Wednesday, March 2, 2011

mish u~


p/s: mish u, MZZZZ~~ T.T

Sunday, February 27, 2011

muak dan jelik.

bertanya soal cinta, orang kata aku buta..
bertanya soal perasaan, tidak ku punya jawapan..
bertanya soal hati, aku sendiri tidak pasti..

perlukah bertanya jika kau sendiri punya jawapannya?
perlukah mengungkit kisah lama?
perlukah memberi penjelasan pada yang tiada rasa?
perlukah ini semua?

hati ini terlalu pedih untuk merasa..
jasad ini terlalu perit untuk terus bernyawa..
akal fikiran sudah tidak berdaya..
memikirkan jawapan bagi persoalan yang bisa menggugat hati dan minda..

siapalah aku jika dibandingkan dengan mereka..
tidak ku punya apa-apa untuk dibangga..
tetapi aku juga manusia...
seperti kau, dia dan mereka..
berilah aku kesempatan untuk bernafas dengan lega..
selagi jasad ini bernyawa..

for you, stranger

bagaimana harus aku katakan padamu suatu kebenaran?
mungkin patut dimulakan dengan salam perkenalan..
tetapi tidak mungkin jika dihatimu penuh kebencian..
cukuplah sekadar menunjukkan simpati dan belas kasihan..

setiap hari aku berdoa pada Tuhan..
kelak dibukaNya hatimu, dianugerahkan kecekalan..
agar diberiNya kau harapan dan cahaya tatkala kegelapan..
mengecap segala impian dan jauhkan dari kejamnya percintaan..

zaman muda jangan disiakan..
khuatir tidak akan kau temui pangkal jalan..
hargailah segala kenangan..
manis kau sanjung, pahit kau telan..
pesanan dari seorang kakak, renungkan..




Sunday, February 13, 2011

jubli emas?

wahwahwah.. hebatnya aku merepek2 kat blog ni.. da dapat jubli emas pon.. haha~ aku tau la ape maksud jubli emas tu, gila! 50 tahun kan? tapi suka hati aku la nak kata post2 aku ni pon jubli emas.. da sampai 50 entri kot! perrgghhhh ape aku mengarut dan mencarut kat sini pon aku tataw.. hahahahahahaha~


Monday, February 7, 2011

male bestfriend

sila layan lagu di bawah sambil membaca entri ini supaya anda kurang mengalami stress.. haha.. sangat prihatin kan aku? ;P




cane nak start ni ek? *garu2 kapla* *tarik nafas* ok, here we go.. apa pendapat korang kalau seorang perempuan berkawan baik a.k.a berbesfrenkan seorang lelaki? adakah perempuan itu akan dipandang hina/serong? sebab bagi aku, takde salahnya walaupun orang selalu kata, "laki ngan pompuan takkan jadi besfren.. salah sorang mesti akan ada feeling kat sorang lagi.." betul ke? bagi aku (lagi), bukan ke kalau kita dah set yang orang tu besfren kita, sepatutnya kita da ada limit perasaan antara kita dengan orang tu? kira cam tau batasla.. so kalau in case kita tersuka/tejatuh chenta pun, kita akan sedar diri plus takkan sekali2 confess? aku tataw oranglain cemane tapi cenggitu la aku..

tapi tula.. tiap kali aku ada besfren, mesti dikecam oleh my boyfriends and my exes.. haha~ da nak buat cenggane kalau pompuan tanak besfren ngan aku.. kalau ada pun, mesti nak lebihkan boyfriend dorang jugak.. time2 diperlukan, yang ini tengah dating ngan pakwe dia, yang itu teman mak boyfriend shopping, takkan la aku nak kacau dorang.. sebab aku tau.. pompuan memang kebanyakannya camtu.. akan lebihkan boyfriend dia.. tapi, aku jugak selalu dikecam oleh my boyfriends and exes (sekali lagi) kerana suka lebihkan kawan2.. salah ke aku lebihkan kawan aku? my besties pulak tu.. bukan apa, kau tu ada high possibility utk tinggal aku.. dan kalau da tinggal aku, mane nak kawan ngan aku da.. so, kawan2 aku ni la yang ada pon..

kawan2 kat sini, maksud aku sahabat la.. yang kawan takat celah2 gigi tu, aku ta heran langsung.. tade mase nak lebihkan korang pun.. sebab aku tau korang cane.. mostly akan ngumpat dan mengata belakang.. kalau nak jadi sahabat, bukan camtu caranya.. berterus teranglah walaupun pahit.. sebab manusia ni takkan sedar dia buat salah kalau orang tak sedarkan dia.. mane aku nak tau korang terasa ke, marah aku ke, apa ke kalau korang tak bitau aku direct.. bajet aku nak dengar khabar2 angin yang entah dari mana2 tu? aku lagi suka dengar dari mulut korang sendiri sebab kalau biasanya berita yang main pass2 ni, akan kuar macam2 versi.. so kalau tanak nama korang buruk di kepala hotak aku, cakap la kat aku sendiri.. kena gaya, kena time, aku boleh terima seadanya.. tayah susah2 nak tahan2 geram dan amarah pastu lepaskan kat fesbuk ke, ym ke, myspace ke, friendster ke.. <- (ada orang pakai lagi ke?) ;D kalau korang cakap kat orang tu direct lagi puas hati kan?

fuuuhhh!! panjang siot bebel.. oh! dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat datang ke dalam hidup saya wahai incek bestfriend.. selamat menjadi kawan dunia akhirat..

moral of the story: sila jangan tikam kawan.. malah tidak perlu juga mengutuk kawan anda secara terang-terangan terutamanya di laman web sosial sebagai bahan gurauan untuk menunjukkan yang anda sangat cool.. that is soooo not cool.. it is called lame.. sekian.

Sunday, January 30, 2011

nom nom nom~ *munch munch*

akhirnya setelah sekian lama, sabtu lepas saya berjaya makan di Garden Café & Lifestyle Store, The Curve.. makanan dia bolehla tahan.. harga pon okla.. ade choices yg affordable dan ada yg tgk harga, malas nak makan takot dissapointed.. rate harga+makanan? ala2 barbarillos la.. (http://barbarillos.blogspot.com) nak cerita panjang2 pon takot org ta paham.. so, here goes.. ;P


. . .


the beverages: iced choc and watermelon special (ice blended+fruit cocktail)



posing sebelum makan..
background music: gangsta's paradise ;P




the fish and chips with caesar salad



another pose before munching



the dessert: orange mango sorbet with cream and choc syrup plus strawberry


apa yang menarik pasal kedai ni? decoration dia kot.. ada piano kat tengah2 tu yang sape2 pon boleh main kalau reti.. (think so) oh, credit and gazillion thanks to incek hahn malek di atas kesudian beliau membawa saya ke sini serta membelanja saya.. :D at least lepas ni tade la kempunan a.k.a boleh mati dengan aman.. haha~ ;D


Thursday, January 27, 2011

*yawn*

urrgghhh!! terasa sangat lemau.. tapi masih menaip practical report.. ala2 mamai gitu.. tataw la jadi hape nanti.. haha.. ok theme song for today.. mari melayan bersama.. c(=







anggapla setiap bait ayat dalam lagu ini melambangkan perasaan sy ketika ini.. haha~ LAME~

Tuesday, January 25, 2011

masih berhati perut

ya.. aku masih berhati perut.. seteruk mana pun aku marah org tu, aku tetap akan bersimpati bila musibah menimpa dia.. kau patut tau yang memang marah gila nak mati kat kau sbb mulut kau yg cam #$%&* tu.. tapi bila aku da kembali waras, aku jadi simpati kat kau.. nak marah pon da ta jadi.. aku doakan semoga kau selamat dan bahagia dunia akhirat.. dan aku da maafkan kau.. aku ta mintak kau doakan aku kembali tapi cukuplah sekadar tiada dendam antara kita.. mintak halal dari hujung rambut sampai hujung kaki ye.. selamat hari raya, maaf zahir batin.

Sunday, January 23, 2011

#$%&!

kau sangat biadap. aku da ilang respek terus kat kau dan tolong jangan sampai aku tumbuk muka kau. aku ta kesah kau sape dan ta kesah jugak ape akan jadi kat aku kelak tapi aku betul2 terasa nak tumbuk muka kau tu sbb sangat melampaui batas. kalau muka kau pecah, jangan salahkan aku. kau ingat kau lelaki, aku gentar? kau mungkin rase kau lelaki tapi kau bukan anak jantan. harap maklum, terima kasih.

Saturday, January 22, 2011

double, triple, gazillion of happiness~ :D

well, yesterday was my last day of practical training.. makanya saya sangat gumbira kerana tidak perlu lagi bersusah payah untuk bangkit seawal 7 a.m.!! (padahal slalu je telajak smpai 8~ gila!) keduanya, bermulalah episod back to school kepada saya.. (cakap tahniah cepat di atas kemalasan dan kebodohan saya!) seterusnya bermula jugalah episod mencari kerja sampingan untuk menambah wang yang makin menipis di dalam poket ini.. T.T (bekerja demi sesuap nasi? ngeeeee~) :D tapi yang paling tak seronok, bermula jugalah episod menterjemah dan memerah otak untuk menyiapkan report praktikal serta esaimen2 yg bakal dihadapi.. demm!! eternal damnation hokey? haha~ c(=