Sunday, April 29, 2012

me | haters



*zero sifar rei naid*




Ps: What doesn't kill you makes you stronger.


Thursday, April 26, 2012

amoknyet


04/02/2012 - 3.8 kg





Budak mulut tiga segi a.k.a Lukling




Amukan Sang Amoknyet




Bertukar! 
Ececeyyy~ Amoknyet dah jadi beruang kutub.. Nak menyamar lettew~~



Rasa macam kejap je masa berlalu.. Nanti kang sedar-sedar, dah pergi sekolah pun budak ni.. Dahlah demok, mengada-ngada! Asek nak orang dukung je.. Kalau ringan takpe.. Sesungguhnya, aku akui yang susu ibu sendiri memang banyak khasiat dari susu ibu lembu.. Cepat je budak Amna ni naik berkilo-kilo.. Baru nak masuk 3 bulan, dah macam budak 6 bulan.. Beli baju yang untuk new born bajet nak feeling-feeling boleh pakai sebulan dua la.. Jangan harap! Baru dua kali pakai, dah tak muat.. Terus kena beli yang untuk 6 bulan ke atas.. Boleh pakai lama sikit.. Untuk skirt, dress, takpela jugak.. Kalau besar dan labuh, tak yah pakai seluar.. Nanti bila dah senteng sikit, boleh pakai dengan seluar.. Ni kalau beli set baju dengan seluar, memang haru..

"Amna pakai celana.." 


Dia ni manja sangat.. Cucu sulung dalam keluarga aku la katakan.. Barang semua nak mahal-mahal.. Tak main la mainan beli kat Mydin.. Kurang-kurang Lamaze yang import dari UK.. Stroller pulak dah la pakai Quinny, yang 2 in 1 sekali dengan car seat pulak tu.. Tu belum masuk bab botol susu, baju, barang mandi apa semua lagi.. Haishhh.. Manjakanla sangat.. Nanti mua!

Tapi masalahnya, aku pun melayan kepotak kakak aku jugak.. Dapat je gaji, sikit-sikit beli untuk Amna.. Apa kakak aku nak untuk Amna, semua aku belikan selagi mampu.. Early investment, kononnya.. Nanti besar sikit, boleh buli.. Hehehe~ Ok, niat keji.

Wednesday, April 25, 2012

aku benci kau.




Isn't she super gorgeous? Ooooohhh.. *teruja*


"Won't tell anybody how you turn my world around
I won't tell anyone how your voice is my favourite sound.."
*promise* *fingers crossed* c(=






Sesi melamar
(Tanjat tau.. Keji!)




Penghibur tatkala sunyi duka rindu 
(Sebab annoyed dengan pangai aku yang suka tukar-tukar lagu masa dalam kereta) 




Ubat ketika sakit..
(Saje nak bagi aku gemok lettew~) =___=!




*speechless* (^____^)



Aku benci kau sebab selalu carik pasal dengan aku.. Aku benci kau sebab degil keras kepala.. Aku benci kau sebab kau ego.. Aku benci kau sebab kau panas baran.. Aku benci kau sebab suka putar belit ayat untuk nampak benda tu salah aku.. Aku benci kau sebab kau suka nak selesaikan masalah untuk aku.. Aku benci kau sebab kau suka nak jadi penceramah bebas.. Aku benci kau sebab kau selalu bagi aku surprises.. Aku benci kau sebab suka nak manjakan aku dengan benda-benda yang aku suka.. Aku benci kau sebab suka teman aku pergi main kat arcade.. Aku benci kau sebab suka makan apa yang aku suka makan.. Aku benci kau sebab kau sayang aku.. Aku benci kau!




Ps: Tak nak cerita banyak-banyak pasal kau, Incek P.. Belum masanya.. Biar draft tu kepam masam buat pekasam.. Tiba masa, aku publish ok? By the way, thanks for all the sacrifices, the money and time spent. Okay, dah cakap banyak kali tapi masih nak ulang ayat yang sama banyak-banyak kali.. Buat orang menyampah je.. 


Tuesday, April 24, 2012

rezeki anak-anak

Walaupun dah agak kelewatan, saya nak ucapkan jugak, "Hepi dey to you, mak!" Hehehe~ Semalam hari lahir mak aku.. Oleh kerana aku balik lambat, adik badik yang lain dah buat birthday bash untuk mak aku.. Dan oleh kerana bapak takde pergi Hong Kong, kitorang adik badik jela yang sambut beriya.. Jamu makan kepsi dan kek yang ada buah anggur atas dia.. 


Ps: Sorry, awak.. Mak saya tak makan bodek.. Dia makan kepsi je.. v(^____^)v



______________________________________




Damdidamdidamdamdam~~ *out-of-tune singing* Aku baru je ingat nak rehat kat rumah sebulan dua lepas berenti kerja yang ini.. Sekali dah dapat job offer hasil interview haritu.. Alhamdulillah.. Tapi start kerja 2hb Mei nanti la.. Murah rezeki jugak aku ni rupanya.. Hahahahaha~ *riak* Ooooppsss.. Takleh cakap lebih-lebih.. Nanti orang salah paham dan mulalah cakap yang bukan-bukan.. Being judgemental, katanya.. Silap haribulan, tak memasal kena naik mahkamah takpun kena ban terus dengan Blogspot.. Payah jugak bila orang belajar terlalu tinggi baca entri-entri aku ni.. Yela, aku ni kurang cerdik.. Setiap ayat yang keluar, ikut sedap jari menaip je.. Satgi golongan intelek yang baca, dah jadi isu.. =____=!


Ps: Cara setiap orang berfikir berbeza.. Kita tak boleh nak harap orang paham kita 100% dan tak adil bila sesorang tu dinilai tanpa kita kenal orang tu betul-betul.. Tiada salah atau betul bila sesorang menyatakan pendapat dia. Cuma ada setuju atau tidak sahaja. 



___________________________________




Dah buat list siap-siap untuk habeskan duit gaji.. Woooooohooooo!!~ Sekarang memanglah bergelak ketawa bersuka ria.. Lepas ni menangis air mata darah, tak memasal jadi buta.. Adehhh!! Oleh kerana kali ni memang dapat kerja idaman, semangat sikitlah nak mula.. Tapi masih perlukan benda-benda yang boleh dijadikan motivasi dan jugak booster untuk hari-hari pergi kerja.. Hehehe~ Jap, nak list. c(=


1. Ipod Nano Merah (kaler lain takmaw ek, Incek April)
2. Wallet Fossil + handbag baru (wallet baru tapi bukan Fossil)
3. Kasut + baju + seluar baru
4. Pergi buat facial + hair treatment 
5. Kereta baru
6. Galaxy Note
7. Boyfriend baru


Berangan itu percuma. So, tak salahkan kalau berangan.. Bukan kena keluar modal pun.. Tapi kena berjimat sikitlah dengan gaji bulan ni.. Bukan apa.. Nanti tak cukup duit untuk Escapade 5.0.. Penat je Incek P dah book kemain.. Satgi tak memasal kena kensel.. Thanks, my bitch! *hugs*




Ps: Good things come to those who wait. Moral of the story: jangan gelojoh ye, adik-adik.. =)

Pps: Awak, sudah-sudahlah mengendap.. Tak baik tau.. Nanti tak memasal saya yang kena sound.. Tak malu merayu pada yang tak sudi, katanya.. Tapi, pernah ke saya rayu kat awak suruh balik kat saya? Hmmmmm.. *wondering*



Thursday, April 19, 2012

thinking of you



You're the best, and yes, I do regret
How I could let myself let you go
Now, now the lesson's learned
I touched it, I was burned
Oh, I think you should know



Ps: You said move on, where do I go? Where?

maan doset daram | aqa sib



luahan yang tak sudah-sudah


Maybe I should cut my hair short and join the marines? c(=



Cuti empat hari tanpa hala tuju.. Nak movie marathon pun takde geng.. Pathetic gila! +____+ Hujung bulan ni konfem resign.. Tak larat la nak menapak panjat public transport tiap-tiap malam pagi.. Sekarang pulak musim hujan.. Tu yang demam sampai berkali-kali.. Nak tunggu loan bank? Belum ada rezeki.. Sumpah sakit hati!

Ke mana harus aku tuju nak mengubat hati dan jiwa yang tengah lara? Tolong bagi cadangan pls, siapa-siapa? Terlalu banyak kenangan aku dan dia di mana-mana.. Mungkin aku patut cepat-cepat bersihkan nama dan terbang ke sana.. Destinasi yang terlalu aku ingin pergi untuk larikan diri sejak sekian lama.. Tak, aku belum berputus asa.. Cuma aku perlukan waktu untuk melupakan semua dan berehat buat sementara.. Hati luluh, jiwa luruh, badan letih, otak penat.. Sumpah tak larat! Kalau boleh, dah tak nak benda-benda macam ni jadi lagi pls.. Cukuplah.. Semoga semua terhenti di sini.. Tak sanggup lagi nak hadapi benda yang sama berulang kali.. Setiap orang tak patut dizalimi, apatah lagi dilayan seperti tiada perasaan dan hati.. Takkan karma tak habes-habes lagi?



Ps: Penat jugak mengeluh meluah kat sini.. Macam orang yang tak reti nak bersyukur pulak.. Tapi nak buat macam mana.. Sini je mampu.. Nak pokpekpokpek, takde siapa yang sudi nak dengar.. Ya, memang aku pathetic. Ada masalah?

Tuesday, April 17, 2012

hati sedih | hati pedih

Demam menyerang lagi.. Sangat lemah sistem imuniti badan aku ni.. Nak kena amalkan diet yang sihat dan seimbangkah? Hahahahaharapan! Tengah berkira-kira untuk ke mana cuti akan datang ni.. Nak pergi jauh sikit melangkah sempadan, memang aku tak mampu.. Belum ada seribu ringgit untuk itu.. Macam teringin nak main eeny-meeny-miny-moe pulak.. Bukak peta Malaysia, tutup mata, pilih je mana-mana.. Situ yang dapat, situlah kita pergi.. Amacam? Ada berani?

Tapi bila pikir-pikir balik, baik aku simpan duit untuk trip yang lebih meriah.. Oleh kerana aku dah nekad nak berhenti kerja kan.. Masyarakat setempat mula berbunyi sebab aku kerja tak menentu.. Badan pun jadi terkejut-terkejut.. Tu yang memanjang sakit je tu.. Tapi aku pikir dari sudut lain pulak.. Transportation fee and all.. Makanya, selamat tinggal la kafir yang tak memahami! *ini bukan kenyataan berunsur perkauman, harap maklum terima kasih*




_____________________________




Dibagi peluang dan harapan untuk bersama semula tapi untuk apa? Aku tak rasa aku perlukan itu semua.. Cukup sudah dengan apa yang kita dah lalui bersama.. I had fun with you.. Thank you for all the sacrifices, the deeds, time and money spent.. Really appreciate it.. Tapi bila mana ego awak terlalu lalu tinggi untuk saya gapai dan panas baran awak tak mampu disejukkan, saya tak pasti sampai bila lagi saya mampu bersabar di masa akan datang.. Mungkin sebab saya tak mampu jadi dan bagi yang terbaik macam orang lain kot.. Saya mengaku, memang saya tak mampu.. Saya hanya mampu jadi diri sendiri sambil ikut acuan yang awak bagi selagi dia tak lari jauh dari acuan saya sendiri.. Maaf sekali lagi.. Jauh di sudut hati, saya mengaku sayang tu masih bersisa lagi.. Tapi, cukuplah sekadar sampai di sini..

Ps: Saya tak rasa ralat sangat sebab saya pernah hilang yang lagi berharga dari ini.





_________________________________




Sejak dua menjak ni, aku mula bergaul dengan masyarakat semula.. Jumpa orang itu, orang ini, orang sana, orang sini.. Semakin ramai orang yang aku jumpa, semakin aku takut untuk ke fasa seterusnya.. Fasa apa? Kahwin la.. Takut wooo.. Aku makin takut bila kenyataan yang keluar dari mulut diorang tu sendiri..


"I sayang wife I, tapi I perlukan someone untuk buat I rasa muda."

"Bini, binila.. Dia tetap nombor satu.."


Ni yang aku nampak, aku dah kesian kat bini dorang.. Dan macam mana kalau satu hari nanti benda yang sama jadi kat aku? Memang laki aku sayang aku, memang dia jaga aku, paham aku.. Semua tiptop la.. Tapi kat belakang, dia ada perempuan lain yang boleh buat dia rasa muda.. Yelah, aku bukan selamanya muda.. Ingat aku ni cyborg ke hape? Memang bukanlah kan.. Hancur luluh hati woooo.. Kena pulak dah ada anak nanti.. Nak pisah pun kena pikir 40-80kali.. Benda bukan boleh buat main.. Bergegar tiang arasy..

Lagipun dari segi kelayakan, memang aku sangat sangat sangat sangat tak layak untuk jadi bini orang.. Dengan cacat cela di sini dan di sana.. Nak carik kekasih hati memang mudah.. Sangat mudah.. Tapi untuk carik seorang lelaki sanggup menjadi imam, memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, yang sanggup harung susah senang bersama hingga ke syurga, memang tak mudah.. Malah, amat payah! Tu baru bab yang tu.. Belum masuk dari segi dosa pahala.. Ingat ada ke orang yang sanggup tanggung dosa kita? Kalau yang betul-betul sanggup serba serbi tu la yang layak dipilih untuk ditaati.. Ini baru selisih paham sikit, dah nak maki-maki.. Tak pun, ada masalah sikit mulalah nak lari, elakkan diri.. Macam orang tak bertamadun dan tak reti berkomunikasi.. =___=! Semua boleh bawak bincang kot.. Apalah.. Macam takde telor punya laki..


Ps: Sebelah kaki sudah separa melangkah ke fasa seterusnya, tapi diundur semula.. Rupanya, awak sudah dimiliki si dia.. Sedih memang sedih, luluh hati saya.. Walaupun awak nak, tapi segala kenangan kita tak mungkin boleh saya lupa.. Malah jauh di sudut hati, saya masih mengharap pada awak jua.. Selamat bertunang, Incek Epal! =)

Saturday, April 14, 2012

selamat tinggal sayang, selamat tinggal pujaan

Tuhan nak aku jadi lebih kuat barangkali.. Semua dugaan datang bertubi-tubi.. Takpelah.. Yang dah jadi, biarkan terjadi.. Teruskan hidup tu lebih penting dari putus asa dan bunuh diri.. Mungkin kita berdua, masing-masing belum matang lagi.. Dan mungkin jugak kita ada masalah komunikasi yang tak dapat diatasi.. Tak dihirau, tak peduli.. Mungkin sudah takdir Ilahi.. Mungkin kau tak punya perasaan dan jugak hati.. Tak mengapa.. Semoga kau sentiasa dibawah lindunganNya dan diberkati..


Ps: Mungkin hati awak kurang air.. Tu yang kering je tu..





Selamat menjalani fasa hidup yang seterusnya.. Semoga kau bahagia hingga keakhirnya.. Aku semakin yakin tiada jodoh antara kita.. Tak mengapa.. Silap aku juga.. Dengan senang melepaskan sesuatu yang sangat berharga.. Yang belum mampu aku jumpa penggantinya.. Setiap perkara terjadi sentiasa ada hikmahnya,, Perjalanan hidup kita memang sangat berbeza.. Maafkan aku dan terima kasih atas segalanya..


Ps: Selamat tinggal Incek Epal.. For good.. =)

Sunday, April 1, 2012

Another April

April, at last! Phewwwww.. Alhamdulillah, everything goes almost according to the plan.. Glitches and flaws will sure have in everything or anything.. Just pretend that they are not there and you will be just fine.. =) Escapade 4.0, here I come! I'm going solo, solo, solooooo.. *out-of-tune singing*


Sambil-sambil memerah idea menghabeskan neuron dekat blog ni, aku order Domino's Pizza via online.. Dorang ada satu sistem ni nama dia GPS Tracker.. Tak, bukan Global Positioning System.. Tapi Great Pizza Service Tracker..




Kat sini korang boleh tengok apa yang telah terjadi kepada pizza yang korang dah order dan berapa minit masa yang dorang amek untuk satu-satu proses tu.. Cool wooooo~~ Excited pulak nengok.. :D


Ps: Sesuatu untuk orang malas macam aku.. Lepak depan PC, sedar-sedar makanan dah sedia depan mata.. Bhahahaha~