Tuesday, October 28, 2014

Bed ridden

Penat la asyik terbaring je.. Menyandar.. Duduk lama sikit, sakit.. Hmmm.. Tapi nak buat cenggane, nak cepat sembuh kan.. Kenalah gagahkan diri.. Sabar, sabar.. Sabarudin tukang kasut.. Tengah makan, boleh melawak dengan Mak..


Aku: Siapalah ajar makan baring ni?

Mak: Kecik-kecik dulu suka sangat makan baring, dah besar ni merasa la makan baring.. 2 kali pulak tu..


Ok, takleh nak gelak. Nanti sakit! Ada je nak menjawab mak aku ni.. Hmmm.. Kenapa kalau anak yang menjawab dan menyakitkan hati dapat title "anak derhaka" tapi kalau mak yang buat camtu, kira halal je.. Same goes to husband and wife.. Isteri derhaka whatnot.. Suami derhaka takde eh?


Sang Isteri: Daddy ni, kan tadi dah pesan mintak tolong balik awal.. Mak Daddy duk call-call dari tadi tau..

Sang Suami: Daddy lupa la Baby.. Tadi Daddy busy bawak orang..


Alasan boleh diterima pakai ke? Kalau Sang Isteri yang menjawab macam tadi tu, terus dicop "isteri derhaka", ye dak? Sabo jela.. Mungkin sebab syurga tu kat bawah telapak kaki ibu dan suami.. Sebab tu darjat dorang lebih tinggi.. Kuasa veto sangattt tau.. *mencik!*

Aku? Kalau dengan laki aku la, mana ada aku melawan cakap.. Baik je.. Nampakla ciri-ciri solehah tu.. Muahahahaha~


Kekanda: Baby, Daddy tak suka Baby melayan kawan Baby cakap macam tu kat Baby.. They show no respect towards you..

Adinda: Tapi Baby tak layan pun kan?

Kekanda: Yela.. Tapi Daddy tak suka.. Ha, tu muncung tu simpan sikit..

Adinda: Takyah simpan.. Balik nanti senang.. Terus buat ampaian..


Ha, mana ada aku melawan kan? Melawak ada la.. Taktau la kalau tu pun boleh dicop derhaka..


Ayat biasa..


Adinda: We never had a fight before, why now? Nak bergaduh pun, tunggu la I sihat sikit..

Kekanda: Kalau dah ada nawaitu nak bergaduh tu, tak payah la nak tunggu-tunggu pun..

Adinda: Tengok tu.. I mean bringka la..

Kekanda: Iskkk.. Ke situ pulak You ni..


See, see.. Aku menjadi pendamai.. Derhaka sangat ke aku ni? Kalau nak dilevel ketegaq aku ni, takdak la ketegaq mana.. Level 1 sampai 10, 10 paling teruk, adalah dalam 4.25 kot.. 



23082014 / 1130hours


Kenapa | Why | Timkai | Porke

Kerap kali aku bertanya pada diri, kenapa orang selalu sakitkan hati ini?
Terlalu kerap.
Acap kali aku bertanya, kenapa orang selalu mengambil enteng diri ini?
Terlalu acap.
Seringkali aku bertanya, kenapa orang tak pernah nak hargai diri ini?
Terlalu sering.

Jawapannya terletak pada diri aku sendiri.
Kerana aku membenarkan mereka menyakiti
Kerana aku selalu melebihkan orang lain berbanding diri sendiri
Kerana aku lagi senang menghargai dari dihargai.

Selagi ada yang perlu, aku akan tetap di sini
Jika aku pergi suatu hari nanti, jangan pernah mencari
Kerna aku takkan kembali.

Pergi ku bukan kerana benci
Bukan jua kerna tiada cinta yang bersisa di hati.
Pergi aku untuk kebahagiaan kalian
Dan aku tak mahu melawan takdir Tuhan.


22082014 / 1815hours

Chasing | Being chased

Manusia kerap mengejar
Seringkali mengejar sesuatu yang tak pasti
Tanya pada aku?
Aku penat dikejar.
Berlagak? Tidak. Tiada niat.
Penat? Ya. Memang penat.
Mereka mula mengejar bila belum dapat apa yang mereka mahu
Namun pabila sudah diberi hati, jiwa dan raga, dibiar saja begitu.
Yang itu, memang penat. Bertambah penat.
Dilayan acuh tak acuh, dibuat endah tak endah.
Hati hancur luluh? Tiada siapa yang tahu.
Tiba masa, aku akan mula mengejar.
Penat? Penat jika hanya duduk disitu menunggu.
Aku akan terus mengejar sampai suatu masa, disuruh berhenti oleh empunya diri.
Tidak, aku tidak akan paksa siapa-siapa untuk hidup dengan aku.
Dari terpaksa, lebih baik hidup sendiri.
Mana aku lagi suka?
Main kejar-kejar.


Hospital UiTM Sungai Buloh
22082014/1811hours


Ps: Banyak post yang aku tak sempat nak publish oleh kerana kekangan masa, laptop rosak, bla bla bla, etc., etc., makanya aku klik publish secara pukal.. Sekian.

Pps: Perghhhh.. Lama gila kot tak hapdet blog.. Kira boleh tahap jatuh talak la sebab aku abaikan nafkah blog aku kan.. Hahaha~ Ok, perghhh sekali lagi. Aku harap korang maafkan bahasa dan ayat aku sejak akhir-akhir ni yang semakin menjadi-jadi repekannya.. Bukan apa.. Tengah stress hanjeng kan.. So much to do yet so little time left.. +___+

Thursday, July 17, 2014

Aku, Dia dan Airport - Pt. 2

Selesai melahap hidangan di depan mata dan menelan seteguk dua Coca cola yang sudah tawar rasa, Nami mula menyalakan rokok.. Nama je perempuan tapi hisap rokok.. Nak buat cenggane, bajet urban.. Kolumpo sangattt! Sambil menghembus asap, dia sambung kembali perbualan yang terhenti akibat sikap pelahapnya itu.

"So, gena?"

"Aku ikut hang ja.. Sebab haritu hang yang beriya nak pi.."

"Hmmm.." Kononnya berfikir sambil buat gaya patung 'The Thinker'. Tapi takdela sampai telanjang bulat.. Gayanya sahaja..

Melihat sahabat baiknya yang indecisive itu, Shah lantas bangkit dari kerusi dan menuju ke kaunter untuk bayar..

Sekembalinya dari kaunter nun jauh di sana tekun petani kerja itu, sahabatnya masih dalam kedudukan yang sama.. Tak kebas ka pungkok pompuan ni? Lama nau mikir.. Kalau tengah jawab periksa ni, mau habis masa nak jawab soalan 1 je dari tadi..

"Gena? Hang decidela kaih.." 

"Eh, berapa tadi?" Soal Nami sambil mengorek kocek seluar jeansnya..

"Takpa, takyah.."

"Maseh na?" Balas Nami sambil masukkan kembali not pelbagai warna itu ke dlm kocek seluarnya..

Eleh, acah-acah mak labu je tu.. Mana la dia ada duit sangat.. Makan nak beriya, hisap rokok nak bergaya, urban kononnya, padahal papa kedana miskin hina.. Puiii! *emosi aku kejap*

"Ke mana kita?"

"Hmmm.. Ok la kot.."

"Tapi kita naik kereta hg la.. Lampu aku cemer sebelah.. Aku parking kat petronas ja.."

"Baik bos! Tapi, waktu-waktu ni, mana border bukak lagi.."

"Memang la.. Kita pi rumah kawan aku dulu.. Kita kumpul ja sana.."

Nami mengangguk-angguk sambil otak menerawang entah ke mana..


Setelah kenyang *makan buah langsat dua tiga tangkai, sampailah mereka di destinasi yang ditujui.. Nami parkir kereta betul-betul di hadapan pagar rumah Budin, kawan Shah..

"Siapalah yang bodoh sangat parking senget benget sampai ke tengah jalan ni?" omel Nami sambil bermonolog luaran..

"Hang kata kawan aku bodoh?"

"Mana aku nak tau tu kereta kawan hang.. Tapi bodohla parking senget.. Orang lain pakai sedan jugak bos.. Takde pun parking sampai ke tengah macam tu.." 

Hishhh.. Pokpekpokpek pulak makcik ni.. Bising sangat, pergi masuk dalam mintak kunci.. Tolong repair parking tu ha.. Cakap banyak, buat dahaga je.. Dahla hisap rokok macam naga.. Tak kering tekak ke?

"Hang lain.. Hang kan tera.." Ya, sangat sarcastic Shah ini.. 

Sambil membuka pagar dan melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah (ewaaahh.. buat macam rumah sendiri pulak kau!)

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam warahmatullah.. Masuk Shah.."

"Eh, Yus.. Budin mana?"

"Dia dalam bas lagi.. On the way dari KL dengan awek dia.."

"Dah ni, hang masuk rumah ni camna?"

"Ooo.. Housemate dia ada.."

Ah sudah! Ni sorang lagi.. Ni bukan setakat buat macam rumah sendiri.. Dah macam memang dia tuan tanah satu taman ni la.. Selamba badak dia je..

Nami menurut masuk sambil berlagak sopan.. Bukan dia sengaja nak berpura-pura sopan dan pendiam.. Tapi sebab berhadapan dengan orang yang dia baru kenal kan, memang automatik perangai dia bertukar.. Seolah-olah ada butang auto la badan dia tu.. Tapi bagi Nami, takkan la dia tiba-tiba nak terjah rumah orang pastu berlagak samseng.. Tak patut.. Dia bukan ada darah Yakuza pun sampai dia boleh nak terpikir untuk berkelakuan sedemikian..

(Bersambung)

*Nota kaki: makan buah langsat bermaksud sesat

Tuesday, June 17, 2014

Aku, Dia dan Airport. - Pt. 1

“Wayang apa ada malam-malam ni?” Soalan Shah dibiar sepi. Shah toleh kawannya di sebelah yang sedang rakus meratah kerang-kerangan yang sedia terhidang. "Dasar budak gemok!" Getus Shah di dalam hati.

Deringan telefon bimbitnya membantutkan niat Shah untuk membahan kawannya itu.

“Hello. Ha, awat?”

…..

“Aku dengan kawan aku ni..”

……

“Bila hangpa nak pi?”

…..

“Nami, hang bawak passport dak?”

“Bawak.. Asal?”

“Dia kata dia bawak.”

“Pasaipa? Aku kena cakap tak bawak ke?”

…….

“Sat aku bincang dengan kawan aku sat. Satgi aku confirm balik dengan hang.”

Telefon diletak. Ya, diletak. Diletak atas meja. Macam mana dia nak sambung makan sambil pegang telefon? Tak ke menyusahkan diri tu. Tak patut dia letak gagang telefon sebab dia pakai telefon bimbit, bukan telefon rumah mahupun public phone.

“Nami, hang nak pi dak?”

“Pergi mana?”

“Siam.. Hang kata nak pi haritu kan..”

“Memangla.. Makan dulu la.. Satgi aku pikiaq..”


Pelahap sungguh budak Nami ni.. Bila makanan depan mata, memang dah tak toleh kiri kanan dah.. Lebih-lebih lagi bila jumpa ketam.. Hishh.. Apa nak jadi la.. Tapi tak boleh nak salahkan dia jugak.. Dah mak dia pesan, masa makan tak boleh bercakap.. Hah, iya!

(To be continued)

Wednesday, May 21, 2014

Tiada hati untuk berjiwa.

Berat mata memandang, berat lagi hati menanggung.. Aku mintak maaf. Sumpah aku takde niat nak main jiwa siapa-siapa.. Kau pun tau hati aku bukan dekat kau, dari hari pertama.. Hati aku sudah berpunya.. Cuma tunggu masa untuk tuan tanah datang tuntut harta saja.. 

Ps: Biar kecewa sekarang dari kecewa kendian-kendian.. 


Alhamdulillah.. Perlahan-perlahan aku cuba lari dan pergi dari kenangan kita.. Akhirnya, aku dapat lupakan.. Kau juga sudah bahagia bersama keluarga tercinta.. Alhamdulillah.. Semoga baik-baik sahaja semuanya, ya.. 

Ps: Happy 28th Belated Birthday, old friend.



_______________



Perghhh.. Lama gila aku kepam post kali ni.. Dekat sebulan? Double perghhh.. Asek busy manjang.. Kalah menteri.. Kena pulak semenjak dua menjak ni badan asek tak sihat.. Makin bertambah malas nak jenguk.. Datang rajin, kemas bilik la, buat laundry la.. Tak pun, main game kat Minion.. Tu jela.. Nak keluar pun dah rasa macam malas.. Mana taknya, aku yang kena drive kan.. Dengan keadaan Baby yang macam nyawa-nyawa ikan tu.. Jiwa luluh tengok Baby aku tu.. Dah la haritu masuk bengkel sebab tukar timing belt, orang bengkel tu buat kereta aku kemek.. Dah tu pulak, outstation kat Port Dickson, langgar anjing sesat mana tah.. Aku main agak je anjing sebab memang tak nampak apa.. Bawak pun slow nak mampos.. Sangat misteri kejadian malam tu.. Tapi lantakkan je.. Dengan roadtax dah matinya.. Dah renew pun, tapi aku takde mood nak amek lagi.. Nantilah.. Penat!

Sebab Incek Bulan belum balik rumah dia lagi, aku balik kerja, terus membuta.. Kadang-kadang layan main game dulu sepam dua.. Tapi biasanya, mesti terlelap.. Sedar-sedar, dah nak dekat Subuh.. =__=!




Thursday, April 10, 2014

Paci & David (Taqi & Dewi)

Abang aku nikah Sabtu lepas.. 3x lafaz okeh? Dah la soalan pak imam pelik-pelik.. Ada ke patut suruh bacakan satu-satu rukun solat.. Entah pape tah.. Orang tengah gabra, haruslah berterabur jawapan.. Bagitau 13 rukun pun dah cukup ok la kan? Kalau rukun nikah takpe jugak.. Sebab sikit je.. Bapak aku nak mencelah dah bila masuk bab zakat harta.. Ada ke patut dia kata, "Lain negeri, lain nilai harga.." Dah kalau nilai emas sama, kau duduk Zimbabwe pun kena bayar sama la.. Ha, nampak sifat-sifat ustazah aku terserlah? Hahahaha~ +___+"

Banyak gila la yang dorang-dorang ni semua tak puas hati dengan pak imam tu.. Patutnya abang Dewi yang nak akad kan.. Tapi pak imam tu bagi alasan, dia dah isi borang.. Erk? Dah la eja nama abang aku salah.. Hmmmm.. Tak kesah la tu.. Janji dah lepas.. Tengah sebok-sebok amek gambar family, tiba-tiba kakak ipar aku bersuara..

Dewi: Sekarang kau kena salam cium tangan aku.. Tak kesah la umur kau lagi besar pun..
Aku: *menurut je* *salam cium tangan*

Gila kuasa sial kau! Hahahaha~ Nasib dapat kakak ipar best.. Kalau tak, memang aku belasah je.. Huhu~ Belah lelaki, mak aku bising-bising lepas kenduri Sabtu tu.. Sebab takde dessert untuk tetamu.. Memang takkan sempat la kalau nak order pun.. Aku try call Sang Cikeren.. 

Sang Cikeren: Sejak mengandung ni, memang aku dah tak baking..
Aku: Takpalah kalau gu tu.. Hang bagi aku pinjam baking appliances hang ja.. Satgi aku buat sendiri ja..

Malam tu jugak aku gagahkan diri pergi NSK Kuchai Lama beli barang-barang semua.. Pukul 1.00++ pagi start baking sampailah Ahad tengahari.. Entah berapa batch chocolate chips oat brownies aku bakar malam tu pun aku tak tau.. Sedar-sedar, dah siang.. Last-last aku bakar seketul orange butter cake sebab nak jimat masa.. Sementara nak tunggu natang tu masak, aku terkocoh-kocoh mandi bagai sebab kawan-kawan aku dah sampai.. Memang hangkut camtu jela kek tu panas-panas pergi tempat kenduri.. 

Alhamdulillah.. Setel semua.. Semua orang pun puas hati.. Kek dan brownies tu pun licin.. Memang aku lega sangat-sangat.. Malam tu jangan tanya la kakak tidur pukul berapa.. Memang balas dendam cukup-cukup.. Hahahaha~ Kenalah paham.. Kakak kerja kan harini..

Dan macam biasa, orang tanya aku.. "Awak bila lagi?" Kalau lelaki, aku jawab, "Saya tunggu pakcik la.." Kalau perempuan, "Tunggu anak makcik yang bongsu tu besar sikit.." Dekat semua orang. Tanpa mengira siapa yang bertanya.. Hahahaha~ Kalau dengar dek mak aku tu, kena cepuk aku.. 


Ada ikan emas! *sambil buat muka ikan emas sebab teruja*
Very rare centerpiece indeed.. 

Goodies belah perempuan.. Cuba teka apa kat dalam..

Guestbook



 Chocolate chips oat brownies

Orange butter cake
(after baked punya gambar tak sempat nak snap)

Sempat lagi snap sementara tunggu sayang-sayang aku dalam oven tu masak


Ps: Anggaplah aku post entri ni hari Isnin lepas.. Malas nak edit.. >___<

Anak buah hati saya Ep. 2

Kakak aku dah selamat bersalin anak yang kedua pada 11 Mac 2014 lepas.. As usual, aku kena setelkan semua-semua.. Penattt! Tapi nak buat macam mana.. Aku kan harapan bangsa.. Huuhuuuu~ =__=! And as usual, belum sempat daftar dekat pejabat pendaftaran, aku dah bagi nama..

Budak ofis: Nama apa budak ni?

Aku: Sang Kentang..

Budak ofis: Nasib malangla budak ni dapat kau sebagai makcik..


Malang ke? Aku makcik yang best kot! *Cubaan menjulang diri* Sang Amoknyet dah tak nak dekat aku.. Dia pun dah besar kan.. Aku pun dah lama sangat tak lepak dengan dia.. Dah tak kenal.. Sibuk dengan, "Adik, adik.. Emmm, adik.." Tah paham ke idak budak tu..

Kenapa Sang Kentang? Sebab first time aku tengok memang macam kentang.. Berat pulak tu, 4.06kg.. Beranak normal ok? Jangan tak tau.. Gagah perkasa betul kakak aku tu.. *kagum*


Raidh Ahmad a.k.a Sang Kentang


Tudiaaa.. Dah jadi gangster!


Biar muka hitam, jangan amalkan ilmu hitam.

"Jangan selalu main jiwa orang", pesan seseorang kepada aku.. Out of the blue.. Tak terkejut kau? Hahahaha~ Memang takde niat nak main jiwa siapa-siapa.. Tapi kadang-kadang, tu la.. Dah aku bagitau banyak kali, tak reti bahasa.. Tak pasti pulak sama ada tak paham atau tak nak paham.. Sampai aku terpaksa keringkan je hati bila orang duk merayu menanti.. Hot setaf? Sangatlah tidak.. Mungkin sebab perangai aku yang peramah terlajak ni buat orang cepat suka.. Nak kata cantik tu, memanglah jauh panggang dari api tapi aku tak peduli.. Nak kata penuh dengan sifat mahmudah pun tidak jugak.. Tak senonoh gila nak mati yang mampu buat masyarakat setempat geleng kepala sambil buat muka tak puas hati.. Aku dah cuba, tapi dah memang sifat semulajadi.. Makanya aku ambil keputusan, "Anggap je aku ni lelaki." 


Ps: Be gentle. Tak payah sampai nak buat benda yang makan diri sendiri. Nanti Allah murka.

Friday, April 4, 2014

Badan Mulut Hati Busuk | Urutan Siam Nang Nyaman~

Aku tak pasti besar sangat ke dosa aku dekat kau sampai kau bagi aku markah semua 2/10.. Tskkk.. Aku dengan tak pernah MC, selamba OT walaupun tak boleh nak claim, buat kerja yang sepatutnya buat dalam team tapi aku selamba "one man show", jadi cacai buat sekali kerja orang lain.. Ya, memang aku ada buat silap.. Tapi, tolonglah tunjuk aku jalan yang benar.. Ini tidak.. Asek nak salahkan masyarakat setempat je.. Tskkk.. *sekali lagi* Sampai orang lain pun naik hairan kena markah aku serendah tu.. Setiap satu penilaian ditanda "2".. Apakah? Aku tak kesah langsung kalau kena extend probation period tu.. Memang la jauh di sudut hati aku, terasa sikit sentap.. Tapi sikit je la pun.. Kalau dah memang tak layak nak naik gaji, nak buat cenggane kan.. Terima je la.. Tapi yang 2/10 tu aku tak paham.. Ada ke patut syok-syok sendiri letak, tak consult dengan bos aku, tak panggil aku langsung sepanjang appraisal, main ngelak-ngelak pulak tu dengan HR.. Surat aku mana la, sial? Kenapa mesti 2/10? Just because I refuse to hang out with you? Just because I reject your invitation for karaoke session? Just because I always giving excuses when you ask me out? Is it??Atau hanya sebab aku tak reti nak bodek-bodek mengipas melayan nafsu gajah kau tu? Orang yang tak reti buat kerja dan aku kena sapu taik dorang setiap masa, senang pulak kau konfemkan.. Jangan sampai aku kerat alat jantan kau tu.. *Pening lalat kejap bau taik* 

*TIME
Benak sangat ke sampai tak paham-paham?


Ps: Kawan aku kata, "Gemok itu bodoh." Bagi aku sekarang ni, "Gemok memang celaka."
Pps: Biar muka buruk, jangan hati yang buruk.. Biar kaki busuk, jangan hati busuk?? Memang tak laaa.. Jangan busuk langsung, okeh? Pergi mandi bersih-bersih sana!!

__________________________


Nasib baik parcel aku kebanyakannya dah sampai.. Dapatlah aku gembirakan hati yang tengah sebal ni.. Bengang punya pasal, dengan selamba aku main tekan butang "Buy" dekat Groupon.. Dah tak pikir apa.. Kalau mampu, semua aku nak beli.. Ku bilang, kalau.. Hmmm.. Tapi nak buat cenggane.. Gaji aku yang ciput ni membataskan nafsu serakah aku tu.. *syukur* Eh, mesin urut takde ke? Teringin jugak aku diurut sambil buat kerja.. Perghhhh.. Macam syok je.. 

Ps: Urutan Siam satu! Tengs! *huge grin*