hati panas, kepala panas, panas baran.. Lagi malang bila sumber kewangan kau berada di luar kawasan.. Ya, memang aku stress bila dugaan jatuh bertimpa-timpa.. *penyek kena himpap* 


Ps: Thank Allah for giving me you, the most annoying person yet the most understanding one. *tolong berhenti sogok saya dengan makanan*

Pps: Selamat membaca dengan enam nafas sahaja. Hahahahaha~



2 comments:

Unknown said...

dugaan darah manis

Rayhanah said...

patutla nyamuk banyak ketik..