Tuesday, May 24, 2011

sila hayati.

hari baik.

hari baik, bulan baik, aku je yang jahat.. demm! oh, haritu pergi interview dekat Sunway.. thanx budak2 busuk sebab teman aku! walaupun masing2 ngantok, tidur sehengget setengah je, lapar, panas, penat, tapi still berjaya menghiburkan diri masing2 kan? hey, hey! abang neo tu hensem kan? ehem! hahahahahaha~ ok, siapa cadangan yang nak tengok Kongsi tu? terlelap2 aku nengoknya.. nak tengok Pirates of Caribbean! hukhuk.. T.T

ok, escapade tak menjadi.. walaupun aku tak jadi pergi jauh, tapi perjalanan terasa jauh yang amat! hahahahaha~ ceruk mana yang kita tak teroka? cuba habaq mai.. yela.. memangla Broga dan Batu Caves kita tak panjat lagi.. tapi, sudah memadai la dengan Bukit Ampang tu kan?

nyanyi2 melalak2 sampai suara hilang.. sumpah garau gila.. tapi macam hensem pun ada.. husky voice.. tambah dengan halkum nya.. pergghhh.. hadeh! siapa nak dengar sila tepon aku skarang! c(=

pergi tengok laut.. melawat segala jambatan yang ada kat Putrajaya tu.. ronda2 Kolumpo.. ehem! abang viva tu hensem kan? siap main mata lagi.. hahahahahahaha~ ok, aku tersipu malu time tu.. maafkan aku.. nan dan tandoori tu sedap kan? nanti aku bawak korang makan kat situ lagi k? "umah sape?" hahahahahahaha~

bila nak repeat menda ni lagi busuks? nanti masing2 dah bawak diri dan hala tuju masing2.. oh, sumpah i'll miss you guys.. hadoi.. dapat elaun, jangan lupa aku k? sila belanja! macam2 aku tuntut nanti.. hehe..

p/s: whatever happen I'll always be there for you, sayang.. jangan sedih lama2 k? pedulikan apa orang lain cakap.. *hugs n kisses*

Wednesday, May 18, 2011

saya rindu awak

mood: mendengar suara boyfriend terchenta sampai terlelap..

p/s: sayang, suara awak sedap sangat.. dah la kachak, siap dengan lesung pipit lagi.. pergghhh! yang paling penting, gigi awak cantik! jeles saya tau.. awaklah lelaki idaman saya~~ *melting* (^__^)v

Tuesday, May 17, 2011

hilang

saya hilang kawan baik saya sebab awak.
saya hilang pertimbangan sebab awak.
saya hilang diri saya yang dulu sebab awak.
saya hilang cinta hati saya sebab awak.
mungkin saya patut hilang awak..

lagi lagi lagu








pergi jauh-jauh.




ok, sambil2 baca entri ni, sila layan lagu kat atas ni k.. dan cari kaitannya.. (= sambil2 melakukan misi job hunting ni, melayan perasaan.. terjumpa pulak benda2 tak patut kat dalam kotak harta karun.. hadoi la.. meratap nasib kejap.. kejap jela.. dalam 30 saat camtu je.. pastu tolak2 rambut ke belakang, ikat dan betulkan spek yang duk melurut kat batang hidung yang tak berapa nak ada sangat ni.. ok, back to work! waaahhh.. rajin betul buat kerja time2 cani.. tengah cek2 tiket flight ni.. hmmmm.. nak pegi mane ek? boleh main tutup mata then eenie-meenie-miney-mo je tak? hehehe~ ok! dah tau nak pegi mana.. may this escapade bring me peace, joy and happier life.. mencari kembali identiti diri.. <-- hilang i/c ke kak? report la polis~~ hahahahaha~ bagi aku masa sampai hujung bulan ni je.. aku yakin aku boleh buat.. *sambil angkat sket kolar baju dengan penuh gaya berlagak*

tapi.. hmmmm.. my appointment is on 25th.. cane ek? *garu2 kapla sambil pikir* boleh ke kalau pergi, pastu balik, pastu pergi balik? hmmm.. cam membazir dan buang masa je.. oh, tak pun, pergi A, pastu balik then gi appointment, pastu gi B pulak.. hmmmm.. sounds interesting~~ hehehe.. yeay!~ suka, suka.. sembang macam banyak sangat duit kan? jap la nak buat proposal untuk loan/funding approval.. hahahahaha~ ok, dah kena start list things out.. the truth is aku dah semangat2 siap packing barang lagi.. hahahahaha.. munguks.. tak kesahla.. banyak je cara untuk aku dapatkan duit.. yang penting rajin..


NOTE TO SELF:
  1. jangan ngelat appointment on 25th
  2. jangan tinggal solat
  3. jangan lupa makan
  4. doa banyak2
  5. pegi kedai silver tengok harga (erk?!)
  6. bawak selimut (since dah tade toki nak peluk, peluk selimut jela)
  7. carik handsfree (takkan memanjang nak loudspeaker habis terbongkar segala rahsia)
  8. download lagu best2 dan letak dalam mp4
  9. bawak bahan bacaan
  10. bawak ubat-ubatan
apa lagi ek? hmmmm.. takleh nak pikir dah sekarang ni.. baik aku start buat benda yang dah ada dalam list ni je dulu.. satgi apa pun tak jadi..




Monday, May 16, 2011

gila. hilang akal. setengah mati. part 2

i couldn't reach you.
you're so far away.
i miss you.
everyday.

heal my pain, cure my heart.
with all your might.
push away my sorrow.
don't wait until tomorrow.

i love you.
you know i do.
just stay where you are.
i'm on my way there.
to live with you forever.
one thing for sure.
death will keep us together.

gila. hilang akal. setengah mati.


give me a sign

jatuh chenta?

*garu2 gatal* habes bengkak2 badan! ni yang malas nak balik rumah sewa ni.. entah menatang apa yang duk kokak sampai bengkak2 badan pun tak tau.. gatal yang amat! barangsiapa yang marah aku garu, siapla.. tenyeh dengan berus dawai baru tau mulut tu.. tiap kali balik rumah je, mesti rasa nak ngamuk.. penat2 kemas, ada je yang sepahkan.. sakit hati betul! ni dah bawak balik barang banyak2 ni, nak kemas bilik dulu pulak baru boleh unpack.. =__=! mengeluh.. badan makin lemah.. tambah pulak dengan demam.. dengan cuaca tak menentu.. try jugak bersenam.. supaya otak berfungsi dengan baik dan badan makin sihat.. ok! cukuplah satu perenggan menjadi manusia tidak bersyukur..

nak cerita apa tah tadi.. lupa dah.. haishhh.. payah betul la.. ok, skip! teruskan je dengan cerita lain..

bila la nak dapat makan pulut dakap.. yang lain2 semua dah dapat.. *teringin!* dapat makan sate pun best jugak ni.. lapar~~ kenapa la badan ni dah taknak terima makanan.. malah minuman juga.. tak kira! by hook or by crook, nak sumbat jugak makanan harini.. muntah lah darah sekali pun.. i don't care! perut lapar tapi tekak taknak terima.. tolong! aku taknak menjadi lebih kurus!! ada sesiapa yang baik hati nak belanja saya makan sedap2? i promise i'll be a good girl.. i'll try to finish the food.. pretty please.. *batting eyelashes*

aku harap sangat aku boleh tahan.. seminggu je lagi dan segalanya akan selesai.. sabar k? cehhh.. motivasi pagi pulak tiba2 kat sini.. time2 cenggini, memang aku sangat sayang Internet, google and the technology! aahhh.. thank god! aku boleh google apa je yang terlintas kat fikiran aku and.. there! i feel better already~ lukis2, conteng2, bebel2.. pastu semak2 kat draft.. sorting out posts.. bekira2 yang mana satu nak post kat tumblr.. hahahaha~ kan best kalau ada wacom tablet.. boleh conteng2 freely tanpa batas.. bukan apa, aku ni cacat.. nak tulis nama pakai mouse pon tak lepas.. ini pulak nak melukis.. ok, aku memang loser!

aku sudah jatuh chenta.. (lagi!) hahahaha.. sangat pantas dan tuntas kan? goodbye tyson ritter.. hello Matthew Charles Sanders! awak kachak, ada dimple tapi sayang tattoo penuh.. tapi peduli hape! it's not like i'm going to marry you~~ plus, you're already married.. aaaahhh.. pesetankan itu semua.. yang penting, aku sudah jatuh chenta~~ *melting* and extra credit for you sebab birthday kita sama!! *highest five* oh, man.. your dimple is soooooooo cute!