Friday, February 28, 2014

beli belah | suara tak boleh blah

Mentang-mentang harini gaji, macam-macam aku beli.. Siap ada to-buy-list yang panjang lebar okeh? La Senza sale pulak tu.. Memang dengan pantas la aku pergi KLCC balik kerja nanti.. Boleh pergi Marks&Spencer sekali.. Heeeheee~ *huge grin*

Semalam tiba-tiba datang mood rajin nak keluarkan peluh, dengan pantas pergi naik bukit dekat Shangri La tu.. Best! Walaupun agak hangin jugak dengan angin-yang-bertiup-sepoi-sepoi-bahasa-dan-buat-aku-nampak-macam-tak-berpeluh-langsung tu, tapi ada bagusnya.. Kurang-kurang tak panas.. Sejam jogging naik turun laluan berbukit plus guna peralatan yang ada kat situ, balik rumah tak rasa pape.. Bangun tido esok pagi, baru terasa pinggang sakit nak mati, malah overslept jugak.. Tahi! 



__________________





Aku jumpa lagu ni pasal kawan aku post kat Fesbuk.. Teringat sesi karaoke-merepek-malam-malam-sebelum-tido.. Hahaha~ Cenggane aku boleh jadi gila macam tu pun aku kurang pasti.. Aku kan pemalu.. Asal gelak? Tak percaya? Aku memang pemalu kot.. Tapi bab nak nyanyi depan orang je la aku jadi pemalu dan penyegan.. Hahahaha~


Ps: Dari kusut melayan perangai orang yang tah hape hape, baik aku layan 9gag.. Lagi banyak pekdah.. IDGAF. You are welcome to get the ef off.

Wednesday, February 26, 2014

Berjimat tapi tak cermat.

People call this cheapskate. But I call this nak-buat-macam-mana-dah-takde-duit.

Bukan apa, kalau aku beli cable baru pun, sama je ending dia.. Memang material dia cepat pecah, bukan sebab aku yang kurang cermat.. *in denial* Tunggulah kakak kaya nanti, beli dengan company-company dia sekali! Puiii.. Ada hati nak lawan Mark Zuckerberg lettew..

Ps: Apple, y u so expensive? T___T

Tuesday, February 25, 2014

Cerita lawak.

Haritu aku pergi hantar kawan aku balik rumah.. Segala sedara mara tok nenek semua adalah.. Terpaksalah aku mencemar duli beramah mesra dengan rakyat jelata.. Tengah seronok-seronok melantak depan kolam sambil tengok ikan renang-renang, nenek kawan aku tanya anak buah dia yang baru masuk darjah 3.. 

Sang Nenek: Ika dah besar nanti nak jadi apa? 

Budak Ika: Nak jadi macam Kak Na.. 

Sang Nenek: Kenapa?

Budak Ika: Sebab Kak Na cantik, baik, kerja best.. 

Aku: Ika nak apa, meh Kak Na belanja.. *gelak macam orang gila* 

Budak Ika: Betullah orang cakap.. Jadi Kak Na best! 


Tersembur keluar soto yang aku tengah makan tu.. *literally* Tudiaaa.. Melangit memuji.. Dik, rumah kau takde tv ke hape? Kalau aku ni kau kata cantik, yang retis semua tu mesti kau ingat bidadari kan.. Hishlaaa.. Kalau aku sendiri tak nak jadi aku, kenapalah kau nak jadi aku? Pelik betul manusia ni.. Tapi jauh di sudut hati, kau terasa macam loser gila bila orang mendewa-dewakan kau sebab kau dan Tuhan je yang tau kau tu memang tak layak dipuji dan dipuja.. T__T

Monday, February 24, 2014

Friday, February 21, 2014

*melting*



Sometimes I can't stop myself from wondering, "Apa korang makan sampai jadi power sangat ni?".. Tak puas hati betol aku!


Ps: Nini, can you try to play and sing this one for Kakak? Only this one. Pretty pls.. *batting eyelashes*

Tuesday, February 18, 2014

Penuh dengan tahi.

Paham tak perasaan nak marah tu meluap-luap bila kau call Hotline untuk cakap dengan customer service representative dan kau hadapi masalah-masalah yang tah hape hape.

1. 5 kali kau cuba telefon baru dapat tembus. (setiap kali!)
4 kali kau call dapat, "The number you have dialled is not in service, thank you.". Kali ke 5 baru dapat sambung, tu pun kena tunggu lebih 5 minit dengan alasan, "Maaf, eksekutif perunding pelanggan kami sedang sibuk. Sila tunggu. Panggilan anda amat penting bagi kami." *nak bodek ke hape?* Memang la bil aku ni company korang yang bayarkan? Kalau free takpe la jugakkk..


2. Dealing dengan orang yang sangat tak profesional.

Kes pertama (panggilan pertama):
Aku: I'm calling on behalf of my friend, bla bla bla..
CS1: Boleh bagi nombor telefon supaya saya boleh buat pengesahan?
Aku: Ok, nombor telefon 01*-******9
CS1: Ok, saya ulang semula ya, 01*-2*****4 (nombor telefon aku).
Aku: Bukan, bukan. Saya bukan nak buat aduan untuk telefon saya ni. Nombor dia, 01*-******9.

Kau ni mengelamun ke mengigau sambil angkat telefon? Tak peka langsung! 


Kes kedua (panggilan kedua):
Aku: Saya ada telefon tadi dan rakan Encik ada bagitau yang saya kena emel payment resit and whatnot, lepas tu saya kena telefon balik untuk verify. So, saya dah pun emel dan saya call ni untuk verify lah.
CS2: Siapa yang suruh buat macam tu ya?
Aku: Entah, dia pun takde bagitau nama, dan saya pun tak tanya. Awak pun takde bagi nama tadi kan?
CS2: Oh, ok. Apa nama emel Cik ya, saya cekkan untuk cik.
Aku: wanrayhanah@gmail.com. w.a.n.r.a.y.h.a.n.a.h. wanrayhanah. (3x aku ulang)
CS2: Macam mana? w.a.n.r.a.i.a.h.a.n.a
Aku: *ulang lagi sampai 5 minit*
CS2: Ok, Cik Wan, nanti kita akan forward kan emel Cik dekat Account, bla bla bla...


Kes ketiga (panggilan ketiga):
Aku: Semalam saya ada call berkenaan dengan unbarring the line for bla bla bla.
CS3: Boleh saya tau nama Cik?
Aku: Wan.
CS3: Ok, Cik Nur, bla bla bla..
Aku: (dalam hati) *Bila aku kata nama aku Nur? Jauh betol Wan dengan Nur..*

Kes ketiga ni, dah macam bergayut dengan awek.. Pun ada masalah nak verify nama aku, sampai 15 minit nak dapatkan ejaan yang tepat dan betul! Email aku tu memang pakai nama aku pun kan, apa yang payah sangat pun aku kurang pasti.. Lainla kalau aku pakai email merepek-repek macam torga_ixora ke, blackheart8_666 ke, appl3shamp0o ke, memanglah jenuh nak menaip dan mengeja.. Ni direct je kot.. Siap aku eja satu-satu. "Winston America Nigeria Russia America Yoyo Hungary America Nigeria America Hungary." Arghhhh, bullshit!

End up, conteng-conteng carut-carut dekat kertas sebab perbualan sedang dirakam. 
Memang sangat tahi!

Monday, February 17, 2014

Hah, hamek. Hamek semua.

Meh, meh teman aku layan Adele's Live at Royal Albert Hall.. Serius, best. Tak tipu. Aku download satu konsert tu, ada la dalam sejam setengah total duration dia.. Layan kat Blekberak sampai tertidur-tidur.. One of my fave song.. So, enjoice!



Ps: Adele dan being pathetic memang tak dapat dipisahkan. Hahaha~




Ps: If you love someone, set them free. If they come back, set them on fire.

Friday, February 14, 2014

GTH.

Inspirational songs for upcoming hell-days. (No more holidays.) *pejam mata, tutup telinga*


*VEVO kan kedekut tak bagi curik video dia, ni je yang aku mampu. Siap ada extra translation Bahasa Sepanyol lagi hokeh?


*Nah, Vietnam la pulak.. =__=!


Ps: Bahasa ibunda aku takde orang nak buat ke? *rindu Myanmar* T___T

Tuesday, February 11, 2014

Uncoordinated movement.

"Pabila lidah kelu tak berbahasa, hanya puisi dan lagu sebagai pengantara." (?!)


Monday, February 10, 2014

Bersosial? Memang sial.

Orang kata aku kepotak senget, peramah terlajak, merepek pokpekpokpek tanpa hala tuju.. Tu orang yang kata.. Tapi kalau aku kata ada masa aku malas nak bersosial, korang dapat terima hakikat tak? Ya, aku terasa sangat malas nak bersosial sekarang ni.. Orang ajak keluar lepak berhoyeah-hoyeah, aku malas. Orang tanya kenapa aku tak reply message tak angkat kol, aku malas. Orang datang tempat aku nak beramah mesra, aku malas. Ikutkan hati, aku datang kerja nak tutup pintu kunci rapat. Kenapa? Sebab aku malas. Malas nak bersosial. Kenapa aku boleh jadi malas? Sebab masyarakat setempat yang buat aku jadi camni. Tapi kenapa aku rajen dengan orang-orang tertentu? Sebab aku yang pilih untuk itu.