Demam menyerang lagi.. Sangat lemah sistem imuniti badan aku ni.. Nak kena amalkan diet yang sihat dan seimbangkah? Hahahahaharapan! Tengah berkira-kira untuk ke mana cuti akan datang ni.. Nak pergi jauh sikit melangkah sempadan, memang aku tak mampu.. Belum ada seribu ringgit untuk itu.. Macam teringin nak main eeny-meeny-miny-moe pulak.. Bukak peta Malaysia, tutup mata, pilih je mana-mana.. Situ yang dapat, situlah kita pergi.. Amacam? Ada berani?
Tapi bila pikir-pikir balik, baik aku simpan duit untuk trip yang lebih meriah.. Oleh kerana aku dah nekad nak berhenti kerja kan.. Masyarakat setempat mula berbunyi sebab aku kerja tak menentu.. Badan pun jadi terkejut-terkejut.. Tu yang memanjang sakit je tu.. Tapi aku pikir dari sudut lain pulak.. Transportation fee and all.. Makanya, selamat tinggal la kafir yang tak memahami! *ini bukan kenyataan berunsur perkauman, harap maklum terima kasih*
_____________________________
Dibagi peluang dan harapan untuk bersama semula tapi untuk apa? Aku tak rasa aku perlukan itu semua.. Cukup sudah dengan apa yang kita dah lalui bersama.. I had fun with you.. Thank you for all the sacrifices, the deeds, time and money spent.. Really appreciate it.. Tapi bila mana ego awak terlalu lalu tinggi untuk saya gapai dan panas baran awak tak mampu disejukkan, saya tak pasti sampai bila lagi saya mampu bersabar di masa akan datang.. Mungkin sebab saya tak mampu jadi dan bagi yang terbaik macam orang lain kot.. Saya mengaku, memang saya tak mampu.. Saya hanya mampu jadi diri sendiri sambil ikut acuan yang awak bagi selagi dia tak lari jauh dari acuan saya sendiri.. Maaf sekali lagi.. Jauh di sudut hati, saya mengaku sayang tu masih bersisa lagi.. Tapi, cukuplah sekadar sampai di sini..
Ps: Saya tak rasa ralat sangat sebab saya pernah hilang yang lagi berharga dari ini.
_________________________________
Sejak dua menjak ni, aku mula bergaul dengan masyarakat semula.. Jumpa orang itu, orang ini, orang sana, orang sini.. Semakin ramai orang yang aku jumpa, semakin aku takut untuk ke fasa seterusnya.. Fasa apa? Kahwin la.. Takut wooo.. Aku makin takut bila kenyataan yang keluar dari mulut diorang tu sendiri..
"I sayang wife I, tapi I perlukan someone untuk buat I rasa muda."
"Bini, binila.. Dia tetap nombor satu.."
Ni yang aku nampak, aku dah kesian kat bini dorang.. Dan macam mana kalau satu hari nanti benda yang sama jadi kat aku? Memang laki aku sayang aku, memang dia jaga aku, paham aku.. Semua tiptop la.. Tapi kat belakang, dia ada perempuan lain yang boleh buat dia rasa muda.. Yelah, aku bukan selamanya muda.. Ingat aku ni cyborg ke hape? Memang bukanlah kan.. Hancur luluh hati woooo.. Kena pulak dah ada anak nanti.. Nak pisah pun kena pikir 40-80kali.. Benda bukan boleh buat main.. Bergegar tiang arasy..
Lagipun dari segi kelayakan, memang aku sangat sangat sangat sangat tak layak untuk jadi bini orang.. Dengan cacat cela di sini dan di sana.. Nak carik kekasih hati memang mudah.. Sangat mudah.. Tapi untuk carik seorang lelaki sanggup menjadi imam, memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, yang sanggup harung susah senang bersama hingga ke syurga, memang tak mudah.. Malah, amat payah! Tu baru bab yang tu.. Belum masuk dari segi dosa pahala.. Ingat ada ke orang yang sanggup tanggung dosa kita? Kalau yang betul-betul sanggup serba serbi tu la yang layak dipilih untuk ditaati.. Ini baru selisih paham sikit, dah nak maki-maki.. Tak pun, ada masalah sikit mulalah nak lari, elakkan diri.. Macam orang tak bertamadun dan tak reti berkomunikasi.. =___=! Semua boleh bawak bincang kot.. Apalah.. Macam takde telor punya laki..
Ps: Sebelah kaki sudah separa melangkah ke fasa seterusnya, tapi diundur semula.. Rupanya, awak sudah dimiliki si dia.. Sedih memang sedih, luluh hati saya.. Walaupun awak nak, tapi segala kenangan kita tak mungkin boleh saya lupa.. Malah jauh di sudut hati, saya masih mengharap pada awak jua.. Selamat bertunang, Incek Epal! =)